ADDRESS

UMW CORPORATION SDN. BHD.

Menara UMW,

Jalan Puncak, Off Jalan P Ramlee,

50250 Kuala Lumpur

TELEPHONE

Tel : +603 2025 2025 (main)

Fax: +603 2025 2026 (general)

FOLLOW & LIKE US

Kelab Kreatif UMW dilancarkan secara rasminya pada 2 Jun 2021 menerusi majlis ringkas secara atas talian yang disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Kumpulan UMW merangkap Penaung Kelab Kreatif UMW

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memartabatkan budaya seni melalui kejiwaan puisi yang mampu mencetuskan nilai emosi dan semangat patriotik.
  • Mendidik kakitangan berkenaan penciptaan dan deklamasi puisi mengikut teknik dan disiplin khusus agar penghasilannya dapat diterjemahkan dengan berkesan.
  • Menjadikan puisi sebagai salah satu elemen budaya yang penting untuk diekspresikan melalui kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang dianjurkan

PEMBELAJARAN DAN PEMERKASAAN ILMU PUISI

Kelab Kreatif UMW sentiasa berganding bahu dalam menggerakkan inisiatif sosial korporat Kumpulan UMW dalam memperkasakan komuniti di dalam kelestarian khazanah seni negara, yang perlu dipelihara dan diangkat serta diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya. Di samping itu, inisiatif ini juga merupakan satu pendekatan intelektual dalam mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Antara inisiatif kelab dalam memartabatkan budaya seni kreatif adalah dengan mewujudkan wacana e-Puisi. e-Puisi merupakan bengkel penulisan kreatif atas talian yang merangkumi penulisan asas dan deklamasi puisi. Di akhir pembelajaran, peserta perlu menulis puisi untuk mengukur tahap pemahaman dan penilaian ke peringkat seterusnya iaitu pertengahan / penekanan penulisan dan lanjutan / pemerkasaan. Kini, Kelab Kreatif UMW berinspirasi menyebarkan ilmu ini bukan sahaja di peringkat sekolah malah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia. Besar harapan kami agar usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam membina peradaban anak bangsa yang cemerlang.

Klik pautan ini untuk mengakses silibus pembelajaran e-puisi: https://360.articulate.com/review/content/77af5350-ba3c-4e47-a6ae-4d26497c77da/review

Klik pautan ini untuk mengakses Montaj E-Puisi:

 

BENGKEL SAYEMBARA PENULISAN KREATIF & DEKLAMASI PUISI

  • Bengkel dan Sayembara Penulisan Kreatif & Deklamasi Puisi merupakan salah satu program Kelab Kreatif UMW bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
  • Program ini bertujuan untuk menyuburkan semangat cintakan negara dan menghayati semangat kemerdekaan di samping mengukuhkan jati diri generasi muda dan juga di kalangan anak warga WOWriors.
  • Selain itu, program ini juga sejajar dengan aspirasi Kelab Kreatif UMW untuk melestarikan dan memartabatkan seni kreatif puisi yang bukan sahaja di kalangan penggiat pemuisi tetapi juga dapat diketengahkan sebagai salah satu daripada agenda nasional dan dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya.
  • Dengan itu, pembelajaran mengenai penulisan kreatif yang lebih berstruktur diperkenalkan kepada generasi muda untuk memperkasakan seni kreatif ini yang bukan sekadar minat tetapi juga satu wacana intelektual dalam mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif seterusnya melahirkan sebuah masyarakat yang berbudaya tinggi dalam membina ukhuwah tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Program ini akan bermula pada 25 Julai 2022 sehingga 21 September 2022 dan dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:
    i) Kategori I - Pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 2
    ii) Kategori II - Pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5
  • Kaedah pembelajaran Penulisan Kreatif dan Deklamasi Puisi pula akan dibahagikan kepada tiga (3) peringkat iaitu:-
    i) Asas
    ii) Pertengahan / Penekanan Penulisan
    iii)Lanjutan / Pemerkasaan