UMW HOLDINGS’ PATAMI SURGES BY 55% TO RM415 MILLION FOR FINANCIAL YEAR 2022; DECLARES 11.2 SEN PER SHARE FINAL DIVIDEND, BRINGING A TOTAL DIVIDEND FOR THE YEAR TO 14.2 SEN PER SHARE

- Group revenue increased by 43% to RM15,814 million.

- All three core business segments achieved higher revenue and profit before taxation and zakat.

- Gearing ratio improved to 0.22 times from 0.40 times year-on-year.

- Net cash position strengthened from RM811 million to RM1,452 million over 12 months.

KUALA LUMPUR, 27 February 2023 – UMW Holdings Berhad’s (“UMW”) Group revenue for the fourth quarter ended 31 December 2022 (“Q4 2022”) increased by 20% to RM4,375.4 million, supported by the improved contribution from all three core business segments. Consequently, the Group registered profit after taxation and minority interests (“PATAMI”) of RM106.0 million for Q4 2022. For the financial year ended 31 December 2022 (“FY2022”), the Group’s revenue increased by 43% to RM15,814.4 million compared with the RM11,060.8 million registered in the financial year 2021 (“FY2021”), while PATAMI surged by 55% to RM415.0 million from the RM268.2 million registered a year ago, following strong recovery of the Malaysian and regional economies.

In view of the improved performance, UMW has declared a final dividend of 11.2 sen per share amounting to RM130.8 million for the financial year ended 31 December 2022, to be paid on 12 May 2023. Collectively, with the earlier interim dividend of 3.0 sen per share, the total dividend in respect of FY2022 is 14.2 sen per share amounting to RM165.8 million or equivalent to a 40% dividend payout ratio.

Automotive segment
The Automotive segment’s revenue for FY2022 rose by 47% to RM13,310.0 million compared with the RM9,030.3 million registered in FY2021, supported by the higher number of vehicles sold which was driven by the sales tax exemption as well as the introduction of new models. In line with the increased revenue and the higher share of profit from an associated company, the segment’s profit before taxation and zakat (“PBTZ”) surged by 63% to RM774.9 million from the RM476.7 million registered in the previous year. The Group will continue to take the necessary measures to mitigate the projected slowdown through increased production to fulfil its outstanding bookings which will contribute to its growth in 2023. Moreover, the Group believes that the exciting new and facelifted models will continue to entice and sustain buying interest among consumers. The Group is cautiously optimistic that the automotive industry will continue to perform well in 2023.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 16% to RM1,528.0 million in FY2022 compared with the RM1,313.4 million registered in the corresponding year, mainly due to the growing demand for the segment’s products and services in its local and overseas markets. In line with the higher revenue, the segment’s PBTZ increased by 43% to RM152.8 million in FY2022 compared with the RM107.0 million registered in FY2021. Moving forward, the reopening of the economy is expected to sustain demand for equipment in the countries that it operates in. The Industrial Equipment sub-segment will continue to strive for excellence and leverage its leading position to explore new opportunities in automation and other adjacencies. Concurrently, the Heavy Equipment sub-segment will continue to leverage on the improving construction industry as well as higher commodity prices.

Manufacturing & Engineering (“M&E”) segment
For FY2022, the segment’s revenue increased by 36% to RM984.2 million compared with the RM726.3 million registered in the previous year due to the higher contribution from all sub-segments. Meanwhile, the segment’s PBTZ increased to RM66.3 million in FY2022 from RM22.2 million recorded in FY2021. Both the Auto Components and Lubricants sub-segments will continue to leverage on the improving demand for vehicles and spare parts. This is underpinned by the robust demand from original equipment (“OE”) market as well as the replacement equipment (“RE”) market to drive the growth for the segment in 2023. The Aerospace sub-segment is expected to benefit from the reopening of international borders and increase in air travel which is expected to reach the pre-pandemic level by this year. As such, the additional orders for new aircraft from the airlines combined with the backlog orders will lead to a higher demand for fan cases in 2023.

Overall prospects
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are heartened by the improved results achieved by the Group for the financial year 2022 following the reopening of the economy. After an invigorating expansion of GDP by 8.7% in 2022, Malaysia’s GDP growth is projected to taper to 4% in 2023, in line with the anticipated slowdown in the global economy. Nevertheless, the Group is cautiously optimistic of a sustained performance by its core business segments based on the encouraging order book and improving demand for its products and services. The Group will continue to focus on strengthening its core businesses through operational efficiency and cost management initiatives to improve its business resilience amidst the challenging business environment in 2023. The Group expects to deliver satisfactory performance for 2023.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (“PATAMI”) OLEH UMW HOLDINGS MELONJAK 55% KEPADA RM415 JUTA UNTUK TAHUN KEWANGAN 2022; MENGISYTIHARKAN 11.2 SEN SESAHAM DIVIDEN AKHIR, MENJADIKAN JUMLAH DIVIDEN BAGI TAHUN TERSEBUT KEPADA 14.2 SEN SESAHAM

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat sebanyak 43% kepada RM15,814 juta.

- Ketiga-tiga segmen perniagaan teras mencatatkan hasil dan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih tinggi.

- Kadar nisbah gearing meningkat kepada 0.22 kali berbanding 0.40 kali pada tahun sebelumnya.

