UMW GROUP REGISTERED 41,386 VEHICLES IN AUGUST 2023; 18% HIGHER THAN AUGUST 2022

- UMW Toyota Motor registered 10,275 units in August 2023, the highest for the year.

- Perodua registered 31,111 units in August 2023.

KUALA LUMPUR, 21 September 2023 – The UMW Group recorded strong automotive sales for August 2023 with the registration of 41,386 vehicles as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to deliver their outstanding orders. Accordingly, the Group’s automotive sales increased by 16% to 271,515 units for the first eight months of 2023, from the 233,367 units registered in the same period of 2022.

UMWT registered stronger monthly sales for the year with the delivery of 10,275 units in August 2023, 13% higher than the 9,091 units delivered in August 2022. Year-to-date August 2023, UMWT registered 67,283 units, recording a 9% growth compared with the 61,639 units registered in the corresponding period of 2022. Accordingly, UMWT achieved market share of 13.4% for YTD August 2023. The all-new Toyota Vios, Hilux and Corolla Cross were the top-selling models to-date. UMWT enhanced its product offerings in August with the introduction of improved 2023 Toyota Corolla as well as the Toyota Corolla GR Sport variant. It also unveiled the 2023 Lexus RX500h F Sport variant as well as the launch of the all-new Lexus RX350 in May 2023.

Perodua registered 31,111 units in August 2023, 19% higher compared with the 26,039 units delivered in August 2022, mainly due to the improving supply chain as well as enhancement of production and sales operations. Year-to-date August 2023, Perodua’s sales surged to 204,232 units, 19% higher than the 171,728 units delivered in the same period of 2022. Accordingly, Perodua achieved market share of 40.7% for YTD August 2023. For the first eight months of 2023, Perodua’s top selling models were the Bezza, followed by the Myvi and Axia.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali said, “We are encouraged by the sustained strong sales registered by both UMWT and Perodua in August 2023. Year-to-date August 2023, both companies registered higher sales compared with the same period of 2022. The strong sales achieved was driven by the introduction of competitive and exciting new models as well as attractive sales promotions. Based on the outstanding bookings, we are confident that both companies will achieve their sales targets for 2023. We would like to extend our appreciation to our customers for their continued support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN JUALAN SEBANYAK 41,386 KENDERAAN PADA BULAN OGOS 2023; 18% LEBIH TINGGI DARI BERBANDING OGOS TAHUN 2022

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 10,275 unit pada bulan Ogos 2023, tertinggi bagi tahun itu.

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 31,111 unit pada bulan Ogos 2023.

KUALA LUMPUR, 21 September 2023 – Kumpulan UMW merekodkan jualan automotif yang kukuh bagi bulan Ogos 2023 dengan pendaftaran jualan sebanyak 41,386 kenderaan dimana kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua terus memenuhi pesanan tertunggak mereka. Sehubungan itu, jualan automotif Kumpulan meningkat sebanyak 16% kepada 271,515 unit bagi lapan bulan pertama 2023, berbanding 233,367 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama 2022.

UMWT mencatatkan jualan bulanan yang lebih kukuh untuk tahun 2023 dengan catatan jualan sebanyak 10,275 unit pada bulan Ogos 2023, 13% lebih tinggi daripada 9,091 unit yang direkodkan pada bulan Ogos 2022. Sehingga bulan Ogos 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 67,283 unit, merekodkan pertumbuhan sebanyak 9% berbanding dengan 61,639 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Sehubungan itu, UMWT mencapai bahagian pasaran sebanyak 13.4% untuk lapan bulan yang pertama tahun 2023. Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross serba baharu merupakan model terlaris setakat ini. UMWT mempertingkatkan penawaran barisan produknya pada bulan Ogos dengan pengenalan Toyota Corolla 2023 yang dipertingkatkan serta varian Toyota Corolla GR Sport. Ia juga memperkenalkan varian Lexus RX500h F Sport 2023 serta pelancaran Lexus RX350 serba baharu pada bulan Mei 2023.

Perodua mencatatkan jualan sebanyak 31,111 unit pada bulan Ogos 2023, 19% lebih tinggi berbanding 26,039 unit yang dicatatkan pada bulan Ogos 2022, terutamanya disebabkan oleh rantaian bekalan yang beransur baik serta peningkatan operasi pengeluaran dan jualan. Setakat bulan Ogos 2023, jualan Perodua melonjak kepada 204,232 unit, 19% lebih tinggi daripada 171,728 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Sehubungan itu, Perodua mencapai bahagian pasaran sebanyak 40.7% untuk lapan bulan yang pertama tahun 2023. Untuk lapan bulan pertama 2023, model terlaris Perodua ialah Bezza, diikuti oleh Myvi dan Axia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami didorong oleh jualan kukuh yang berterusan yang didaftarkan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua pada bulan Ogos 2023. Setakat bulan Ogos 2023, kedua-dua syarikat mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2022. Jualan kukuh yang dicapai didorong oleh pengenalan model baharu yang kompetitif dan menarik serta promosi jualan yang menarik. Berdasarkan tempahan yang tertunggak, kami yakin kedua-dua syarikat akan mencapai sasaran jualan mereka untuk tahun 2023. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version