UMW HOLDINGS’ PATAMI SURGES BY 33% TO RM134 MILLION IN THE FIRST QUARTER OF 2023

- Group revenue increased by 20% to RM4,380 million.

KUALA LUMPUR, 26 May 2023 – UMW Holdings Berhad’s (“Group”) profit after taxation and minority interests (“PATAMI”) surged by 32.9% to RM134.46 million for the first quarter ended 31 March 2023 (“Q1 2023”), compared with the RM101.2 million registered in the corresponding quarter ended 31 March 2022 (“corresponding quarter”), mainly attributed to the increase in revenue by 20.0% to RM4,379.6 million. Riding on the sustained economic growth momentum, all three core business segments achieved higher revenue and profit before taxation and zakat (“PBTZ”).

Automotive segment
The Automotive segment’s revenue for Q1 2023 grew by 18.1% to RM3,626.9 million compared with the corresponding quarter, mainly due to the higher number of vehicles sold. In line with the higher revenue, the segment’s PBTZ increased by 5.4% to RM217.0 million. The demand for the Automotive segment is expected to be sustained throughout the year supported by the encouraging and stable outstanding orders which was driven by higher mobility needs as the economy continues to expand. The announcement on the deferment of the implementation of new excise duty regulation is expected to continue to further sustain the demand for the automotive segment. With the easing of supply chain challenges, the Group continues to ramp up production to fulfil its backlog orders. The Group expects the Automotive segment to remain positive going forward.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 17.0% to RM434.9 million in Q1 2023 mainly due to the stronger demand for the segment’s products and services in the local and overseas markets. The higher revenue, coupled with a reduction in operating expenses, resulted in the segment’s PBTZ to surge by 61.6% to RM51.3 million for Q1 2023. The Industrial Equipment sub-segment will continue to leverage its market leadership position and pursue pockets of opportunities in logistical automation and related adjacencies. In line with the global trend for sustainability, the segment will also continue to promote its refurbishment program to prolong the life of its forklifts. Concurrently, the Heavy Equipment sub-segment will maintain its performance with steady flow of customer orders from the mining, agriculture and construction sectors in the countries that it operates in.

Manufacturing & Engineering (“M&E”) segment
The M&E segment registered revenue of RM323.6 million in Q1 2023, 42.5% higher than the RM227.1 million recorded in the corresponding quarter. The improved performance was attributable to the higher contribution from all sub-segments, including the Aerospace sub-segment due to the higher delivery of fan cases. Consequently, the segment recorded PBTZ of RM22.4 million in the current quarter which was more than double the PBTZ of RM10.6 million reported in the corresponding quarter.
Going forward, the Auto Components and Lubricants sub-segments are expected to remain strong in line with the demand for automotive products during the year.
The reopening of international borders and the increase in air travel which is expected to reach the pre-pandemic level by the end of this year will bode well for the Aerospace sub-segment. Rolls-Royce’s three-year forecast indicates that order numbers are expected to continue to improve beyond pre-Covid-19 levels. The higher forecasted orders, combined with the backlog orders, will increase the plant utilisation rate and is expected to contribute positively to the Aerospace sub-segment in 2023.

Overall prospects
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are encouraged by the Group’s results in the first quarter of 2023, which has exceeded the pre-pandemic levels. Moving forward, the Group will continue to focus on strengthening its core businesses through operational efficiency and cost management initiatives as well as accelerate its CREST@UMW initiatives to improve its business resilience. The Group expects to deliver satisfactory performance for the financial year 2023.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (“PATAMI”) UMW HOLDINGS MENINGKAT SEBANYAK 33% KEPADA RM134 JUTA PADA SUKU PERTAMA 2023

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat 20% kepada RM4,380 juta

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Keuntungan yang diberikan kepada pemegang saham (“PATAMI”) UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) melonjak sebanyak 32.9% kepada RM134.46 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (“S1 2023”), berbanding dengan RM101.2 juta yang dicatatkan pada suku yang sama berakhir 31 Mac 2022 (“suku sepadan”), terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam hasil perniagaan sebanyak 20.0% kepada RM4,379.6 juta. Dengan momentum pertumbuhan ekonomi yang mampan, ketiga-tiga segmen perniagaan teras mencatatkan hasil perniagaan dan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang lebih tinggi (“PBTZ”).

