UMW GRANTT LAUNCHES ITS MAIDEN RANGE OF BIO HYDRAULIC LUBRICANTS; UMW COLLABORATES WITH MITSUI FOR THE COMMERCIALISATION OF GREEN PRODUCTS

KUALA LUMPUR, 14 October 2022 – UMW GRANTT International Sdn. Bhd., a wholly owned subsidiary of the UMW Group, and the producer of GRANTT lubricants, today introduced its maiden range of bio hydraulic lubricants, its inaugural foray into the green product line-up. The GRANTT Bio VG Hydraulic Oil was launched by Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Secretary General, Ministry of Environment and Water at the International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (“IGEM”) 2022, Southeast Asia’s largest trade event for green technologies and eco solutions, at Kuala Lumpur Convention Centre.

The GRANTT Bio VG Hydraulic Oil, produced from locally sourced palm oil, is formulated with triglyceride and additives that provide for excellent lubrication capabilities which is equivalent if not better than the conventional lubricants. The environment friendly GRANTT Bio VG Hydraulic Oil is biodegradable in 28 days, non-bioaccumulative and non-toxic. The GRANTT Bio VG Hydraulic Oil is ideal for various industries as it provides superior anti-wear protection, corrosion protection, rust protection and has good antifoam characteristics. It also has high thermal and oxidation stability. The GRANTT Bio VG Hydraulic Oil is targeted for customers sourcing for affordable and sustainable hydraulic lubricants without compromising performance.

The GRANTT Bio VG Hydraulic Oil is produced in two variants, VG46 and VG68, and is available in two sizes, 18 litres pail and 209 litres drum. Compared with its conventional counterpart, the higher Viscosity Index (“VI”) in both variants provide stable viscosity over wider temperature range. The GRANTT Bio VG Hydraulic Oil meets the various international standards such as ISO 15380: HETG, ISO 20763, OECD 301 as well as ASTM D943. The products had also obtained the MyHijau certification, which is an official green recognition scheme endorsed by the Government of Malaysia.

At the same event, UMW Group’s wholly owned subsidiary, UMW M&E Sdn. Bhd., entered into a Memorandum of Understanding (“MOU”) with Mitsui & Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Mitsui”) to promote and market green products and services to ESG-conscious companies in ASEAN as well as other overseas markets. Leveraging on the growing demand for sustainable products and services as well as Mitsui’s strong sales and marketing foothold globally, the MOU paves the way for the commercialisation of UMW’s proprietary green products. The collaboration could be further extended to market and distribute other third-party green products, services and solutions that are mutually beneficial to both parties.

The MOU was signed by Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President and Group CEO, UMW Holdings Berhad and Daiji Kojima, Managing Director, Mitsui & Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. Present to witness the exchange of the MOU documents were Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Secretary General, Ministry of Environment and Water and Datuk Hiswani Harun, Board Member, Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (“MGTC”).

Consistent with its commitment to developing in-house capabilities as well as inculcating a culture of innovation and high-performance, the UMW Group is actively identifying and exploring opportunities in two key areas - the emerging mobility solutions and sustainable innovations. Supported by UMW's Innovation and Research & Development Centre, UMW M&E had also developed UMW Battery Management Service (“UMW BMS”).

UMW BMS value proposition for the maintenance and revival of all types of lead-acid batteries, using its proprietary revival process with patented algorithm, not only saves cost but also protects the environment from hazardous pollution as it reduces soil contamination caused by acids / electrolytes hazard. UMW BMS, which is certified by SIRIM and MyHijau, extends battery life up to two cycles, enabling significant cost savings as well as reduction in waste. The solution targets users of starter batteries for cars, trucks and buses, as well as traction batteries for forklifts and buggies.

In commenting on the MOU, Daiji Kojima, Managing Director, Mitsui & Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. said, "Mitsui has identified our material issues or materiality, which includes “Securing sustainable supply of essential products”, “Enhance quality of life”, “Create an eco-friendly society”, for the sustainable growth of both society and the company with the aim of earning trust and meeting expectations of stakeholders as well as pursuing our corporate mission “Build brighter futures, everywhere”.

