UMW HOLDINGS’ PATAMI SURGES TO RM101 MILLION IN THE THIRD QUARTER OF 2022; DECLARES 3.0 SEN INTERIM DIVIDEND

- Group revenue increased by more than 100%

- All three core business segments achieved higher revenue and profit before taxation

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – UMW Holdings Berhad’s (“Group”) profit after taxation and minority interests (“PATAMI”) surged to RM100.7 million for the third quarter ended 30 September 2022 (“Q3 2022”), compared with the loss after taxation and minority interests (“LATAMI”) of RM47.9 million registered in the corresponding quarter ended 30 September 2021 (“corresponding quarter”). Supported by the improved contribution from all three core business segments, Group revenue in Q3 2022 rose by more than 100% to RM4,057.5 million compared with RM2,016.4 million registered in the corresponding quarter, signalling a strong recovery towards the pre-Covid-19 levels. The Group’s improved performance is mainly attributed to the economic recovery under the National Recovery Plan (“NRP”) as opposed to the Full Movement Control Order (“FMCO”) implemented from 1 June 2021 to 15 August 2021 as well as the transition into the endemic phase of Covid-19.

In view of the encouraging performance, UMW has declared an interim dividend of 3.0 sen per share amounting to RM35.0 million for the financial year ending 31 December 2022, to be paid on 15 December 2022.

Automotive segment
The Automotive segment’s revenue more than doubled to RM3,427.6 million compared with the corresponding quarter, supported by the higher number of vehicles sold which was driven by the sales tax exemption as well as the introduction of new models. Furthermore, sales in Q3 2021 were impacted by the implementation of the FMCO. In line with the higher revenue and share of profit from an associated company, the segment’s profit before taxation and zakat (“PBTZ”) surged to RM183.6 million. The Automotive segment is expected to continue to benefit from the sales tax exemption for outstanding orders made before 30 June 2022 and to be registered by 31 March 2023. With the resumption of economic activities following the NRP, the Group has taken the necessary measures to ramp-up production to fulfil its outstanding orders. This is further supported by improvements in the supply chain. The outlook for the segment remains positive and the Group will continue to introduce new and facelifted models to maintain its sales momentum. Barring unforeseen circumstances, the Group is confident of achieving its sales target for 2022.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 24.8% to RM394.4 million in Q3 2022 compared with the RM316.0 million registered in the corresponding quarter, mainly due to the improved demand for the segment’s products and services in the local and overseas markets. In line with the higher revenue, the segment’s PBTZ more than doubled to RM50.0 million compared with the RM24.3 million reported in the corresponding quarter of 2021. The growth prospect for the Equipment segment remains encouraging and is in tandem with the resumption of business and economic activities following the transition into endemicity. The demand for heavy equipment is expected to improve in line with the resumption of construction and infrastructure activities in the countries the segment operates in. Meanwhile, the Industrial Equipment sub-segment will continue to focus on growth sectors as well as to expand its forklift refurbishment business. The segment will work closely with its principals to undertake cost optimisation activities and improve operational efficiencies to remain resilient.

Manufacturing & Engineering (“M&E”) segment
The segment’s revenue more than doubled to RM252.2 million compared with RM110.3 million in the corresponding quarter due to the higher contribution from all sub-segments. In tandem with the higher revenue, the segment reported a higher PBTZ of RM13.4 million for Q3 2022. The M&E segment is expected to benefit from the robust original equipment (“OE”) and replacement equipment (“RE”) markets due to the expected higher demand for vehicles for the remainder of the year. Both the Auto Components and Lubricants sub-segments are expected to register healthy growth supported by the improving demand. The aerospace industry is gradually recovering as air travel improves leading to additional orders for planes from the airlines. This, together with the clearing of the backlog orders is expected to improve the demand for fan cases.

Overall prospects
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are encouraged by the improved results achieved by the Group in the third quarter of 2022 following economic recovery under the NRP. The Group expects the momentum to continue in the final quarter of 2022 based on the outstanding orders as well as improving demand for its products and services. However, the Group remains cautious on the potential downside of both external and domestic market forces and will continue to improve its resilience by focusing on cost optimisation and operational efficiency whilst engaging with its principals, suppliers and stakeholders to mitigate the challenges. Overall, the Group expects its performance for the remainder of 2022 to be better than the previous year.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (“PATAMI”) BAGI UMW HOLDINGS MENINGKAT KEPADA RM101 JUTA PADA SUKU KETIGA TAHUN 2022; ISYTIHAR DIVIDEN INTERIM 3.0 SEN

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat lebih daripada 100%.

- Ketiga-tiga segmen perniagaan teras mencatatkan hasil perniagaan dan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi.

