UMW GRANTT INTRODUCES BIODEGRADABLE MULTI-PURPOSE FOOD GRADE GREASE

KUALA LUMPUR, 5 October 2023 –UMW Grantt International Sdn. Bhd. (“UMW Grantt”), a wholly owned subsidiary of the UMW Group, and the producer of Grantt Lubricants, today introduced its biodegradable multi-purpose food grade grease, expanding its offering in the green product line-up. The Grantt Multi-purpose Food Grade Grease was launched by YB Datuk Seri Huang Tiong Sii, Deputy Minister of Natural Resources, Environment and Climate Change at the International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (“IGEM”) 2023, Southeast Asia’s largest trade event for green technologies and eco solutions, at Kuala Lumpur Convention Centre.

UMW Grantt together with UMW Innovation and R&D Centre Sdn. Bhd. collaborated with Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (“UMPSA”) and MNR Multitech Sdn. Bhd. to develop the first biodegradable multi-purpose food grade grease to be commercialised in Malaysia. The Grantt Multi-purpose Food Grade Grease is distributed in a 400-gram packaging and competitively priced.

The Grantt Multi-purpose Food Grade Grease is formulated with proprietary food-grade additives, environment-friendly green-based oil and thickening agent with excellent heat reversion characteristics. It is a biodegradable non-toxic grease specially made for universal greasing application especially for use in industries where there is a risk of contact with food. These industries include food and beverage, pharmaceutical, cosmetic, meat, poultry and feed, dairy products, agriculture and food packaging.

The Grantt Multi-purpose Food Grade Grease meets the various international standards such as DIN 51825, OECD 301B as well as OECD 201, 202 and 203. The product had also obtained the MyHijau certification, which is an official green recognition scheme endorsed by the Government of Malaysia. It is also accorded with the Good Manufacturing Practice certification.

Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, President and Group CEO, UMW Holdings Berhad remarked, “The UMW Group has over 60 years of experience in the lubricants industry. Last year, Grantt Lubricants ventured into the green product line-up with the launch of Grantt Bio VG Hydraulic Oil (VG 46 and VG 68), driven by the growing demand for greener lubricants to address concerns over the environment. Grantt Lubricants is now introducing its second green-product, the biodegradable Grantt Multi-purpose Food Grade Grease. Moving forward, the UMW Group will continue to innovate to meet market needs and develop eco-friendly products that have minimal impact on the environment.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW GRANTT MEMPERKENALKAN GRIS GRED MAKANAN PELBAGAI GUNA BOLEH DIBIODEGRADASI

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2023 –UMW Grantt International Sdn. Bhd. (“UMW Grantt”), anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, dan pengeluar minyak pelincir jenama Grantt, hari ini memperkenalkan gris gred makanan pelbagai guna boleh dibiodegradasi, dalam memperluaskan produk hijaunya. Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Boleh Dibiodegradasi Grantt ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, di Pameran & Persidangan Antarabangsa Greentech & Eco Products Malaysia (“IGEM”) 2023, acara perdagangan terbesar di Asia Tenggara untuk teknologi hijau dan penyelesaian eko, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

UMW Grantt bersama UMW Innovation and R&D Centre Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (“UMPSA”) dan MNR Multitech Sdn. Bhd. untuk membangunkan gris gred makanan pelbagai guna boleh dibiodegradasi yang pertama untuk dikomersialkan di Malaysia. Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Boleh Dibiodegradasi Grantt ini diedarkan dalam pembungkusan 400 gram dan berharga kompetitif.

Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Boleh Dibiodegradasi Grantt dirumus dengan bahan tambahan gred makanan yang berdaftar, minyak berasaskan bahan yang mesra alam sekitar dan agen pemekat dengan ciri pembalikan haba yang sangat baik. Ia adalah gris bersifat bukan toksik serta boleh dibiodegradasi yang dibuat khas untuk aplikasi gris terutamanya untuk kegunaan dalam industri di mana terdapat risiko sentuhan dengan makanan. Industri ini termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, daging, ayam itik dan makanan, produk tenusu, pertanian dan pembungkusan makanan.

Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Boleh Dibiodegradasi Grantt memenuhi pelbagai piawaian antarabangsa seperti DIN 51825, OECD 301B serta OECD 201, 202 dan 203. Produk ini juga telah mendapat pensijilan MyHijau, yang merupakan skim pengiktirafan hijau rasmi yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia juga telah diberikan pensijilan Good Manufacturing Practice atau Amalan Pembuatan Yang Baik.

Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad berkata, “Kumpulan UMW mempunyai lebih 60 tahun pengalaman dalam industri pelincir. Tahun lepas, Grantt Lubricants telah menceburi bidang produk hijau dengan pelancaran Minyak Hidraulik Grantt Bio VG (VG 46 dan VG 68), dipacu oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap minyak pelincir yang lebih hijau untuk menangani isu terhadap alam sekitar. Grantt Lubricants kini memperkenalkan produk hijau kedua iaitu Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Boleh Dibiodegradasi Grantt yang boleh dibiodegradasi. Kumpulan UMW akan terus berinovasi untuk memenuhi keperluan pasaran dan membangunkan produk mesra alam yang memberi impak minimum kepada alam sekitar.”

 

 

Click to show English Version