Mitsui has set a goal to achieve net-zero emissions by 2050 and today, we are actively expanding our business in various new areas such as recycling, battery value chain and other environmental solutions. Having this opportunity to work with the UMW Group has given Mitsui a strong foothold towards achieving our goal and at the same time it is in line with the Malaysian Government’s direction to address climate change in Malaysia.”

Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President and Group CEO, UMW Holdings Berhad remarked, “With over 60 years experience in the lubricants industry, the UMW Group has successfully developed its first bio-lubricant product range, driven by the growing demand for greener lubricants to address concerns over the environment. The GRANTT Bio VG Hydraulic Oil has been graded against international standards and has undergone vigorous tests on our hydraulic industrial equipment.”

“With the mutual aim to provide environment-friendly products and services, the signing of the MOU paves the way for UMW and Mitsui to generate growth along the green value chain as well as promote the sustainability agenda.”

“We hope to continue to build on our capabilities with the support of our partners and principals to introduce advanced and sustainable products to meet the requirements of the increasingly discerning customers. Innovation and green products are among the key enablers that will accelerate our journey towards achieving carbon neutrality by 2050,” added Dato’ Fuaad.

Click to show Malay Version

 

 

UMW GRANTT MELANCARKAN PRODUK SULUNG MINYAK PELINCIR BIO HIDRAULIK; UMW BEKERJASAMA DENGAN MITSUI UNTUK PENGKOMERSIALAN PRODUK HIJAU

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2022 – UMW GRANTT International Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, serta pengeluar minyak pelincir GRANTT, memperkenalkan rangkaian produk minyak pelincir bio hidraulik sulungnya, perasmian pertama dalam pengeluaran rangkaian produk hijau. Minyak Bio Hidraulik VG GRANTT telah dilancarkan oleh Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air di International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (“IGEM”) 2022, acara perdagangan terbesar di Asia Tenggara yang melibatkan teknologi hijau and penyelesaian eko, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT, dihasilkan daripada minyak sawit tempatan, dirumus dengan trigliserida dan bahan tambahan yang menyediakan keupayaan pelinciran yang sangat baik dan setara dengan minyak pelincir konvensional. Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT yang mesra alam boleh terbiodegradasi dalam masa 28 hari, tidak bioakumulatif dan tidak mengandungi toksik. Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT sangat sesuai untuk pelbagai industri kerana ia menyediakan perlindungan anti haus yang sangat baik, perlindungan kakisan, perlindungan karat dan mempunyai ciri antibuih yang baik. Ia juga mempunyai kestabilan terma dan pengoksidaan yang tinggi. Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT disasarkan untuk pelanggan yang ingin mendapatkan sumber pelincir hidraulik yang mampu milik dan mampan tanpa menjejaskan prestasi.

Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT ini dihasilkan dalam dua jenis varian, iaitu VG 46 dan VG 68, dan boleh didapati dalam dua saiz yang berbeza, iaitu baldi 18 liter dan dram 209 liter. Berbanding dengan produk konvensional yang lain, Indeks Kelikatan (“VI”) yang lebih tinggi dalam kedua-dua varian ini menghasilkan kepekatan yang stabil pada julat suhu yang lebih tinggi. Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT memenuhi pelbagai piawaian antarabangsa seperti ISO 15380:HETG, ISO 20763, OECD 301 serta ASTM D943. Produk itu juga telah mendapat pensijilan MyHijau, yang merupakan skim pengiktirafan hijau rasmi yang disahkan oleh kerajaan Malaysia.

Di majlis yang sama, Anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, UMW M&E Sdn. Bhd., telah memeterai Memorandum Persefahaman (“MOU”) dengan Mitsui & Co., Malaysia Sdn. Bhd. (“Mitsui”) untuk mempromosikan dan memasarkan perkhidmatan dan produk hijau kepada syarikat-syarikat di ASEAN serta pasaran negara luar yang lain yang mementingkan nilai ESG. MOU itu membuka jalan untuk pengkomersialan produk hijau proprietari UMW, dengan memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan yang mampan, serta kedudukan jualan dan pemasaran yang kukuh Mitsui di peringkat global. Kerjasama ini boleh diperluaskan lagi di dalam pemasaran dan pengedaran produk, perkhidmatan dan teknologi hijau dari pihak lain yang akan membawa keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

MOU itu ditandatangani oleh Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad dan Daiji Kojima, Pengarah Urusan, Mitsui & Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. Turut hadir untuk menyaksikan pertukaran dokumen MOU itu ialah Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Datuk Hiswani Harun, Lembaga Pengarah, Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (“MGTC”).