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) melonjak kepada RM100.7 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2022 (“S3 2022”), berbanding dengan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti (“LATAMI”) sebanyak RM47.9 juta yang didaftarkan pada suku yang sama berakhir 30 September 2021 (“suku yang sepadan”). Disokong oleh sumbangan yang lebih baik daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras, hasil perniagaan Kumpulan pada S3 2022 meningkat lebih daripada 100% kepada RM4,057.5 juta berbanding RM2,016.4 juta yang dicatatkan pada suku yang sepadan menunjukkan tahap pemulihan yang kukuh daripada pandemik Covid-19. Peningkatan prestasi Kumpulan terutamanya disebabkan oleh pemulihan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Nasional (“NRP”) berbanding Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) pada suku yang sama dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 serta peralihan ke fasa endemik Covid-19

Memandangkan prestasi kini semakin memberangsangkan, UMW telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 3.0 sen sesaham yang berjumlah RM35.0 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang akan dibayar pada 15 Disember 2022.

Segmen Automotif
Hasil perniagaan bagi segmen Automotif meningkat lebih dua kali ganda kepada RM3,427.6 juta berbanding suku yang sepadan, disokong oleh catatan jualan kenderaan yang lebih tinggi yang didorong oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu. Tambahan pula, jualan pada S3 2021 telah terjejas oleh pelaksanaan PKPP. Selaras dengan hasil perniagaan dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu, keuntungan sebelum cukai dan zakat segmen tersebut ("PBTZ") melonjak kepada RM183.6 juta. Segmen Automotif dijangka akan terus mendapat manfaat daripada pengecualian cukai jualan untuk pesanan tertunggak yang dibuat sebelum 30 Jun 2022 dan akan didaftarkan pada 31 Mac 2023. Dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi berikutan NRP, Kumpulan telah mengambil langkah untuk meningkatkan kadar pengeluaran bagi memenuhi tempahan pelanggan. Turut disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik. Prospek bagi segmen itu kekal positif dan Kumpulan akan terus memperkenalkan model baharu dan kemaskini bagi mengekalkan momentum penjualannya. Disokong oleh perkara diluar jangkaan yang semakin pulih, Kumpulan yakin dapat mencapai sasaran jualan untuk tahun 2022.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 24.8% kepada RM394.4 juta pada S3 2022 berbanding RM316.0 juta yang dicatatkan pada suku yang sepadan, disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat bagi produk dan perkhidmatan di dalam pasaran tempatan dan luar negara. Sejajar dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi, PBTZ segmen meningkat lebih dua kali ganda kepada RM50.0 juta berbanding RM24.3 juta yang dilaporkan pada suku yang sepadan tahun 2021. Prospek pertumbuhan bagi segmen Jentera kekal menggalakkan dan sejajar dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi dan perniagaan beikutan peralihan kepada fasa endemik Covid-19. Permintaan terhadap jentera berat dijangka bertambah baik sejajar dengan pembukaan semula aktiviti pembinaan dan infrastruktur di negara-negara di mana segmen beroperasi. Sementara itu, subsegmen Jentera Perindustrian akan terus memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan serta memperluaskan perniagaan pengubahsuaian forklift. Segmen ini akan bekerjasama rapat dengan prinsipalnya untuk kekal fokus terhadap pengoptimuman kos dan meningkatkan tahap kecekapan operasi untuk kekal berdaya tahan.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan (“M&E”)
Hasil perniagaan bagi segmen itu meningkat lebih dua kali ganda kepada RM252.2 juta berbanding RM110.3 juta pada suku yang sepadan disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada semua sub-segmen. Sejajar dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi, segmen tersebut merekodkan PBTZ yang lebih tinggi sebanyak RM13.4 juta untuk S3 2022. Segmen M&E dijangka mendapat manfaat daripada pasaran peralatan asli (“OE”) dan peralatan gantian (“RE”) yang memberangsangkan berikutan jangkaan permintaan kenderaan yang lebih tinggi untuk baki tahun ini. Kedua-dua subsegmen Komponen Auto dan Pelincir dijangka akan mencatatkan pertumbuhan yang baik dan disokong oleh permintaan yang menggalakkan. Industri aeroangkasa kini pulih secara beransur-ansur apabila aktiviti pengangkutan udara semakin meningkat, dan membawa kepada penambahan tempahan pesawat baharu daripada syarikat penerbangan. Dengan usaha untuk memenuhi tempahan yang tertunggak, permintaan untuk selongsong kipas dijangka meningkat.

Prospek keseluruhan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami didorong oleh peningkatan terhadap keputusan kewangan yang dicatatkan Kumpulan pada suku ketiga 2022 berikutan pemulihan ekonomi di bawah NRP. Kumpulan menjangkakan momentum itu akan berterusan pada suku akhir 2022 berdasarkan pesanan tertunggak yang menggalakkan serta peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatannya. Walaupun begitu, Kumpulan tetap berwaspada dengan unsur-unsur penurunan dari kedua-dua pasaran luaran dan domestik dan akan terus meningkatkan daya tahannya dengan lebih fokus terhadap pengoptimuman kos dan kecekapan operasi dan berkerjasama dengan prinsipal, pembekal dan pihak berkepentingan untuk bersedia dalam mengatasi cabaran. Secara keseluruhannya, Kumpulan menjangkakan prestasi untuk baki tahun 2022 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.”

 

 

Click to show English Version