Sime Darby Completes Acquisition of Majority Stake in UMW, UMW Welcomes New President and Group CEO

KUALA LUMPUR, 13 December 2023 – UMW Holdings Berhad (“UMW”) announced today that Sime Darby Berhad (“Sime Darby”) has completed the acquisition of its 61.2% stake, making Sime Darby the new major shareholder of UMW.

In conjunction with the change in major shareholder which also resulted in changes to its board, UMW is looking forward to welcoming several new members comprising Sime Darby’s Independent Non-Executive Director Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Sime Darby’s Group Chief Executive Officer Dato’ Jeffri Salim Davidson, as well as Mustamir Mohamad. UMW also wishes to express its sincere gratitude to departing directors, Datin Paduka Kartini Hj. Abdul Manaf, Shahin Farouque Jammal Ahmad, and Ahmad Adib Mukhtar for their valuable contributions to the company.

UMW is also pleased to announce the appointment of Mustamir Mohamad as its new President and Group Chief Executive Officer (“PGCEO”). The company is confident that Mustamir, who is formerly the Group Chief Financial Officer (“GCFO”) of Sime Darby, will bring significant expertise through his years of invaluable experience and leadership to the organisation.

"I am honoured to lead UMW during this important integration phase with Sime Darby. UMW boasts a rich history and a longstanding reputation as a cornerstone in the Malaysian automotive sector. We aim to build upon the solid foundation laid by UMW and explore new business opportunities by leveraging Sime Darby's established distribution network and regional influence," said Mustamir.

With the appointment of Mustamir, Megat Shahrul Azmir, who had been serving as UMW’s Officer-in-Charge in the interim, will relinquish that position and continue on as President of UMW Equipment Division.

Following the completion of this acquisition of the majority stake of UMW from Permodalan Nasional Berhad, Sime Darby will initiate a Mandatory General Offer for the remaining UMW shares that it does not own, with the aim of delisting UMW from Bursa Malaysia.

Click to show Malay Version

 

 

Sime Darby Mengambilalih Pegangan Majoriti dalam UMW UMW Mengalu-alukan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang Baharu

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2023 – UMW Holdings Berhad (“UMW”) hari ini mengumumkan bahawa Sime Darby Berhad (“Sime Darby”) telah selesai mengambilalih 61.2% pegangan saham berkepentingannya, menjadikan Sime Darby pemegang saham utama baharu UMW.

Dengan perubahan dalam pemegang saham utama yang turut megubah barisan lembaga pengarahnya, UMW berbesar hati mengalu-alukan beberapa ahli lembaga pengarah baharu yang terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Dato' Jeffri Salim Davidson, dan Mustamir Mohamad. UMW juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli Lembaga pengarah yang telah berkhidmat sebelum ini, antaranya Datin Paduka Kartini Hj. Abdul Manaf, Shahin Farouque Jammal Ahmad, dan Ahmad Adib Mukhtar atas perkhidmatan mereka yang tidak ternilai kepada syarikat UMW.

UMW juga dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Mustamir Mohamad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (“PGCEO”) yang baharu. UMW yakin Mustamir, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (“GCFO”) Sime Darby, akan membawa kepakarannya melalui pengalaman dan kepimpinan yang tidak ternilai selama bertahun-tahun untuk organisasi ini.

"Saya berbesar hati untuk menerajui UMW semasa fasa integrasi penting ini dengan Sime Darby. UMW mempunyai sejarah yang tidak ternilai dan reputasi baik yang berpanjangan sebagai peneraju sektor automotif di Malaysia. Kami berhasrat untuk membina asas kukuh yang dicapai oleh UMW dan meneroka peluang perniagaan baharu dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran dan pengaruh serantau Sime Darby yang mantap," kata Mustamir.

Dengan pelantikan Mustamir, Megat Shahrul Azmir, yang telah berkhidmat sebagai Officer-In-Charge UMW buat sementara waktu, akan melepaskan jawatan tersebut dan meneruskan jawatan sebagai Presiden Bahagian Jentera UMW.

Berikutan selesainya pengambilalihan pegangan majoriti UMW daripada Permodalan Nasional Berhad, Sime Darby akan memulakan Tawaran Am Mandatori untuk baki pegangan saham UMW yang tidak dimilikinya, dengan tujuan untuk mengeluarkan UMW daripada disenaraikan di Bursa Malaysia.

 

 

Click to show English Version