Selaras dengan komitmen untuk meningkatkan tahap kebolehupayaan, memupuk budaya inovasi dan berprestasi tinggi, Kumpulan UMW secara aktif mengenal pasti dan meneroka peluang dalam dua bidang utama iaitu penyelesaian mobiliti yang sedia ada dan inovasi yang mampan. Disokong oleh Pusat Inovasi dan Penyelidikan & Pembangunan UMW, UMW M&E telah berjaya melancarkan Servis Pengurusan Bateri UMW (”UMW BMS”).

Cadangan nilai UMW BMS untuk penyelenggaraan dan menghidupkan semula semua jenis bateri yang berasaskan asid plumbum, dengan menggunakan proses pemulihan proprietari dengan algoritma yang dipatenkan, bukan sahaja menjimatkan kos malah melindungi alam sekitar daripada pencemaran yang berbahaya kerana ia mengurangkan pencemaran tanah yang disebabkan oleh asid / elektrolit bahaya. UMW BMS, yang diperakui oleh SIRIM dan MyHijau, memanjangkan hayat bateri sehingga dua kitaran, meningkatkan penjimatan terhadap kos serta pengurangan sisa pembuangan. Penyelesaian ini menyasarkan pengguna bateri starter bagi kereta, trak dan bas, serta bateri traction untuk forklift dan buggy.

Mengulas MOU itu, Daiji Kojima, Pengarah Urusan, Mitsui & Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. berkata, "Mitsui telah mengenal pasti isu atau kepentingan material itu termasuk "Menjamin bekalan mampan bagi produk penting", "Meningkatkan kualiti kehidupan", "Mewujudkan masyarakat yang menjaga alam", untuk pertumbuhan mampan di kalangan masyarakat dan bagi syarikat dengan tujuan mendapatkan kepercayaan dan mencapai jangkaan pihak berkepentingan serta meneruskan misi korporat kami "Mencipta masa hadapan yang lebih cerah".

Mitsui telah meletakkan matlamat untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2050 dan hari ini, kami sedang giat mengembangkan perniagaan kami dalam pelbagai bidang baharu seperti kitar semula, rantaian nilai bateri dan penyelesaian alam sekitar yang lain. Peluang untuk bekerjasama dengan Kumpulan UMW memberikan Mitsui dasar yang kukuh ke arah mencapai matlamat kami dan pada masa yang sama ia selaras dengan hala tuju Kerajaan Malaysia untuk menangani perubahan iklim di Malaysia.”

Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad berkata, “Dengan pengalaman lebih 60 tahun dalam industri minyak pelincir, Kumpulan UMW telah berjaya mencipta rangkaian produk bio-pelincir pertamanya, dipacu oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap minyak pelincir produk hijau dalam menangani kebimbangan terhadap pencemaran alam sekitar. Minyak Hidraulik Bio VG GRANTT telah digredkan mengikut piawaian antarabangsa dan telah menjalani beberapa ujian pada peralatan industri hidraulik kami.”

“Dengan matlamat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan mesra alam, pemeteraian MOU ini membuka jalan kepada UMW dan Mitsui untuk menjana pertumbuhan dalam rantaian produk hijau serta menerajui agenda kelestarian Kumpulan UMW.”

“Kami berharap untuk terus membina keupayaan kami dengan sokongan rakan kongsi dan prinsipal kami untuk memperkenalkan produk termaju dan mampan untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Inovasi dan produk hijau adalah antara pemboleh utama yang akan mempercepatkan usaha kami ke arah mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050,” tambah Dato’ Fuaad.

 

 

Click to show English Version