UMW HOLDINGS REGISTERS HIGHER PROFIT ATTRIBUTABLE TO SHAREHOLDERS (“PATAMI”) FOR 1H 2021 OF RM76.2 MILLION

- Group’s revenue surged by 59.8% from RM1.5 billion to RM2.4 billion.
- Cash and money market investments remained strong at RM2.6 billion.
- Gearing remained low at 0.35 times.

 

KUALA LUMPUR, 26 August 2021 – Driven by higher contribution from the Automotive and Equipment segments, UMW Holdings Berhad recorded revenue of RM2.4 billion for the second quarter ended 30 June 2021 (“2Q 2021”), an increase of 59.8% compared with the corresponding quarter ended 30 June 2020 (“corresponding quarter”).  Consequently, the Group registered profit before taxation (“PBT”) of RM32.6 million compared with loss before taxation of RM58.8 million in the corresponding quarter which was impacted by the first Movement Control Order (“MCO”).  The Group recorded lower loss attributable to shareholders (“LATAMI”) of RM21.1 million for 2Q 2021 compared with LATAMI of RM78.4m for 2Q 2020.

 

For the first half of 2021 (“1H 2021”), the Group recorded profit attributable to shareholders (“PATAMI”) of RM76.2 million at the back of RM5.4 billion revenue, compared with LATAMI of RM34.1 million at the back of RM3.6 billion revenue for 1H 2020.  The Group’s gearing, being total debt over equity, remained low at 0.35 times, with healthy cash and cash equivalents, and money market investments at RM2.6 billion at end of June 2021.

 

Automotive segment

 

Vehicle sales increased in 2Q 2021 supported by introduction of new models and the sales tax exemption.  Consequently, the Automotive segment’s revenue surged by 79.8% to RM2.0 billion compared with the corresponding quarter which was impacted by the MCO.  This, coupled with improved contribution from an associated company led to PBT of RM34.6 million in 2Q 2021 against loss before taxation (“LBT”) of RM41.7 million in 2Q 2020.  The Malaysian Automotive Association, due to the prolonged lockdown, has revised downwards its forecast for the 2021 Total Industry Volume (“TIV”) to 500,000 units from 570,000 units announced early this year.  Notwithstanding the challenges confronting the automotive industry, the Group will take the necessary measures to increase production and delivery of vehicles to work towards achieving its annual sales targets taking into consideration the encouraging orderbook, the introduction of new models as well as the extension of the sales tax exemption until 31 December 2021.

 

Equipment segment

 

Due to higher demand for its products and services in both its local and overseas operations, the Equipment segment’s revenue increased by 28.6% to RM299.9 million in 2Q 2021, while PBT grew by 29.1% to RM31.8 million.  However, the Covid-19 pandemic continues to impact the performance of the Equipment Segment.  For the Heavy Equipment sub-segment, the political situation in Myanmar is also expected to adversely impact its performance. Nonetheless, the higher gold prices and positive outlook for the construction sector may soften the impact on the sub-segment. 

 

The Industrial Equipment sub-segment is expected to sustain its performance as it continues to focus on expanding its equipment rental business while extending recovery packages to its customers in the essential services sectors such as food and beverages, medical / pharmaceutical, and logistics and warehousing.

 

Manufacturing & Engineering segment

 

The Manufacturing & Engineering segment’s revenue declined by 12.8% in 2Q 2021 mainly due to the lower number of fan cases delivered by the Aerospace sub-segment.  As a result, the segment recorded LBT of RM6.1 million.  The prospects for both the auto components and lubricants sub-segments remain challenging for 2H 2021, amid the prolonged lockdown that has adversely impacted the entire supply chain as well as production.  However, the encouraging orderbook especially for the Replacement Equipment (“RE”) market is expected to cushion the impact.  The Aerospace sub-segment also continues to be impacted by the travel restrictions brought about by the Covid-19 pandemic.  However, with the gradual opening-up of international travel, the aviation industry is expected to gradually recover with increased delivery of fan cases in 2H 2021.

 

Overall prospect

 

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “While Covid-19 remains a challenge to UMW’s operations, the Group has responded with strategies and initiatives to mitigate the situation, by intensifying efforts to improve operational efficiency and cost effectiveness to enhance competitiveness and resilience.  The Group expects the overall performance to remain challenging for the second half of the year due to the Covid-19 pandemic.  Nevertheless, the Group will constantly assess its strategies and initiatives, and continue to drive transformation, to create value and generate better returns to its shareholders.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW HOLDINGS MENDAFTARKAN KEUNTUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (“PATAMI”) YANG LEBIH TINGGI BAGI TEMPOH 1H 2021 SEBANYAK RM76.2 JUTA

- Hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 59.8% dari RM1.5 bilion kepada RM2.4 bilion.
- Simpanan tunai dan wang pelaburan pasaran kekal kukuh pada RM2.6 bilion.
- Gearing kekal rendah pada kadar 0.35 kali.

 

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2021 - Didorong oleh sumbangan yang lebih tinggi dari segmen Automotif dan Jentera, UMW Holdings Berhad mencatatkan hasil perniagaan sebanyak RM2.4 bilion bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 (“2Q 2021”), peningkatan sebanyak 59.8% berbanding dengan suku yang sama berakhir pada 30 Jun 2020 ("suku yang sama").  Seterusnya, Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai (“PBT”) sebanyak RM32.6 juta berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM58.8 juta pada suku yang sama dimana Kumpulan telah terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (“PKP”).  Kumpulan mencatatkan kerugian yang boleh diagihkan kepada pemegang saham (“LATAMI”) sebanyak RM21.1 juta bagi 2Q 2021 berbanding LATAMI sebanyak RM78.4 juta bagi 2Q 2020.

