UMW HOLDINGS’ PATAMI SURGES TO RM107 MILLION IN THE SECOND QUARTER OF 2022

- Group revenue increased by 53%.

- All three core business segments achieved higher revenue and profit before taxation.

KUALA LUMPUR, 26 August 2022 – UMW Holdings Berhad’s (“Group”) profit after taxation and minority interests (“PATAMI”) surged to RM107.2 million for the second quarter ended 30 June 2022 (“Q2 2022”), compared with the loss after taxation and minority interests (“LATAMI”) of RM3.6 million registered in the corresponding quarter ended 30 June 2021 (“corresponding quarter”). Supported by the improved contribution from all three core business segments, Group revenue in Q2 2022 rose by 52.6% to RM3,730.8 million, a strong recovery to the pre-Covid-19 levels. The Group’s improved performance is mainly attributed to the economic recovery under the National Recovery Plan (“NRP”) as opposed to the Full Movement Control Order (“FMCO”) implemented from 1 June 2021 to 15 August 2021 as well as the transition into the endemic phase of Covid-19.

Automotive segment
The Automotive segment’s revenue for Q2 2022 grew by 57.3% to RM3,117.4 million compared with the corresponding quarter, supported by the higher number of vehicles sold which was driven by the sales tax exemption as well as the introduction of new models. In line with the higher revenue and share of profit from an associated company, the segment’s profit before taxation and zakat (“PBTZ”) increased almost six-fold to RM202.9 million. Supported by the strong sales in the first half of the year and the high backlog of orders, the Malaysian Automotive Association (“MAA”) has recently revised upwards its Total Industry Volume (“TIV”) forecast for 2022 to 630,000 units from 600,000 units previously. In addition, the government has further extended the sales tax exemption for outstanding bookings made by 30 June 2022 as long as these vehicles are registered by 31 March 2023. As the ongoing global semiconductor chip shortage continues to ease together with improvements made in the supply chain, the Group is confident of achieving its sales targets for the year.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 22.2% to RM366.6 million in Q2 2022 compared with RM299.9 million in the corresponding quarter, mainly due to the growing demand for the segment’s products and services in the local and overseas markets. In tandem with the higher revenue, the segment’s PBTZ of RM35.4 million was 11.4% higher than the RM31.8 million reported in the corresponding quarter. The demand for heavy equipment remains strong in all the markets, except for Myanmar due to the ongoing political uncertainties. The strong commodity prices and the increase in construction activities are expected to contribute positively to the sub-segment. The Industrial Equipment sub-segment will continue to strengthen its automation and forklift refurbishment businesses for future growth. The improving demand in the manufacturing, food and beverage, and logistics sectors is expected to increase demand for the Industrial Equipment sub-segment’s products and services.

Manufacturing & Engineering (“M&E”) and Aerospace segments
The segment’s revenue increased by 41.6% to RM226.4 million compared with RM159.9 million in the corresponding quarter due to the higher contribution from all sub-segments. In tandem with the higher revenue, the segment reported a higher PBTZ of RM13.1 million for 2Q 2022. The segment is expected to benefit from the robust original equipment (“OE”) and replacement equipment (“RE”) markets due to the higher demand for vehicles in the second half of 2022.
The Aerospace sub-segment will continue to explore opportunities to improve its plant utilisation and diversify its manufacturing capabilities in line with its products and customer diversification strategy. The steady growth in the air passenger and cargo traffic in 2022, provides an important impetus to the growth in the orders for new widebody planes in the future. Together with the clearing of the backlog orders for planes by the aircraft manufacturers, the future for the aeroplane fan cases business is improving.

Overall prospects
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “The Group registered improved results in the second quarter of 2022 following transition to the endemic phase of Covid-19. However, the Group remains cautious in view of the challenges arising from the environment of rising interest rates and high inflation. Furthermore, the prolonged military conflict in Ukraine and rising geo-political tensions have added to the increased uncertainty in the general business environment and confidence which in turn continues to strengthen the US dollar against other currencies including Ringgit Malaysia. Against this backdrop, the Group will continue to improve its resilience through continued focus on cost optimisation and operational efficiency as well as engaging closely with its principals, suppliers and stakeholders to mitigate the impact to the Group. Overall, the Group expects its performance for the financial year 2022 to be better than the previous year.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (“PATAMI”) BAGI UMW HOLDINGS MENINGKAT KEPADA RM107 JUTA PADA SUKU KEDUA TAHUN 2022

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat sebanyak 53%.

- Ketiga-tiga segmen perniagaan teras mencatatkan hasil perniagaan dan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 – Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) melonjak kepada RM107.2 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (“S2 2022”), berbanding dengan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti (“LATAMI”) sebanyak RM3.6 juta yang didaftarkan pada suku yang sama berakhir 30 Jun 2021 (“suku yang sepadan”). Didorong oleh sumbangan yang baik daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras, hasil perniagaan Kumpulan pada S2 2022 meningkat sebanyak 52.6% kepada RM3,730.8 juta, oleh kerana pemulihan yang kukuh daripada pandemik Covid-19. Peningkatan prestasi Kumpulan terutamanya disebabkan oleh pemulihan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Nasional (“NRP”) berbanding Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) pada suku yang sama dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 serta peralihan ke fasa endemik Covid-19.