Segmen Automotif
Hasil perniagaan segmen Automotif bagi S1 2023 meningkat 18.1% kepada RM3,626.9 juta berbanding suku yang sepadan, terutamanya disebabkan oleh catatan jualan kenderaan yang lebih tinggi. Selaras dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi, PBTZ segmen meningkat sebanyak 5.4% kepada RM217.0 juta. Permintaan untuk segmen Automotif dijangka kekal menggalakkan sepanjang tahun disokong oleh pesanan tertunggak yang stabil dan menggalakkan yang didorong oleh permintaan yang lebih tinggi serta ekonomi yang terus berkembang. Pengumuman mengenai penangguhan pelaksanaan peraturan baru duti eksais dijangka akan terus menyokong peningkatan permintaan bagi segmen automotif. Dengan isu rantaian bekalan yang semakin pulih, Kumpulan terus meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi pesanan tertunggaknya. Kumpulan menjangkakan segmen Automotif kekal positif pada masa hadapan.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan segmen Jentera meningkat sebanyak 17.0% kepada RM434.9 juta pada S1 2023 terutamanya disebabkan oleh permintaan yang lebih kukuh untuk produk dan perkhidmatan segmen itu di pasaran tempatan dan luar negara. Hasil perniagaan yang lebih tinggi, dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah, menyebabkan PBTZ segmen melonjak sebanyak 61.6% kepada RM51.3 juta untuk S1 2023. Subsegmen Jentera Perindustrian akan terus memanfaatkan kedudukan tertingginya di dalam pasaran dan menceburi peluang perniagaan dalam bidang automasi logistik dan yang berkaitan dengannya. Selaras dengan aliran kelestarian global, segmen itu juga akan terus mempromosikan program pengubahsuaiannya untuk memanjangkan hayat jentera angkutnya. Pada masa yang sama, subsegmen Jentera Berat akan mengekalkan prestasinya dengan jumlah pesanan pelanggan yang stabil daripada sektor perlombongan, pertanian dan pembinaan di negara dimana tempat ia beroperasi.

Segmen Pembuatan dan Kejuruteraan
Segmen M&E mencatatkan hasil perniagaan sebanyak RM323.6 juta pada S1 2023, 42.5% lebih tinggi daripada RM227.1 juta yang dicatatkan pada suku yang sepadan. Prestasi yang lebih baik itu disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada semua sub-segmen, termasuk sub-segmen Aeroangkasa dengan penghantaran selonsong kipas yang lebih tinggi. Seterusnya, segmen itu mencatatkan PBTZ sebanyak RM22.4 juta pada suku semasa dimana lebih dua kali ganda daripada PBTZ sebanyak RM10.6 juta yang dilaporkan pada suku yang sepadan.
Subsegmen Komponen Auto dan Minyak Pelincir dijangka kekal kukuh sejajar dengan permintaan untuk produk automotif pada tahun ini.
Pembukaan semula sempadan antarabangsa dan peningkatan dalam penggunaan pengangkutan udara yang dijangka mencapai tahap pra-pandemik menjelang akhir tahun ini akan menjadi petanda baik bagi sub-segmen Aeroangkasa. Anggaran tiga tahun oleh Rolls-Royce menunjukkan bahawa bilangan pesanan dijangka akan terus bertambah baik melepasi paras pra-Covid-19. Anggaran pesanan yang lebih tinggi, digabungkan dengan pesanan tertunggak, akan meningkatkan kadar penggunaan kilang pemasangan dan dijangka menyumbang secara positif kepada subsegmen Aeroangkasa pada 2023.

Prospek Keseluruhan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami disokong oleh keputusan Kumpulan pada suku pertama 2023, yang telah melepasi paras pra-pandemik. Dengan ini, Kumpulan akan terus mengukuhkan perniagaan terasnya melalui kecekapan operasi dan inisiatif pengurusan kos serta meningkatkan inisiatif CREST@UMW untuk lebih berdaya tahan dalam perniagaannya. Kumpulan menjangka dapat memberikan prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan 2023.”

 

 

Click to show English Version