- Kedudukan simpanan tunai bersih lebih kukuh daripada RM811 juta kepada RM1,452 juta dalam tempoh 12 bulan.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 – Hasil perniagaan Kumpulan UMW Holdings Berhad (“UMW”) bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (“S4 2022”) meningkat sebanyak 20% kepada RM4,375.4 juta, disokong oleh sumbangan yang lebih baik daripada ketiga-tiga teras segmen perniagaan. Seterusnya, Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) sebanyak RM106.0 juta untuk S4 2022. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (“TK2022”), hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 43% kepada RM15,814.4 juta berbanding RM11,060.8 juta yang didaftarkan pada tahun kewangan 2021 (“TK2021”), manakala PATAMI melonjak sebanyak 55% kepada RM415.0 juta daripada RM268.2 juta yang dicatatkan setahun lalu, berikutan pemulihan kukuh terhadap ekonomi Malaysia dan serantau.

Dengan pencapaian prestasi yang bertambah baik, UMW telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 11.2 sen sesaham berjumlah RM130.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang akan dibayar pada 12 Mei 2023. Secara kolektif, dengan dividen interim sebanyak 3.0 sen sesaham yang diisytiharkan sebelum ini, jumlah dividen bagi TK2022 ialah 14.2 sen sesaham berjumlah RM165.8 juta atau bersamaan dengan nisbah pembayaran dividen sebnayak 40%.

Segmen Automotif
Hasil perniagaan segmen Automotif bagi TK2022 meningkat sebanyak 47% kepada RM13,310.0 juta berbanding RM9,030.3 juta yang didaftarkan pada TK2021, disokong oleh jualan kenderaan yang lebih tinggi yang dipacu oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu. Selaras dengan peningkatan hasil perniagaan dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu, keuntungan sebelum cukai dan zakat segmen itu (“PBTZ”) melonjak sebanyak 63% kepada RM774.9 juta daripada RM476.7 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Kumpulan akan terus mengambil langkah-langkah yang diperlukan melalui peningkatan pengeluaran untuk memenuhi tempahan tertunggaknya yang akan menyumbang kepada pertumbuhannya pada tahun 2023. Selain itu, Kumpulan percaya bahawa model baharu yang menarik dan model kemaskini akan terus menarik perhatian di kalangan pengguna. Kumpulan positif bahawa industri automotif akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada 2023.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 16% kepada RM1,528.0 juta pada TK2022 berbanding RM1,313.4 juta yang didaftarkan pada tahun yang sama, terutamanya disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan segmen itu di pasaran tempatan dan luar negara. Selaras dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi, PBTZ segmen meningkat sebanyak 43% kepada RM152.8 juta pada TK2022 berbanding RM107.0 juta yang dicatatkan pada TK2021. Pembukaan semula aktiviti ekonomi dijangka dapat mengekalkan permintaan terhadap jentera di negara tempat ia beroperasi. Subsegmen Jentera Perindustrian akan terus mengekalkan kualitinya dan memanfaatkan kedudukan utamanya untuk meneroka peluang baharu dalam bidang automasi dan seumpamanya. Pada masa yang sama, subsegmen Jentera Berat akan terus mendapat manfaat daripada industri pembinaan yang kini bertambah baik serta harga komoditi yang lebih tinggi.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan
Bagi TK2022, hasil perniagaan segmen itu meningkat sebanyak 36% kepada RM984.2 juta berbanding RM726.3 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada semua sub-segmen. Sementara itu, PBTZ segmen itu meningkat kepada RM66.3 juta pada TK2022 daripada RM22.2 juta yang dicatatkan pada TK2021. Kedua-dua subsegmen Komponen Auto dan Minyak Pelincir akan terus mendapat manfaat daripada permintaan yang tinggi untuk kenderaan dan alat ganti. Ini disokong oleh permintaan kukuh daripada pasaran peralatan asal (“OE”) serta peralatan gantian (“RE”) untuk memacu pertumbuhan bagi segmen itu pada tahun 2023. Subsegmen Aeroangkasa dijangka mendapat manfaat daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa dan peningkatan dalam penggunaan pengangkutan udara yang dijangka akan mencapai tahap pra-pandemik menjelang tahun ini. Oleh itu, tempahan tambahan untuk pesawat baharu daripada syarikat penerbangan serta pesanan tertunggak akan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk selongsong kipas pada tahun 2023.

Prospek keseluruhan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan keputusan baik yang dicapai oleh Kumpulan untuk tahun kewangan 2022 berikutan pembukaan semula aktiviti ekonomi. Selepas peningkatan KDNK yang memberangsangkan sebanyak 8.7% pada 2022, pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka berkurangan kepada 4% pada tahun 2023, sejajar dengan jangkaan kelembapan ekonomi global. Namun begitu, Kumpulan positif dengan prestasi yang mampan oleh segmen perniagaan terasnya melalui buku pesanan dan permintaan yang menggalakkan untuk produk dan perkhidmatannya. Kumpulan akan terus menumpu ke arah mengukuhkan perniagaan terasnya melalui kecekapan operasi dan inisiatif pengurusan kos untuk meningkatkan daya tahan perniagaannya di sekitar perniagaan yang mencabar pada tahun 2023. Kumpulan menjangkakan dapat memberikan prestasi yang memuaskan untuk tahun 2023.”

 

 

Click to show English Version