UMW COLLABORATES WITH DEWAN BAHASA & PUSTAKA TO INTRODUCE e-PUISI, AN E-LEARNING MODULE ON POETRY

KUALA LUMPUR, 19 September 2023 –UMW Holdings Berhad (“UMW”), in collaboration with Dewan Bahasa & Pustaka (“DBP”), introduced e-Puisi, an e-learning module on poetry which is an innovative online learning platform for students or beginners to learn poetry composition and delivery techniques through an easy to understand and flexible learning process.

The launch of e-Puisi was held yesterday at DBP and was officiated by Datuk Pkharuddin Ghazali, Director-General, Ministry of Education, who represented YB Puan Fadhlina Sidek, Minister of Education. Also present at the event were Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, President & Group CEO, UMW Holdings Berhad, Dato’ Dr Mohd Anuar Rethwan, Chairman of the Board of DBP and Dr Hazami Jahari, Director General, DBP.

The printed learning module on poetry was developed by DBP leveraging on its subject matter experts on Puisi and UMW adapted the e-Puisi into an easy to understand and flexible learning process on an e-platform to enable a wider reach to students and those who are interested to learn more about the art of poetry composition and delivery. The e-Puisi was developed by UMW Training Academy in collaboration with DBP. It consists of two segments, namely, poetry composition and poetry delivery techniques, and can be accessed through https://jendeladbp.my/ and https://www.umw.com.my/web/guest/kelab-kreatif-umw. In addition, the Ministry of Education and Ministry of Higher Education also disseminate the e-learning link to students at schools and public institutions of higher learning, respectively.

The UMW Group's involvement in this programme is in line with its corporate social responsibility to promote arts and literature as one of the national heritage as an integral part of nation building initiative. It is also aligned with the United Nations Sustainable Development Goals Article 11.4 to “Strengthen efforts to protect and safeguard the world’s cultural and natural heritage.”

To support the UMW Group’s commitment in promoting poetry, Kelab Kreatif UMW was formed in 2021. It has conducted more than 30 activities to date, from organising basic poetry writing workshops to national-level primary and secondary schools poetry recitation contest, as well as World Poetry Convention. Kelab Kreatif UMW worked closely with UMW Training Academy in developing e-Puisi.

Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali said, “We are honoured to collaborate with DBP to launch this innovative e-learning module on poetry with the objective of cultivating interest among the younger generation in the art of poetry composition and delivery in order to position poetry as one of our national arts and culture heritage. With the innovative e-Puisi, we believe it will have a wider and more effective reach to our society. We would like to express our utmost appreciation to the teams at DBP and UMW for making this e-learning platform a reality.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW BEKERJASAMA DENGAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA UNTUK MEMPERKENALKAN e-PUISI, MODUL PEMBELAJARAN PUISI DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR, 19 September 2023 –UMW Holdings Berhad (“UMW”), bekerjasama dengan Dewan Bahasa & Pustaka (“DBP”) untuk memperkenalkan e-Puisi, modul e-pembelajaran puisi yang merupakan platform pembelajaran dalam talian yang inovatif untuk pelajar atau yang berminat untuk mempelajari seni gubahan dan teknik penyampaian puisi melalui proses pembelajaran yang fleksibel dan mudah difahami.

Pelancaran e-Puisi telah diadakan semalam di DBP dan dirasmikan oleh Datuk Pkharuddin Ghazali, Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan, yang mewakili YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad, Dato’ Dr Mohd Anuar Rethwan, Pengerusi Lembaga Pengarah DBP dan Dr Hazami Jahari, Ketua Pengarah, DBP.

Modul pembelajaran puisi bercetak telah dibangunkan oleh DBP yang memanfaatkan kepakarannya terhadap puisi dan seterusnya UMW mengadaptasikan e-Puisi ini menjadi proses pembelajaran pada e-platform yang mudah difahami dan fleksibel untuk membolehkan jangkauan yang lebih luas kepada pelajar dan mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang seni gubahan dan teknik penyampaian puisi. e-Puisi ini dibangunkan oleh Akademi Latihan UMW dengan kerjasama daripada DBP. Ia terdiri daripada dua segmen iaitu seni gubahan puisi dan teknik penyampaian puisi dan ia boleh diakses melalui https://jendeladbp.my/ dan https://www.umw.com.my/web/guest/kelab-kreatif-umw. Selain itu, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi turut menyebarkan pautan pembelajaran secara dalam talian kepada pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam.

Penglibatan Kumpulan UMW dalam program ini adalah selaras dengan tanggungjawab sosial korporatnya untuk mempromosikan seni dan sastera sebagai salah satu khazanah negara yang merupakan sebahagian daripada inisiatif pembinaan negara. Ia juga sejajar dengan matlamat utama United Nations Sustainable Development di bawah matlamat 11.4 iaitu ‘Strengthen efforts to protect and safeguard the world’s cultural and natural heritage’.

Bagi menyokong komitmen Kumpulan UMW dalam mempromosikan seni puisi, Kelab Kreatif UMW telah ditubuhkan pada tahun 2021. Lebih daripada 30 aktiviti telah diadakan setakat ini, daripada penganjuran bengkel asas penulisan puisi sehingga kepada pertandingan mendeklamasi puisi peringkat kebangsaan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah serta Konvensyen Puisi Sedunia. Kelab Kreatif UMW bekerjasama rapat dengan Akademi Latihan UMW dalam membangunkan e-Puisi.

Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan DBP untuk melancarkan modul inovatif pembelajaran puisi secara dalam talian ini dengan objektif untuk memupuk minat generasi muda terhadap seni gubahan dan teknik penyampaian puisi demi memartabatkan puisi sebagai salah satu warisan seni dan budaya negara kita. Dengan modul e-Puisi yang inovatif ini, kami percaya seni puisi ini akan menjangkau dengan lebih luas seterusnya memberi kesan yang sewajarnya kepada masyarakat kita. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan DBP dan UMW kerana menjadikan platform pembelajaran secara dalam talian ini satu realiti.”

 

 

Click to show English Version