UMW GROUP DELIVERS 35,130 VEHICLES IN OCTOBER 2022, 4% HIGHER THAN THE PREVIOUS MONTH

- UMW Toyota Motor registered 9,281 units in October 2022, the highest for the year

- Perodua registered 25,849 units in October 2022

KUALA LUMPUR, 17 November 2022 – The UMW Group’s automotive sales improved in October 2022 as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered higher sales. The Group delivered 35,130 units in October 2022, 4% higher than the 33,859 units registered in September 2022 as both companies continued to fulfil their encouraging outstanding bookings. Consequently, for the first ten months of 2022, the UMW Group delivered a total of 302,356 units, 50% higher than the 201,569 units registered in the corresponding period of 2021 which was affected by the implementation of the Full Movement Control Order (“FMCO”) from 1 June to 15 August 2021.

UMWT achieved its highest sales for 2022 with the delivery of 9,281 units in October 2022, a marginal increase compared with the 9,233 units registered in September 2022. Year-to-date October 2022, UMWT registered 80,153 units, a 47% growth compared with the 54,618 units registered in the corresponding period of 2021. To further refresh its model line-up, UMWT launched the all-new Toyota Veloz on 18 October. The locally assembled (CKD) Toyota Veloz is a step up from the Toyota Avanza in the Malaysian B-segment MPV market. The single-variant MPV’s selling price starts at RM95,000 and has garnered over 7,000 bookings to-date.

Perodua also continued with its strong sales momentum with the registration of 25,849 units in October 2022, 5% higher than the 24,626 units registered in September 2022. The top three Perodua models sold in October were the Bezza, followed by Myvi and Axia. For the first ten months of 2022, Perodua’s sales surged by 51% to 222,203 units, compared with the 146,951 units registered in the corresponding period of 2021. Perodua is on-track to achieve its sales target of 247,800 units for 2022.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the improved sales registered by both UMWT and Perodua in October 2022. We expect the sales momentum to continue especially in the last two months of the year driven by the year-end promotions. Supported by the encouraging bookings and improving supply chain, both companies will continue to ramp-up production to hasten delivery of our cars to the customers. Barring unforeseen circumstances, we are confident of achieving our sales targets for the year. We would like to thank our customers for their unwavering support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENCATATKAN JUALAN SEBANYAK 35,130 KENDERAAN PADA BULAN OKTOBER 2022, 4% LEBIH TINGGI BERBANDING BULAN SEBELUMNYA

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 9,281 unit pada bulan Oktober 2022, tertinggi untuk tahun ini

- Perodua mendaftarkan jumlah jualan sebanyak 25,849 unit pada bulan Oktober 2022

KUALA LUMPUR, 17 November 2022 – Jualan automotif Kumpulan UMW meningkat pada bulan Oktober 2022 dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang lebih tinggi. Hasil daripada peningkatan pengeluaran untuk memenuhi tempahan tertunggak yang menggalakkan, Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 35,130 unit pada bulan Oktober 2022, 4% lebih tinggi berbanding 33,859 unit yang didaftarkan pada bulan September 2022. Oleh itu, untuk sepuluh bulan pertama tahun 2022, Kumpulan UMW telah mencatatkan jualan sejumlah 302,356 unit, 50% lebih tinggi daripada 201,569 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021 yang terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“FMCO”) dari 1 Jun hingga 15 Ogos 2021.

UMWT mencapai jualan tertinggi pada tahun 2022 dengan penjualan kenderaan sebanyak 9,281 unit pada bulan Oktober 2022, sedikit peningkatan berbanding 9,233 unit yang didaftarkan pada bulan September 2022. Setakat Oktober 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 80,153 unit, peningkatan sebanyak 47% berbanding dengan 54,618 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Untuk memperbaharui barisan modelnya, UMWT melancarkan Toyota Veloz serba baharu pada 18 Oktober. Toyota Veloz dengan pemasangan tempatan (CKD) adalah satu kejayaan dalam pasaran MPV segmen B Malaysia selepas Toyota Avanza. Harga jualan MPV varian tunggal itu bermula pada RM95,000 dan telah menerima lebih daripada 7,000 tempahan sehingga kini.

Momentum jualan Perodua juga terus kukuh dengan pendaftaran kenderaan sebanyak 25,849 unit pada bulan Oktober 2022, 5% lebih tinggi berbanding 24,626 unit yang didaftarkan pada bulan September 2022. Tiga model terlaris Perodua pada bulan Oktober ialah Bezza, diikuti Myvi dan Axia. Bagi sepuluh bulan pertama tahun 2022, jualan Perodua melonjak sebanyak 51% kepada 222,203 unit, berbanding 146,951 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Perodua yakin untuk mencapai sasaran jualannya sebanyak 247,800 unit untuk 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan peningkatan jualan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Oktober 2022. Kami menjangkakan momentum jualan akan terus kukuh terutamanya dalam masa dua bulan terakhir tahun ini dengan adanya promosi akhir tahun. Disokong oleh pesanan yang menggalakkan dan rantaian bekalan yang bertambah baik, kedua-dua syarikat akan terus mempergiatkan pengeluaran untuk memenuhi tempahan pelanggan. Disokong oleh perkara diluar jangkaan yang semakin pulih, kami yakin dapat mencapai sasaran jualan kami untuk tahun ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version