UMW GROUP’S AUTOMOTIVE SALES SURGED BY 64% TO 36,358 UNITS IN OCTOBER 2021 AS PRODUCTION & SALES RECOVERED

- UMW Toyota Motor registered 8,500 units in October 2021
- Perodua registered recordbreaking 27,858 units in October 2021

 

KUALA LUMPUR, 11 November 2021 – The UMW Group’s automotive sales surged by 63.8% to 36,358 units in October 2021 compared with 22,193 units sold in September 2021.  Both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, continue with their sales recovery following easing of the Full Movement Control Order (“FMCO”) restrictions.

 

UMWT registered sales of 8,500 units in October 2021, 5.8% higher than the 8,033 units sold in September 2021.  Toyota Vios continues to be the marque’s best-selling model for October 2021, followed by the Hilux and Yaris.  Year-to-date October 2021, UMWT sold 54,618 units, 24.7% higher than the 43,807 units registered in the corresponding period last year.  In a move to diversify its offering in the electrified vehicle space, UMWT has officially started order-taking for the Toyota Corolla Cross Hybrid, its first locally assembled Toyota model with Hybrid Electric Technology in early November.  To refresh its product line-up, UMWT has also recently announced order-taking for the new updated Toyota Hilux, Fortuner and Innova. 

 

In October 2021, Perodua registered a record-breaking monthly sales of 27,858 units, an impressive recovery from the 14,160 units registered in September 2021.  This record-breaking achievement was made possible through agile and responsive production and sales capabilities to deliver vehicles to customers.  Perodua Myvi was its best seller for the month, followed by the Axia and Bezza.  In terms of production, October 2021 also saw the highest number of vehicles ever produced within a month at 29,803 units.  For the first ten months of the year, Perodua delivered a total of 146,951 units, 14.5% lower than the 171,861 units registered in the corresponding period of 2020, mainly due to the FMCO and partly the semiconductor chips shortage.  

 

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the strong recovery demonstrated by both UMWT and Perodua in October 2021.  The Group expects the automotive sales recovery to be sustained through November and December, supported by the introduction of new models and year-end promotions.  We are thankful to the government for the extension of the sales tax exemption as announced in the recent Budget 2022, which we believe will continue to hasten the recovery of the local automotive industry.  In addition, the incentives proposed for the electric vehicles is expected to promote a greater adoption of electric vehicles in the country.  We wish to also express our appreciation and thank you to our customers for their continuing support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

JUALAN AUTOMOTIF KUMPULAN UMW MENINGKAT SEBANYAK 64% KEPADA 36,358 UNIT PADA BULAN OKTOBER 2021 ; MENUNJUKKAN PEMULIHAN PENGELUARAN DAN JUALAN

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,500 unit pada Oktober 2021
- Perodua memecahkan rekod jualan sebanyak 27,858 unit pada Oktober 2021

 

KUALA LUMPUR, 11 November 2021 – Jualan automotif bagi Kumpulan UMW melonjak sebanyak 63.8% kepada 36,358 unit pada bulan Oktober 2021 berbanding 22,193 unit jualan yang dicatatkan pada bulan September 2021.  Kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, terus menunjukkan pemulihan berikutan pelonggaran terhadap sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”).

 

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 8,500 unit pada bulan Oktober 2021, 5.8% lebih tinggi berbanding 8,033 unit yang dicatatkan pada bulan September 2021.  Toyota Vios terus menjadi antara model terlaris bagi bulan Oktober 2021, diikuti oleh Hilux dan Yaris.  Setakat Oktober 2021, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 54,618 unit, 24.7% lebih tinggi daripada 43,807 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.  Dalam usaha mempelbagaikan pakej tawarannya ke arah berkenderaan elektrik, UMWT secara rasminya telah memulakan pengambilan pesanan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid, model Toyota pertama yang melibatkan pemasangan tempatan yang menggunakan Teknologi Elektrik Hibrid pada awal November.  Untuk memperbaharui barisan produknya, UMWT baru-baru ini turut mengumumkan tentang pengambilan pesanan bagi Toyota Hilux, Fortuner dan Innova baharu yang dikemaskini.

 

Pada Oktober 2021, Perodua berjaya memecahkan rekod jualan bulanan sebanyak 27,858 unit, pemulihan yang memberangsangkan berbanding 14,160 unit yang didaftarkan pada September 2021.  Pencapaian rekod baharu ini berjaya dicatatkan melalui peningkatan pengeluaran yang tangkas dan responsif serta keupayaan jualan untuk memenuhi permintaan pelanggan.  Perodua Myvi merupakan model jualan terbaik bagi bulan Oktober, diikuti oleh Axia dan Bezza.  Dari segi pengeluaran kenderaan, bulan Oktober tahun 2021 juga menunjukkan jumlah pengeluaran kenderaan tertinggi bagi tempoh sebulan dengan 29,803 unit.  Bagi sepuluh bulan pertama tahun ini, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 146,951 unit, 14.5% lebih rendah berbanding 171,861 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2020, sebahagian besarnya disebabkan oleh sekatan PKPP dan selebihnya berpunca daripada kekurangan cip semikonduktor.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan pemulihan yang kukuh yang ditunjukkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Oktober.  Kumpulan menjangkakan pemulihan jualan automotif dapat dikekalkan sehingga bulan November dan Disember, disokong oleh pengenalan model baharu dan promosi akhir tahun.  Kami menghargai keputusan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan yang telah diumumkan di dalam Bajet 2022 baru-baru ini, dimana kami percaya ini akan memacu industri automotif tempatan.  Tambahan lagi, insentif yang diumumkan untuk kenderaan elektik akan menggalakkan penggunaan yang lebih besar bagi kenderaan elektrik di negara ini.  Kami juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan kami di atas sokongan berterusan yang diberikan terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version