UMW SIGNS LONG-TERM SERVICE AGREEMENT FOR JENBACHER BIOGAS ENGINES WITH IOI VALUED AT RM50 MILLION

KUALA LUMPUR, 6 December 2023 – UMW Group’s wholly owned subsidiary, UMW Industrial Power Services Sdn. Bhd. (“UIPS”), an authorised distributor of INNIO’s Jenbacher engines in Malaysia, signed a Long-Term Service Agreement (“LTSA”) with IOI Corporation Berhad’s plantation business valued at RM50 million.

The LTSA will see UIPS providing maintenance services for seven units of Jenbacher biogas engines installed at IOI Plantation Services Sdn. Bhd’s seven palm oil mills in Lahad Datu and Sandakan in Sabah. The seven Jenbacher biogas engines have a total generation capacity of 5,523kW of power. The power generated will be utilised for the operations at the mills, living quarters as well as for auxiliary usage.

The LTSA will cover two life cycles of the seven biogas engines and engine block replacement. The scope of work includes services and maintenance for the engines for a duration of 16 years. The scheduled maintenance is aimed at achieving an optimum capacity of 7,000 operating hours annually.

The LTSA was signed by Roslan Yahaya, General Manager, UIPS and Raymond Herbertson, General Manager, Mills & Engineering (Sabah), IOI Plantation Services Sdn. Bhd. at a signing ceremony held in Sandakan. At the event, seven LTSAs were signed with Ladang Sabah Mill, Pamol Sabah Mill, Mayvin Mill, Morisem Mill, Leepang Mill, Syarimo Mill and Unico Desa Mill, all owned and operated by IOI Plantation Services Sdn. Bhd., which currently operates 10 mills in Sabah.

Raymond Herbertson stated that the strategic LTSA with UIPS will ensure optimal condition of IOI’s biogas engines as it progressively moves forward to achieve its net-zero greenhouse gas emissions for Scope 1, 2 and 3 by 2040.

UMW Holdings Berhad Officer-in-Charge, Megat Shahrul Azmir said, “We would like to extend our appreciation to IOI Plantation Services Sdn. Bhd. for their support and confidence in our products and services. We will ensure that the biogas engines are well maintained to ensure they will continue to be productive throughout their life span.”

He added, “The Jenbacher technology that UIPS offers effectively generates clean energy and heat from bio-waste, making a significant impact on reducing CO2 emissions. Power plants using Jenbacher engines operating on natural gas or renewable energy sources can achieve power conversion efficiencies of up to a remarkable 48.7%.

Additionally, when operating in combined heat and power configuration, the overall efficiency could increase up to an impressive 95%. This will help our customers in maximising their returns, whilst reducing their carbon footprint and waste.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW DAN IOI MENANDATANGANI PERJANJIAN PERKHIDMATAN JANGKA PANJANG UNTUK ENJIN BIOGAS JENBACHER BERNILAI RM50 JUTA

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2023 – UMW Industrial Power Services Sdn. Bhd. (“UIPS”), anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW dan pengedar sah enjin Jenbacher INNIO di Malaysia, menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Jangka Panjang (“LTSA”) dengan perniagaan perladangan IOI Corporation Berhad bernilai RM50 juta.

Melalui perjanjian ini, UIPS akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk tujuh unit enjin biogas Jenbacher yang dipasang di tujuh buah kilang kelapa sawit oleh IOI Plantation Services Sdn. Bhd di Lahad Datu dan Sandakan di Sabah. Tujuh enjin biogas Jenbacher mempunyai jumlah kapasiti penjanaan sebanyak 5,523kW kuasa. Kuasa yang dijana akan digunakan untuk operasi di kilang, kawasan tempat tinggal serta untuk kegunaan tambahan.

LTSA ini merangkumi dua kitaran hayat bagi tujuh unit enjin biogas dan penggantian blok enjin. Skop kerja termasuk servis dan perkhidmatan penyelenggaraan bagi enjin untuk tempoh 16 tahun. Penyelenggaraan berjadual itu bertujuan untuk mencapai kapasiti optimum sebanyak 7,000 jam operasi setiap tahun.

LTSA ini ditandatangani oleh Roslan Yahaya, Pengurus Besar, UIPS dan Raymond Herbertson, Pengurus Besar, Mills & Engineering (Sabah), IOI Plantation Services Sdn. Bhd. di majlis yang diadakan di Sandakan. Tujuh LTSA ditandatangani di majlis tersebut iaitu dengan Kilang Ladang Sabah, Kilang Pamol Sabah, Kilang Mayvin, Kilang Morisem, Kilang Leepang, Kilang Syarimo dan Kilang Unico Desa, dimana kesemuanya dimiliki dan dikendalikan oleh IOI Plantation Services Sdn. Bhd., yang kini mengendali 10 buah kilang di Sabah.

Raymond Herbertson menyatakan bahawa LTSA strategik dengan UIPS ini akan memastikan keoptimuman enjin-enjin biogas mereka kerana IOI secara progresifnya menuju ke arah mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar untuk Skop 1, 2 dan 3 menjelang tahun 2040.

Officer-in-Charge UMW Holdings Berhad, Megat Shahrul Azmir berkata, “Kami ingin merakamkan penghargaan kepada IOI Plantation Services Sdn. Bhd. atas sokongan dan keyakinan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami. Kami akan memastikan enjin-enjin biogas diselenggara dengan baik untuk kekal produktif sepanjang hayat mereka.”

Beliau menambah, “Teknologi Jenbacher yang UIPS tawarkan sangat berkesan dalam menjana tenaga bersih dan haba daripada sisa bio serta memberikan impak yang ketara dalam mengurangkan pelepasan CO2. Loji kuasa yang menggunakan enjin Jenbacher yang beroperasi menggunakan gas asli atau sumber tenaga boleh diperbaharui boleh mencapai kecekapan penukaran kuasa sehingga 48.7%.

Selain itu, apabila beroperasi dalam konfigurasi gabungan haba dan kuasa, kecekapan keseluruhan boleh meningkat sehingga 95%. Ini akan membantu pelanggan kami memaksimumkan pulangan mereka, sambil mengurangkan jejak karbon mereka dan sisa.”

 

 

Click to show English Version