UMW GROUP DELIVERED 36,780 VEHICLES IN JULY 2023, 47% HIGHER THAN A YEAR AGO

- UMW Toyota Motor registered 8,349 units in July 2023.

- Perodua registered 28,431 units in July 2023.

KUALA LUMPUR, 27 August 2023 –The UMW Group’s automotive sales surged to 36,780 units in July 2023, 47% higher than the 24,983 units registered in July 2022, as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua continue to deliver their cars amidst encouraging outstanding bookings.

UMWT registered 8,349 units in July 2023, 26% higher compared with the 6,637 units delivered in July 2022. The top selling models for the month were the Toyota Vios, Hilux and Corolla Cross. Year-to-date July 2023, UMWT registered 57,008 units, representing an 8% growth compared with the 52,548 units delivered in the corresponding period of 2022. To further strengthen its order book, UMWT is offering special promotions as well as the Toyota EZ Beli financing option for the purchase of selected Toyota models.

Perodua’s sales surged to 28,431 units in July 2023, an improvement of 55% compared with the 18,346 units delivered in July 2022. The strong sales in July was mainly attributed to the increase in production supported by the improving supply chain. Year-to-date July 2023, Perodua registered 173,121 units, 19% higher than the 145,689 units delivered in the same period of 2022. Moving forward, Perodua is expected to continue to fulfil its outstanding bookings as it expects to sell 314,000 units in 2023.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the strong sales registered by both UMWT and Perodua in July 2023, as demand remains healthy. Year-to-date, both companies have continued to register higher sales compared with the same period of 2022. Moving forward, the Group will continue to introduce competitive and exciting new models to meet its customers’ requirements. We would like to extend our appreciation to our customers for their continuous support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENCATATKAN JUALAN SEBANYAK 36,780 KENDERAAN PADA BULAN JULAI 2023, 47% LEBIH TINGGI BERBANDING SETAHUN YANG LALU

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,349 unit pada bulan Julai 2023.

- Perodua mendaftarkan jualan sebanyak 28,431 unit pada bulan Julai 2023.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2023 –Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak kepada 36,780 unit pada Julai 2023, 47% lebih tinggi daripada 24,983 unit yang didaftarkan pada bulan Julai tahun 2022, disokong oleh kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua yang terus memenuhi tempahan tertunggaknya.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 8,349 unit pada bulan Julai 2023, 26% lebih tinggi berbanding 6,637 unit yang direkod pada bulan Julai 2022. Model paling laris pada bulan itu ialah Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross. Sehingga bulan Julai 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 57,008 unit, menunjukkan pertumbuhan sebanyak 8% berbanding 52,548 unit yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun 2022. Bagi mengukuhkan lagi jumlah pesanannya, UMWT menawarkan promosi istimewa serta pilihan pembiayaan Toyota EZ Beli untuk pembelian model Toyota terpilih.

Jualan Perodua melonjak kepada 28,431 unit pada bulan Julai 2023, peningkatan sebanyak 55% berbanding 18,346 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2022. Jualan kukuh pada bulan Julai terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam pengeluaran yang disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik. Sehingga bulan Julai 2023, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 173,121 unit, 19% lebih tinggi daripada 145,689 unit yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Melangkah ke hadapan, Perodua dijangka terus memenuhi tempahan tertunggak kerana ia mensasarkan jualan sebanyak 314,000 unit pada tahun 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Sri Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan kukuh yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Julai tahun 2023, kerana permintaan kekal menggalakkan. Setakat ini, kedua-dua syarikat juga telah mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun 2022. Kumpulan akan terus memperkenalkan model baharu yang kompetitif dan menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan kami di atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version