UMW EQUIPMENT ENTERS INTO A PARTNERSHIP AGREEMENT WITH TOYOTA INDUSTRIES CORPORATION TO EXPAND ITS INDUSTRIAL EQUIPMENT BUSINESS

KUALA LUMPUR, 6 October 2023 –UMW Equipment Division Sdn. Bhd. (“UEDSB”), an indirect wholly owned subsidiary of UMW Holdings Berhad (“UMW”), has today entered into a Share Sale and Purchase Agreement (“SSPA”) with Toyota Industries Corporation, Japan (“TICO”) which is anticipated to further deepen strategic collaboration between the parties with respect to the industrial equipment business of UMW Group. The strategic collaboration is expected to upgrade the relationship between TICO and UMW from a principal-distributor to co-owners of the industrial equipment business of UMW Group.

With the entry of TICO into the industrial equipment business of UMW Group, the parties are expected to strengthen and expand UMW Group’s industrial equipment business by leveraging TICO’s expertise to develop a One-Stop Centre capability for the Industrial Equipment and Logistics Automation businesses. UMW views this strategic collaboration as essential in supporting industries to gear towards Industry 4.0 and this is expected to drive the growth of the industrial equipment business going forward.

UMW’s business relationship with TICO started in 1967 when the distributorship for Toyota forklift was awarded for Malaysia and Singapore. Later, it was extended to include Vietnam and the Shanghai and Zhejiang regions in China.

To effect the strategic collaboration, a Special Purpose Vehicle company, UMW Toyota Material Handling Sdn. Bhd. (“UTMH”) has been incorporated and all the existing industrial equipment business of the UMW Group will be consolidated into UTMH. Under the SSPA, UEDSB agreed to dispose of 26% interest in UTMH to TICO at an agreed purchase consideration of RM260 million. Upon completion of the SSPA, UEDSB will have a majority shareholding of 74% while TICO will have a 26% interest in UTMH.

Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, President & Group Chief Executive Officer, UMW Holdings Berhad remarked, “We are pleased to have entered into this partnership with TICO, which will realise UMW’s aspiration to move up the value chain in the industrial equipment business from distributorship to more value driven One-Stop Centre services and Logistics Automation business with the full support of TICO as a shareholder of UTMH. With TICO’s stature as a leading manufacturer of material handling equipment globally as well as UMW’s strong presence in the region, we look forward to the enhanced opportunities that this partnership will bring especially through the introduction of new equipment, innovative solutions and improvement of value-added services to expand our customer base and strengthen market share in the territories that we operate in.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW EQUIPMENT MEMETERAI PERJANJIAN USAHA SAMA DENGAN TOYOTA INDUSTRIES CORPORATION UNTUK MEMPERLUASKAN PERNIAGAAN JENTERA INDUSTRINYA

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2023 –UMW Equipment Division Sdn. Bhd. (“UEDSB”), anak syarikat tidak langsung milik penuh UMW Holdings Berhad (“UMW”), hari ini telah memeterai Perjanjian Jual Beli Saham (“SSPA”) dengan Toyota Industries Corporation, Jepun (“TICO”) yang dijangka akan mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara pihak berkenaan dalam perniagaan jentera industri Kumpulan UMW. Kerjasama strategik ini dijangka akan mengeratkan hubungan antara TICO dan UMW dari prinsipal-pengedar kepada pemilik bersama perniagaan jentera industri Kumpulan UMW.

Dengan kemasukan TICO ke dalam perniagaan jentera perindustrian Kumpulan UMW, pihak berkenaan dijangka akan mengukuhkan dan mengembangkan lagi perniagaan jentera perindustrian Kumpulan UMW dengan memanfaatkan kepakaran TICO untuk membangunkan sebuah Pusat One-Stop yang efisyen untuk perniagaan Jentera Industri dan Automasi Logistik. UMW melihat kerjasama strategik ini penting dalam menyokong industri dalam menuju ke arah Industri 4.0 dan ini dijangka akan memacu pertumbuhan perniagaan jentera industri pada masa hadapan.

Hubungan perniagaan UMW dengan TICO bermula pada tahun 1967 apabila pengedaran jentera angkut (forklift) Toyota telah diberikan kepada Malaysia dan Singapura. Kemudian, ia diperluaskan untuk merangkumi Vietnam dan wilayah Shanghai dan Zhejiang di China.

Bagi melaksanakan kerjasama strategik itu, sebuah syarikat Special Purpose Vehicle, UMW Toyota Material Handling Sdn. Bhd. (“UTMH”) telah diperbadankan dan semua perniagaan jentera industri Kumpulan UMW akan disatukan di bawah UTMH. Di bawah SSPA, UEDSB bersetuju untuk melupuskan 26% faedah dalam UTMH kepada TICO dengan harga yang dipersetujui sebanyak RM260 juta. Apabila SSPA selesai, UEDSB akan mempunyai pegangan saham majoriti sebanyak 74% manakala TICO akan mempunyai 26% kepentingan dalam UTMH.

Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad berkata, “Kami sangat berbesar hati dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan TICO, yang akan merealisasikan aspirasi UMW untuk meningkatkan rantaian nilai dalam perniagaan jentera industri yang dahulunya sebagai pengedar namun kini sebagai perkhidmatan Pusat Servis One-Stop dan perniagaan Automasi Logistik yang lebih memberikan nilai, dengan sokongan penuh TICO sebagai pemegang saham UTMH. Dengan kedudukan TICO sebagai pengeluar terkemuka bagi jentera pengendalian bahan peringkat global serta kehadiran kukuh UMW di rantau ini, kami berharap lebih banyak peluang perniagaan dapat diperolehi menerusi perkongsian ini terutamanya melalui pengenalan jentera baharu, penyelesaian inovatif dan penambahbaikan dalam perkhidmatan untuk mengembangkan pangkalan pelanggan kami dan mengukuhkan bahagian pasaran di wilayah di mana kami beroperasi.”

 

 

Click to show English Version