UMW GRANTT INTERNATIONAL SPONSORS MALAYSIA’S MOTORCYCLE ACE HAFIZH SYAHRIN FOR THE SECOND CONSECUTIVE YEAR

SHAH ALAM, 27 April 2021 – UMW Grantt International Sdn. Bhd., the manufacturer and distributor of GRANTT lubricants and a subsidiary in the UMW Group announced the sponsorship of Malaysia’s promising motorcycle racer, Hafizh Syahrin Abdullah for the second consecutive year.  As part of its efforts to support our local talent, UMW Grantt is pleased to extend the sponsorship of Hafizh Syahrin to compete in the global arena.  The signing ceremony was held recently between Hafizh Syahrin Abdullah and Anas Nasrun Mohd Osman, Acting Director, Manufacturing and Engineering Division of UMW.

 

As the only Malaysian rider competing in the prestigious Moto2 championship for the 2021 season, Hafizh Syahrin is an emerging talent and a serious contender in the motorsports arena.  This year, Hafizh Syahrin will be riding for NTS RW Racing GP, a Netherlands-based team and will be competing using NTS motorcycle.  He had represented Monster Yamaha Tech3 in 2018 and KTM Tech2 in 2019 in the MotoGP category and moved to Moto2 category with Team Aspar and completed the championship in 21st position in the 2020 season.  Local motorsport fans did not have the opportunity to watch Hafizh Syahrin compete in Sepang as all the races scheduled at the circuit were canceled due to the COVID-19 pandemic. 

 

The sponsorship extension of Hafizh Syahrin in the Moto2 championship for the 2021 season bodes favourably for all parties involved as the strategic collaboration not only provides financial support to Hafizh Syahrin but also augurs well for the development of motorsports in Malaysia.  The collaboration provides UMW with the opportunity to introduce GRANTT lubricants to a global audience to further enhance its brand presence.

 

GRANTT is a homegrown product of UMW which has been certified by the American Petroleum Institute (API), as well as meeting international standards under the European Automobile Manufacturers' Association (ACEA) and Japanese Automotive Standards Organization (JASO).

 

“We are delighted to support the development of motorsports in Malaysia.  Our sponsorship will support Hafizh Syahrin’s participation at the Moto2 championships in 2021.  His extensive experience and achievements provide him with a clear competitive edge over his peers to elevate Malaysia to the next level to MotoGP World Championship.  The collaboration would also provide branding visibility for UMW GRANTT lubricants in the local and international competitions”, said Anas Nasrun on the collaboration.

Click to show Malay Version

 

 

UMW GRANTT INTERNATIONAL MENAJA PELUMBA MOTOSIKAL MALAYSIA, HAFIZH SYAHRIN BUAT TAHUN KEDUA

SHAH ALAM, 27 April 2021 – UMW Grantt International Sdn. Bhd., pengeluar dan pengedar minyak pelincir GRANTT dan anak syarikat Kumpulan UMW mengumumkan penajaan bagi tahun kedua bagi pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah.  Sebagai sebahagian dari usaha untuk menyokong bakat tempatan, UMW GRANTT dengan rasa berbesar hati menyambung penajaannya terhadap Hafizh Syahrin untuk meneruskan perlumbaan di arena global.  Perjanjian penajaan itu telah ditandatangani oleh Anas Nasrun Mohd Osman, Pemangku Pengarah, Bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan, UMW dan Hafizh Syahrin Abdullah.

 

Selaku satu-satunya pelumba Malaysia yang masih kekal bersaing dalam kejohanan yang berprestij ini bagi musim 2021, Hafizh Syahrin merupakan pesaing yang berbakat dan serius dalam arena sukan pemotoran.  Bagi kejohanan musim 2021, beliau menyertai pasukan NTS RW Racing GP, sebuah pasukan yang berpengkalan di Belanda dan berlumba menggunakan motosikal NTS.  Beliau pernah mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3 (2018) dan KTM Tech2 (2019) bagi kategori MotoGP dan beralih ke kategori Moto2 bersama pasukan Aspar dan menamatkan kejohanan di kedudukan ke-21 secara keseluruhan pada tahun 2020. Peminat sukan permotoran negara tidak berpeluang untuk menyaksikan Hafizh Syahrin bersaing di Sepang kerana kesemua perlumbaan yang dijadualkan di litar tersebut telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19. 

 

Penyambungan penajaan buat Hafizh Syahrin di kejohanan Moto2 untuk musim 2021 akan memberi kelebihan bagi kedua belah pihak, memandangkan ia bukan sahaja menyediakan sokongan kewangan kepada Hafizh Syahrin tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan perkembangan sukan pemotoran di Malaysia.  Malah, ia juga merupakan platform bagi UMW untuk memperkenalkan minyak pelincir GRANTT di persada antarabangsa.

 

GRANTT adalah produk UMW yang telah disahkan oleh Institut Petroleum Amerika (API), yang memenuhi piawaian antarabangsa di bawah Persatuan Pengilang Automobil Eropah (ACEA) dan Pertubuhan Piawaian Automotif Jepun (JASO).

 

“Kami sangat teruja kerana dapat bersama mengembangkan industri pemotoran di Malaysia. Penajaan ini akan memberikan sokongan penuh kepada penyertaan Hafizh Syahrin untuk bersaing di kejohanan Moto2 bagi tahun 2021.  Pengalaman dan pencapaian Hafizh Syahrin akan memberikan kelebihan dan daya saing kompetitif kepada beliau untuk menjulang nama negara ke peringkat seterusnya dalam Kejohanan Dunia MotoGP.  Melalui penajaan ini, GRANTT dapat didedahkan di pasaran dalam dan luar negara." ujar Anas Nasrun.

 

 

Click to show English Version