UMW GROUP REGISTERED 38,223 VEHICLES IN SEPTEMBER 2023, 13% HIGHER THAN SEPTEMBER 2022

- UMW Toyota Motor registered 9,228 units in September 2023.

- Perodua registered 28,995 units in September 2023.

KUALA LUMPUR, 30 October 2023 – The UMW Group’s strong automotive sales momentum continued in September 2023 with the registration of 38,223 vehicles as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to deliver their outstanding orders. Accordingly, year-to-date September 2023, the Group’s automotive sales increased by 16% to 309,738 units from the 267,226 units registered in the same period of 2022.

UMWT registered 9,228 units in September 2023, close to the 9,233 units delivered in September 2022. Year-to-date September 2023, UMWT registered 76,511 units, recording an 8% growth compared with the 70,872 units registered in the corresponding period of 2022. Accordingly, UMWT achieved market share of 13.4% for YTD September 2023. To refresh its model line-up, UMWT introduced the improved Toyota Yaris on 18 September 2023. The improved model now features styling enhancements, new technology and a refreshed interior ambience. It includes a sporty new front and rear skirting, as well as an optional 2-tone paint finish with a striking black roof. The locally assembled popular B-segment hatchback is offered in two variants and is priced from RM88,000 to RM91,600.

Perodua registered 28,995 units in September 2023, 18% higher compared with the 24,626 units delivered in September 2022, as it continues to ramp up production supported by the improving supply chain. Year-to-date September 2023, Perodua’s sales surged to 233,227 units, 19% higher than the 196,354 units delivered in the same period of 2022. Accordingly, Perodua achieved market share of 40.8% for YTD September 2023. For the first nine months of 2023, Perodua’s top selling models were the Bezza, followed by the Axia and Myvi.

UMW Holdings Berhad’s outgoing President and Group CEO, Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the sustained strong sales registered by both UMWT and Perodua in September 2023. Year-to-date, both companies have continued to register higher sales compared with the same period of 2022. We are confident that both companies will achieve their sales targets for 2023 based on the outstanding bookings. Automotive sales in the last quarter of the year will also be supported by the attractive year-end promotions. We would like to express our appreciation to our customers for their support and loyalty.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTAR JUALAN SEBANYAK 38,223 KENDERAAN PADA BULAN SEPTEMBER 2023, 13% LEBIH TINGGI BERBANDING SEPTEMBER 2022

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 9,228 unit pada bulan September 2023

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 28,995 unit pada bulan September 2023.

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2023 – Momentum jualan automotif Kumpulan UMW terus kukuh pada bulan September 2023 dengan pendaftaran sebanyak 38,223 kenderaan didorong oleh UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua terus memenuhi pesanan tertunggak mereka. Sehubungan itu, sehingga bulan September 2023, jualan automotif Kumpulan meningkat sebanyak 16% kepada 309,738 unit daripada 267,226 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2022.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 9,228 unit pada bulan September 2023, hampir kepada 9,233 unit yang didaftarkan pada September tahun 2022. Setakat September 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 76,511 unit, merekodkan pertumbuhan sebanyak 8% berbanding 70,872 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama pada tahun 2022. UMWT mencapai bahagian pasaran sebanyak 13.4% untuk sembilan bulan yang pertama tahun 2023. Bagi meningkatkan lagi barisan modelnya, UMWT memperkenalkan Toyota Yaris yang dikemaskini pada 18 September 2023. Model ini menampilkan penambahbaikan penggayaan, teknologi baharu dan rekabentuk dalaman yang segar. Ia termasuk skirting hadapan dan belakang baharu yang “sporty, serta pilihan cat 2-bahagian dengan bumbung hitam yang menyerlah. Hatchback segmen B dpemasangan tempatan yang terkenal itu ditawarkan dalam dua varian dan berharga dari RM88,000 hingga RM91,600.

Perodua mencatatkan jualan sebanyak 28,995 unit pada bulan September 2023, 18% lebih tinggi berbanding 24,626 unit yang direkodkan pada September tahun 2022, melalui meningkatkan pengeluaran yang disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik. Sehingga bulan September 2023, jualan Perodua melonjak kepada 233,227 unit, 19% lebih tinggi daripada 196,354 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Sehubungan itu, Perodua mencapai bahagian pasaran sebanyak 40.8% untuk sembilan bulan yang pertama tahun 2023 dan model terlaris untuk sembilan bulan ini ialah Bezza, diikuti oleh Axia dan Myvi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan kukuh yang berterusan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan September 2023. Setakat ini, kedua-dua syarikat terus mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2022. Kami yakin kedua-dua syarikat akan mencapai sasaran jualan mereka untuk 2023 berdasarkan tempahan yang tertunggak. Jualan automotif pada suku terakhir tahun ini juga akan disokong oleh promosi akhir tahun yang menarik. Kami sangat menghargai pelanggan kami di atas sokongan dan kesetiaan mereka.”

 

 

Click to show English Version