UMW GROUP REGISTERED 44,767 VEHICLES IN OCTOBER 2023, 27% HIGHER THAN OCTOBER 2022

- UMW Toyota Motor registered 10,931 units in October 2023, its highest monthly sales in the last 5 years..

- Perodua registered 33,836 units in October 2023, its highest-ever monthly sales.

KUALA LUMPUR, 20 November 2023 – The UMW Group’s strong automotive sales momentum continued in October 2023 with the registration of a record 44,767 vehicles as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to deliver their outstanding orders. Accordingly, year-to-date October 2023, the Group’s automotive sales increased by 17% to 354,505 units from the 302,356 units registered in the same period of 2022.

UMWT registered 10,931 units in October 2023, its highest monthly sales in the last 5 years. It was also 18% higher than the 9,281 units registered in October 2022. Year-to-date October 2023, UMWT registered 87,442 units, recording a 9% growth compared with the 80,153 units registered in the corresponding period of 2022. To refresh its model line-up, UMWT launched the all-new Toyota Vellfire and Toyota Alphard on 23 October 2023, priced from RM438,000 and RM538,000, respectively. These models have set a new benchmark for advanced features, offering efficient and luxurious transportation solutions for individuals who appreciate sophistication, refined design and cutting-edge technology.

Perodua registered 33,836 units in October 2023, its highest-ever monthly sales, as it continues to ramp up production supported by the improving supply chain. It was also 31% higher compared with the 25,849 units delivered in October 2022. Year-to-date October 2023, Perodua’s sales surged to 267,063 units, 20% higher than the 222,203 units delivered in the same period of 2022. For the first ten months of 2023, Perodua’s top selling models were the Bezza, followed by the Axia and Myvi.

UMW Holdings Berhad’s Officer-in-Charge, Megat Shahrul Azmir said, “We are pleased with the record sales registered by both UMWT and Perodua in October 2023. Year-to-date, both companies have continued to register higher sales compared with the same period of 2022. We are confident that both companies will achieve their sales targets for 2023 based on the outstanding bookings as well as the sustained demand for new vehicles. The introduction of new and facelifted models is also expected to drive sales. We would like to thank our customers for their continued support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN JUALAN SEBANYAK 44,767 KENDERAAN PADA BULAN OKTOBER 2023, 27% LEBIH TINGGI BERBANDING OKTOBER TAHUN 2022

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 10,931 unit pada bulan Oktober 2023, jualan bulanan tertingginya bagi tempoh 5 tahun lepas.

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 33,836 unit pada bulan Oktober 2023, jualan bulanannya yang tertinggi.

KUALA LUMPUR, 20 November 2023 – Momentum jualan automotif Kumpulan UMW yang kukuh berterusan pada bulan Oktober 2023 dengan pencatatan rekod jualan sebanyak 44,767 kenderaan disebabkan oleh kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua terus memenuhi pesanan tertunggak mereka. Sehubungan itu, untuk sepuluh bulan yang pertama sehingga Oktober, jualan automotif Kumpulan meningkat sebanyak 17% kepada 354,505 unit daripada 302,356 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2022.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 10,931 unit pada bulan Oktober 2023, jualan bulanannya yang tertinggi bagi tempoh 5 tahun lepas. Ia juga merupakan 18% lebih tinggi berbanding 9,281 unit yang didaftarkan pada bulan Oktober tahun 2022. Bagi sepuluh bulan pertama sehingga Oktober 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 87,442 unit, pertumbuhan sebanyak 9% berbanding 80,153 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Bagi meningkatkan lagi barisan modelnya, UMWT telah melancarkan Toyota Vellfire dan Toyota Alphard serba baharu pada 23 Oktober 2023, yang berharga bermula dari RM438,000 dan RM538,000. Model-model ini telah membuktikan teknologi kini semakin maju, dengan menawarkan kualiti pengangkutan yang cekap dan mewah untuk individu yang menghargai kecanggihan teknologi disamping reka bentuk yang diperhalusi.

Perodua mencatatkan jualan sebanyak 33,836 unit pada bulan Oktober 2023, jualan bulanannya yang tertinggi, kerana ia terus meningkatkan pengeluarannya serta disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik. Ia juga 31% lebih tinggi berbanding dengan 25,849 unit yang direkodkan pada bulan Oktober tahun 2022. Sehingga bulan Oktober 2023, jualan Perodua melonjak kepada 267,063 unit, 20% lebih tinggi daripada 222,203 unit yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Bagi sepuluh bulan pertama tahun 2023, model terlaris bagi Perodua ialah Bezza, diikuti oleh Axia dan Myvi.

Officer-in-Charge bagi syarikat UMW Holdings Berhad, Megat Shahrul Azmir berkata, “Kami berbesar hati dengan rekod jualan yang dicatatkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Oktober 2023. Setakat ini, kedua-dua syarikat terus mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022. Kami yakin kedua-dua syarikat akan mencapai sasaran jualan mereka untuk tahun 2023 berdasarkan tempahan tertunggak serta permintaan yang berterusan untuk kenderaan baharu. Pengenalan model baharu dan kemaskini juga dijangka akan memacu momentum penjualan kenderaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami di atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version