UMW CONTINUES ITS TREE PLANTING EFFORTS WITH A MANGROVE PLANTING PROGRAMME TOGETHER WITH UMW TOYOTA MOTOR

KUALA LUMPUR, 16 March 2022 – As part of its commitment towards addressing the environmental sustainability, UMW Holdings Berhad (“UMW”) together with its subsidiary, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (“UMWT”) and the Malaysian Nature Society recently organised a tree planting programme at the Kuala Selangor Nature Park.

The half-day programme was led by Akio Takeyama, the then Deputy Chairman of UMWT and Zailani Ali, Group Chief Human Resources Officer of UMW.

The 296-hectare wide Kuala Selangor Nature Park is made up of mangrove swamp forest, tidal flats and secondary forest habitats and is a sanctuary for bird and other animal species. Within the mangrove swamp forest, there are four different families of mangroves and a total of 13 species of mangrove trees. These mangroves and the adjacent tidal flats are part of a diverse ecosystem that recycles nutrients and provides the land protection against coastal erosion.

With the dwindling mangrove trees in the country, it is crucial that restoration efforts of these mangrove swamp forest ecosystems are hastened as it provides infinite value to the coastal protection and the country’s biodiversity as well as food resources. With the aim of restoring the site’s precious mangrove ecosystem, the programme saw 50 volunteers, comprising employees from both organisations, planting close to 600 mangrove saplings of the Bakau minyak or Rhizophora Apiculata species within the mangrove swamp forest. Both UMW and UMWT have been putting in efforts to tackle climate change and contribute to its journey towards net zero carbon emissions and tree planting is one of our efforts to achieve this. Up until 2021, close to 35,000 trees have been planted by the UMW Group since the inception of the tree planting initiative a few years ago, half of which comprises mangroves.

“The UMW Group has been increasingly adding to the country’s green cover as one of our initiatives to mitigate the greenhouse gas (“GHG”) emissions. Having said that, we want to accelerate and scale up our tree planting efforts in the future, in collaboration with UMWT and Perodua. Furthermore, we plan to extend our collaboration to include the government and state agencies as well as non-governmental organisations to ensure the success and sustainability of our efforts. The UMW Group is committed to the target of zero carbon neutrality by 2050 as articulated in the Group’s CREST@2021 strategic transformation framework. The sustainability pillar places strong emphasis on environmental sustainability to address climate change related concerns,” said Zailani Ali.

“UMW Toyota Motor has always been passionate about the environment. As a vehicle manufacturer with over 52 years of local production, we genuinely want to make a difference so all Malaysians can have a greener and more sustainable future. Toyota aspires to not only reduce carbon emissions and other negative impacts to zero, but also to go beyond those. We want to contribute to the environment while delivering “mobility to all” and providing happiness to all through our commitment towards a ‘Clean, Safe and Secure Society,” said Ravindran K, President, UMW Toyota Motor.

Click to show Malay Version

 

 

UMW MENERUSKAN USAHA PENANAMAN POKOK DENGAN MENGADAKAN PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA UMW TOYOTA MOTOR

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2022 – Sebagai sebahagian daripada komitmen kumpulan ke arah mengekalkan kelestarian alam sekitar, UMW Holdings Berhad (“UMW”) bersama anak syarikatnya, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (“UMWT”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan program penanaman pokok di Taman Alam Kuala Selangor.

Program setengah hari itu diketuai oleh Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMWT Ketika itu dan Zailani Ali, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UMW.

Taman Semula Jadi Kuala Selangor yang berkeluasan sebanyak 296 hektar itu terdiri daripada hutan paya bakau, dataran pasang surut dan habitat hutan sekunder serta tempat perlindungan bagi spesies burung dan haiwan lain. Di dalam hutan paya bakau itu, terdapat empat spesis bakau yang berbeza dan 13 jenis pokok bakau kesemuanya. Kawasan bakau dan dataran pasang surut ini merupakan sebahagian daripada kepelbagaian ekosistem yang mengitar semula nutrien dan menyediakan perlindungan terhadap tanah daripada terhakis.

Dengan keadaan pokok bakau yang semakin berkurangan di negara ini, usaha pemuliharaan ekosistem hutan paya bakau ini perlu disegerakan kerana ianya memainkan peranan yang penting bagi kestabilan ekosistem kawasan pantai dan kepelbagaian biologi serta sumber makanan hidupan. Dengan matlamat untuk memulihkan tapak bakau yang bernilai di kawasan itu, program tersebut dijayakan oleh 50 orang sukarelawan, terdiri daripada pekerja daripada kedua-dua organisasi yang telah menanam hampir 600 anak pokok Bakau minyak atau spesies Rhizophora Apiculata. Kedua-dua UMW dan UMWT meneruskan usaha untuk menangani perubahan iklim dan menyumbang kepada usaha kami ke arah karbon sifar, dan penanaman pokok adalah salah satu usaha ke arah mencapai matlamat ini. Sehingga 2021, hampir 35,000 pokok telah ditanam oleh Kumpulan UMW sejak inisiatif penanaman pokok digiatkan beberapa tahun lalu dan separuh daripadanya terdiri daripada pokok bakau.

“Mempergiatkan aktiviti penanaman pokok merupakan antara salah satu inisiatif Kumpulan UMW untuk menangani pelepasan gas rumah hijau (“GHG”). Oleh itu, kami ingin mempercepat dan meningkatkan usaha penanaman pokok ini pada masa yang akan datang, dengan kerjasama daripada UMWT dan Perodua. Selain itu juga, kami merancang untuk memperluaskan kerjasama kami untuk melibatkan agensi kerajaan dan negeri serta badan bukan kerajaan bagi memastikan kejayaan dan kemampanan terhadap usaha kami. UMW komited dengan sasaran neutraliti karbon sifar menjelang 2050 seperti yang terkandung dalam rangka kerja transformasi strategik CREST@2021 Kumpulan. Asas kelestarian Kumpulan UMW memberikan penekanan yang kuat terhadap kelestarian alam sekitar untuk menangani kebimbangan terhadap perubahan iklim,” kata Zailani Ali.

“UMW Toyota Motor sangat mementingkan alam sekitar. Sebagai pengeluar kenderaan yang beroperasi selama lebih daripada 52 tahun di Malaysia, kami ingin membuat perubahan agar semua rakyat Malaysia dapat memiliki masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan. Toyota berhasrat untuk bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon dan kesan negatif lain kepada sifar, tetapi juga untuk mengatasinya. Kami ingin menyumbang kepada alam sekitar dengan menyampaikan "mobiliti kepada semua" dan memberikan kebahagiaan kepada semua melalui komitmen kami ke arah 'Masyarakat Bersih, Selamat dan Terjamin," kata Ravindran K, Presiden, UMW Toyota Motor.

 

 

Click to show English Version