Segmen automotif
Hasil perniagaan bagi segmen Automotif bagi S2 2022 meningkat 57.3% kepada RM3,117.4 juta berbanding suku yang sepadan, disokong oleh catatan jualan kenderaan yang lebih tinggi yang dipacu oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu. Selaras dengan hasil perniagaan dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu, keuntungan sebelum cukai dan zakat segmen tersebut (“PBTZ”) meningkat hampir enam kali ganda kepada RM202.9 juta. Disokong oleh pesanan tertunggak yang tinggi dan jualan yang kukuh pada separuh pertama tahun ini, Persatuan Automotif Malaysia (“MAA”) baru-baru ini telah menaikkan semula jumlah sasaran jualan Industri (“TIV”) untuk tahun 2022 kepada 630,000 unit daripada 600,000 unit sebelum ini. Selain itu, kerajaan telah melanjutkan lagi pengecualian cukai jualan untuk tempahan tertunggak yang dibuat pada 30 Jun 2022 dan didaftarkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023. Dengan peningkatan terhadap rantaian bekalan dan cip semikonduktor, Kumpulam yakin dalam mencapai sasaran jualan tahun ini.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 22.2% kepada RM366.6 juta pada S2 2022 berbanding dengan RM299.9 juta bagi suku yang sepadan, disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan di dalam pasaran tempatan dan luar negara. Sejajar dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi, PBTZ yang dicatatkan adalah sebanyak RM35.4 juta, 11.4% lebih tinggi berbanding RM31.8 juta yang dilaporkan pada suku yang sepadan. Permintaan terhadap jentera berat kekal kukuh di semua pasaran, kecuali Myanmar dimana keadaan politik yang tidak stabil berterusan. Harga komoditi yang kukuh dan peningkatan dalam aktiviti pembinaan dijangka menyumbang secara positif kepada subsegmen tersebut. Sub-segmen jentera industri akan terus mengukuhkan perniagaan automasi dan pengubahsuaian forklift untuk perkembangan di masa hadapan. Permintaan yang bertambah baik dalam sektor pembuatan, makanan dan minuman serta logistik dijangka akan meningkatkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan sub-segmen jentera industri.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan (“M&E”) dan Aeroangkasa
Hasil perniagaan bagi segmen meningkat sebanyak 41.6% kepada RM226.4 juta berbanding dengan RM159.9 juta pada suku yang sepadan disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada semua sub-segmen. Sejajar dengan hasil perniagaan yang tinggi, segmen tersebut melaporkan PBTZ yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM13.1 juta pada S2 2022. Segmen ini dijangka akan mendapat manfaat daripada pasaran peralatan asli (“OE”) dan peralatan gantian (“RE”) yang teguh berikutan permintaan yang lebih tinggi untuk kenderaan pada separuh kedua tahun 2022.
Subsegmen Aeroangkasa akan terus meneroka peluang untuk menambah baik penggunaan kilangnya dan mempelbagaikan kebolehan pembuatannya sejajar dengan kepelbagaian produknya dan strategi pelanggannya. Perkembangan yang stabil dalam penggunaan kargo dan pengangkutan udara pada tahun 2022, memberikan sumbangan yang penting kepada peningkatan terhadap tempahan pesawat baharu yang bersaiz lebar pada masa hadapan. Dalam usaha menguruskan pesanan tertunggak oleh pengeluar pesawat, ini menunjukkan masa hadapan bagi perniagaan selongsong kipas pesawat bertambah baik.

Prospek keseluruhan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kumpulan mencatatkan keputusan yang lebih baik pada suku kedua 2022 berikutan peralihan kepada fasa endemik Covid-19. Walau bagaimanapun, Kumpulan tetap berwaspada memandangkan persekitaran yang mencabar dengan kenaikan kadar faedah dan inflasi yang tinggi. Tambahan pula, konflik ketenteraan yang berpanjangan di Ukraine dan ketegangan geo-politik yang semakin meningkat telah menambahkan ketidaktentuan yang tinggi dari segi keyakinan dan persekitaran perniagaan yang menyebabkan dolar AS semakin tinggi berbanding mata wang lain termasuk Ringgit Malaysia. Dengan ini, Kumpulan akan terus meningkatkan daya tahannya dengan kekal fokus terhadap pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta meningkatkan perhubungan dengan prinsipal, pembekal dan pemegang kepentingannya untuk mengurangkan kesan terhadap Kumpulan. Secara keseluruhannya, Kumpulan menjangkakan prestasinya untuk tahun kewangan 2022 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.”

 

 

Click to show English Version