UMW HOLDINGS BERHAD WINS OVERALL EXCELLENCE AWARD FOR SUSTAINABILITY STEWARDSHIP; ITS CEO RECEIVES THE ESG CHAMPION AWARD

KUALA LUMPUR, 27 July 2023 –UMW Holdings Berhad’s (“UMW”) commitment to environmental and social sustainability has received recognition at the Sustainability & CSR Malaysia Awards 2023. The event is organised by ‘CSR Malaysia’ under the auspices of Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia. The Sustainability & CSR Malaysia Awards 2023 is the 8th edition of the event, and is supported by the Ministry of Women, Family & Community Development. The event was graced by YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Minister for Women, Family & Community Development.

UMW was honoured as Company of the Year for Overall Excellence in Sustainability Stewardship under the Multi-Industry Company category. This award acknowledges and celebrates the Group’s efforts and initiatives that have contributed significantly to promoting and implementing sustainable practices and environmental responsibility.

At the same event, UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali was selected as the inaugural recipient of the Personality of The Year - ESG Champion Award.

Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are humbled by these recognitions as they are testaments to our unwavering efforts to integrate sustainability into our business strategies and operations. This is in line with the accelerated reach for conscious consumerism, the basis of the Environmental, Social and Governance (“ESG”) framework. ESG concerns are becoming more significant to investors as a metric. Non-financial factors incorporating environmental impact and the organisation's social impact on staff, customers and the community are imperative as a mark of business credibility and sustainability.”

“To cultivate more sustainable efforts, UMW is accelerating the implementation of the Group’s Sustainability Roadmap as part of our CREST@UMW strategic transformation framework. The roadmap represents our commitment and action plans towards achieving carbon neutrality by 2050 while at the same time, underscores our commitment to drive efforts in creating a positive social impact,” he added.

UMW continues to champion sustainability in various aspects of its operations. From reducing its carbon footprint through energy-efficient practices to introducing eco-friendly products, the Group strives to be at the forefront of sustainable innovation. Moreover, UMW has actively engaged with the local communities to raise awareness and support initiatives that promote environmental protection and social responsibility through programs such as UMW Green Shoots Initiative with a target to plant 300,000 mangrove trees by the end of 2023.

As UMW moves forward, it remains dedicated to creating innovative and impactful solutions that promote sustainability and foster positive changes. The Group pledges to build on its achievements and collaborate with like-minded partners to address the pressing environmental challenges of our time.

Click to show Malay Version

 

 

UMW HOLDINGS BERHAD MEMENANGI ANUGERAH KECEMERLANGAN KESELURUHAN UNTUK PENGURUSAN KELESTARIAN; KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFNYA MENERIMA ANUGERAH JUARA ESG

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 –Komitmen UMW Holdings Berhad (“UMW”) terhadap kelestarian alam sekitar dan sosial telah mendapat pengiktirafan di Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2023. Acara ini dianjurkan oleh ‘CSR Malaysia’ di bawah naungan Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia. Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2023 merupakan edisi ke-8 acara itu, dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia. Acara tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

UMW telah dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik untuk Kecemerlangan Keseluruhan dalam Pengurusan Kelestarian di bawah kategori Syarikat Pelbagai Industri. Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan usaha dan inisiatif Kumpulan yang telah menyumbang secara signifikan dalam mempromosi dan melaksanakan aktiviti kelestarian serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pada majlis yang sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali telah dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Personaliti Tahun Ini - Anugerah Juara ESG.

Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan pengiktirafan ini kerana ia adalah bukti usaha kami dalam mengintegrasikan kelestarian ke dalam strategi dan operasi perniagaan kami. Ini selaras dengan peningkatan terhadap kesedaran pengguna terhadap kelestarian, yang merupakan asas rangka kerja Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”). Elemen ESG menjadi lebih penting kepada pelabur sebagai metrik. Faktor bukan kewangan yang menggabungkan impak alam sekitar dan sosial organisasi terhadap kakitangan, pelanggan dan komuniti adalah penting sebagai tanda kredibiliti dan kelestarian perniagaan.”

“Untuk memupuk usaha yang lebih mampan, UMW sedang mempergiatkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Kelestarian Kumpulan sebagai sebahagian daripada rangka kerja strategi transformasi CREST@UMW kami. Pelan hala tuju itu mewakili komitmen dan pelan tindakan kami ke arah mencapai neutral karbon menjelang 2050 manakala pada masa yang sama, menggariskan komitmen kami untuk memacu usaha dalam mewujudkan impak sosial yang positif,” tambahnya.

UMW terus mengungguli kelestariannya dalam pelbagai aspek operasinya. Daripada mengurangkan jejak karbonnya melalui amalan cekap tenaga kepada memperkenalkan produk mesra alam, Kumpulan berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam inovasi yang mampan. Selain itu, UMW telah terlibat secara aktif dengan komuniti setempat untuk meningkatkan kesedaran dan menyokong inisiatif dalam usaha melindungi alam sekitar dan tanggungjawab sosial melalui program seperti Inisiatif Pucuk Hijau UMW dengan sasaran untuk menanam 300,000 pokok bakau menjelang akhir tahun 2023.

UMW kekal berdedikasi untuk mencipta penyelesaian yang inovatif dan berkesan yang menggalakkan kemampanan dan memupuk perubahan positif. Kumpulan akan terus membina pencapaiannya dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menangani cabaran dalam memelihara alam sekitar pada masa kini.

 

 

Click to show English Version