UMW GROUP’S SALES MOMENTUM CONTINUES IN FEBRUARY 2022 WITH DELIVERY OF 23,853 VEHICLES, 10% HIGHER YEAR-ON-YEAR

- UMW Toyota Motor registered 6,432 units in February 2022

- Perodua registered 17,421 units in February 2022

KUALA LUMPUR, 10 March 2022 – The UMW Group’s strong start to 2022 continued in February as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered improved automotive sales compared with February 2021. The Group delivered 23,853 units in February 2022, 10.1% higher than the 21,657 units sold in February 2021, as it continued to ramp-up production to fulfil its encouraging outstanding order book.

UMWT’s sales surged by 26.8% to 6,432 units in February 2022 compared with the 5,074 units registered a year ago. Toyota Vios and Hilux continue to be UMWT’s best-selling models in February. The newly-launched Toyota Corolla Cross Hybrid registered encouraging sales and contributed to the Toyota Corolla Cross model moving up to become the third best-selling model for the month of February 2022. To refresh its model line-up, on 17 February 2022, UMWT unveiled the new Toyota Camry which boasts enhanced performance, improved safety and security that places it in the premium executive car segment.

Meanwhile, Perodua registered sales of 17,421 units in February 2022, 5.1% higher than the 16,583 units registered in February 2021. Its top-selling models for the month were the recently facelifted Myvi, followed by the Axia and Bezza. Perodua targets to sell 247,800 units this year, a 30% increase over the 190,291 units sold in 2021.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the improved sales registered by both UMWT and Perodua in February 2022. Both companies will continue to ramp-up production to deliver our cars to the customers. The sales tax exemption and the introduction of all-new and facelift models are expected to drive sales in the first half of 2022. We strive to offer exciting and great value models as well as offer superior after-sales services to meet our customers’ requirements and expectations. We wish to express our appreciation to our customers for their unwavering support and loyalty.”

Click to show Malay Version

 

 

MOMENTUM PENJUALAN KENDERAAN BAGI KUMPULAN UMW BERTERUSAN PADA BULAN FEBRUARI 2022 DENGAN JUALAN SEBANYAK 23,853 UNIT, 10% LEBIH TINGGI BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,432 unit pada bulan Februari 2022

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 17,421 unit pada bulan Februari 2022

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2022 – Permulaan yang kukuh bagi Kumpulan UMW bagi tahun 2022 diteruskan pada bulan Februari dengan catatan jualan automotif yang lebih kukuh berbanding Februari 2021 bagi UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua. Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 23,853 unit pada Februari 2022, 10.1% lebih tinggi daripada 21,657 unit yang didaftarkan pada bulan Februari 2021, dimana pengeluaran ditingkatkan untuk memenuhi jumlah tempahan tertunggak yang menggalakkan.

Jualan UMWT meningkat sebanyak 26.8% kepada 6,432 unit pada bulan Februari 2022 berbanding 5,074 unit yang didaftarkan setahun lalu. Toyota Vios dan Hilux terus menjadi model terlaris UMWT pada bulan Februari. Toyota Corolla Cross Hybrid yang baru dilancarkan juga mencatatkan jualan yang memberangsangkan dan menyumbang kepada model Toyota Corolla Cross untuk menjadi model ketiga terlaris bagi bulan Februari 2022. Untuk memperbaharui barisan modelnya, pada 17 Februari 2022, UMWT memperkenalkan Toyota Camry baharu yang menawarkan prestasi yang dipertingkatkan, keselamatan yang lebih baik dan diperketatkan yang meletakkannya di antara segmen kereta eksekutif premium.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 17,421 unit pada bulan Februari 2022, 5.1% lebih tinggi daripada 16,583 unit yang didaftarkan pada Februari 2021. Model terlarisnya bagi bulan itu ialah Myvi yang telah diubahsuai baru-baru ini, diikuti oleh Axia dan Bezza. Perodua mensasarkan jumlah jualan sebanyak 247,800 unit tahun ini, peningkatan sebanyak 30% berbanding 190,291 unit yang didaftarkan pada 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jumlah jualan kenderaan yang memberangsangkan oleh kedua-dua UMWT dan Perodua pada bulan Februari 2022. Kedua-dua syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan kami. Pengecualian cukai jualan dan pengenalan model serba baharu serta dikemaskini dijangka akan memacu jualan kenderaan pada separuh pertama tahun 2022. Kami berusaha untuk menawarkan model yang menarik dan bernilai tinggi serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan kami. Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka.”

 

 

Click to show English Version