 

Bagi tempoh separuh pertama tahun 2021 (“1H 2021”), Kumpulan mencatatkan keuntungan yang boleh diagihkan kepada para pemegang saham (“PATAMI”) sebanyak RM76.2 juta disebalik dari hasil perniagaan sebanyak RM5.4 bilion, berbanding dengan LATAMI yang didaftarkan sebanyak RM34.1 juta pada pulangan hasil perniagaan sebanyak RM3.6 bilion untuk 1H 2020. Kadar gearing bagi Kumpulan, dimana jumlah hutang berbanding ekuiti, kekal rendah pada kadar 0.35 kali, dengan jumlah simpanan tunai yang kukuh dan setara, dan wang pelaburan pasaran sebanyak RM2.6 bilion pada akhir Jun 2021.

 

Segmen Automotif

 

Penjualan kenderaan meningkat pada 2Q 2021 disokong oleh pengenalan model-model baru dan pengecualian cukai jualan.  Oleh yang demikian, hasil perniagaan bagi segmen Automotif meningkat sebanyak 79.8% kepada RM2.0 bilion berbanding dengan suku yang sama yang dipengaruhi oleh PKP.  Selain itu, sumbangan yang baik dari syarikat bersekutu antara faktor peningkatan jumlah PBT kepada RM34.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai (“LBT”) sebanyak RM41.7 juta pada 2Q 2020.  Dengan mengambil kira sekatan pergerakan yang berpanjangan, Persatuan Automotif Malaysia telah menurunkan jumlah sasaran Jualan Industri 2021 ("TIV") kepada 500,000 unit dari 570,000 unit yang diumumkan awal tahun ini.  Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam industri automotif, Kumpulan akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dan penghantaran kenderaan ke arah mencapai sasaran penjualan tahunannya dengan adanya sokongan daripada jumlah pesanan yang menggalakkan, pengeluaran model-model baru serta pelanjutan terhadap pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2021.

 

Segmen Jentera

 

Didorong oleh permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatannya bagi operasi tempatan dan luar negaranya, hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 28.6% kepada RM299.9 juta pada 2Q 2021, sementara PBT meningkat sebanyak 29.1% kepada RM31.8 juta.  Namun, pandemik Covid-19 ini terus memberi kesan kepada prestasi Segmen Jentera.  Bagi sub-segmen Jentera Berat, isu politik yang berterusan di Myanmar dijangkakan akan mempengaruhi prestasi perniagaannya.  Walau bagaimanapun, harga emas yang tinggi dan prospek positif bagi sektor pembinaan dijangka dapat membantu sub-segmen Jentera Berat. 

 

Sub-segmen Jentera Perindustrian dijangka dapat mengekalkan prestasi perniagaannya dengan terus fokus dalam mengembangkan perniagaan penyewaan jenteranya sambil memperluaskan pakej pemulihan kepada para pelanggannya dalam sektor perkhidmatan penting seperti makanan dan minuman, perubatan / farmaseutikal, dan logistik dan pergudangan.

 

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan

 

Hasil perniagaan segmen Pembuatan & Kejuruteraan menurun sebanyak 12.8% pada 2Q 2021 disebabkan oleh jumlah penghantaran selongsong kipas yang lebih rendah oleh sub-segmen Aeroangkasa.  Oleh yang demikian, segmen ini mencatatkan LBT sebanyak RM6.1 juta.  Prospek bagi kedua-dua segmen komponen automotif dan pelincir kekal mencabar bagi tempoh 2H 2021, disebabkan oleh pelaksanaan sekatan pergerakan yang berpanjangan yang memberi kesan kepada keseluruhan rantaian bekalan dan pengeluaran.  Walau bagaimanapun, jumlah pesanan yang menggalakkan terutamanya bagi pasaran alat ganti diharapkan dapat mengatasi masalah ini.  Sub-segmen Aeroangkasa juga turut terjejas oleh sekatan pergerakan yang berpunca daripada pandemik Covid-19.  Namun, dengan pembukaan semula perjalanan antarabangsa secara berperingkat, industri penerbangan dijangka pulih secara beransur-ansur dengan peningkatan terhadap jumlah penghantaran selongsong kipas pada 2H 2021.

 

Pencapaian Keseluruhan

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, "Dikala Covid-19 terus memberikan cabaran kepada operasi, Kumpulan terus berusaha dengan strategi dan inisiatifnya untuk cuba mengatasinya dengan melipatgandakan usaha dalam meningkatkan kadar keberkesanan terhadap operasi dan juga kos untuk lebih berdaya saing dan kekal bertahan. Kumpulan menjangkakan prestasi keseluruhan akan kekal mencabar untuk tempoh separuh kedua tahun ini disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini.  Walaupun begitu, Kumpulan akan sentiasa menilai strategi dan inisiatifnya, dan terus berusaha dalam memacu ke arah transformasi, untuk meningkatkan nilai dan menjana pulangan yang lebih baik kepada para pemegang sahamnya."

 

 

Click to show English Version