UMW HOLDINGS’ 4Q 2021 PROFIT AFTER TAX SURGES BY 80.6% TO RM380.3 MILLION; DECLARES 5.8 SEN DIVIDEND

- Group revenue increased by 12.4%.

KUALA LUMPUR, 25 February 2022 – UMW Holdings Berhad’s (“Group”) profit after taxation and zakat (“PATZ”) surged by 80.6% to RM380.3 million for the fourth quarter ended 31 December 2021 (“4Q 2021”), compared with the RM210.6 million registered in the corresponding quarter ended 31 December 2020 (“corresponding quarter”). This was supported by the strong contribution from its Automotive and Equipment segments as demand recovered after the lifting of the Full Movement Control Order (“FMCO”). The Group’s revenue increased by 12.4% to RM3,645.1 million compared with the corresponding quarter mainly due to higher vehicle and equipment sales.

For the financial year ended 31 December 2021, the Group’s revenue increased by 15.8% to RM11,060.8 million compared with 2020. PATZ improved by 59.7% to RM515.6 million in 2021 compared with RM322.9 million in 2020 in line with the increase in revenue as well as recognition of deferred tax assets arising from approval of an incentive approved in 4Q 2021.

In view of the encouraging performance, UMW has declared a higher dividend of 5.8 sen per share in respect of the financial year ended 31 December 2021 compared with 4.0 sen in 2020.

Automotive segment
Buoyed by the higher number of vehicles sold which was driven by the sales tax exemption as well as the introduction of new models, the Automotive segment’s revenue for 4Q 2021 increased by 14.7% to RM3,061.6 million compared with the corresponding quarter. In line with the higher revenue and higher share of profits from an associated company, the segment’s profit before taxation and zakat (“PBTZ”) surged by 40.9% to RM269.2 million. Consistent with the expected strong rebound in the economy in 2022 with a GDP forecast of between 5.5% and 6.5%, the Malaysian Automotive Association projected the total industry volume (“TIV”) to increase by 18% to 600,000 units mainly driven by the extension of sales tax exemption until 30 June 2022, improving consumer confidence as well as the low interest rate environment. The introduction of all-new and facelift models is expected to drive sales and contribute positively to the Group in 2022.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 14.8% to RM365.1 million in 4Q 2021 as demand for the segment’s products and services in the local and overseas markets continues to improve following business recovery from the Covid-19 pandemic. This, in turn, resulted in the segment’s PBTZ to improve by 56.4% to RM28.9 million for the quarter. Moving forward, the Heavy Equipment sub-segment could benefit from the expected increase in construction activities following the reopening of the economy, while the Industrial Equipment sub-segment’s performance is projected to improve as it continues to focus on the growth sectors.

Manufacturing & Engineering segment
The Manufacturing & Engineering segment’s revenue declined by 7.5% in 4Q 2021 as the Lubricants and Aerospace sub-segments registered lower sales. As a result, the segment recorded a lower PBTZ of RM11.7 million for the quarter. The projected strong growth in TIV in 2022 bodes well for the Auto Components sub-segment, while the Lubricants sub-segment will continue to expand its footprint in the industrial segment. The Aerospace sub-segment is continuously exploring opportunities to improve its plant utilisation in line with its products and end-customer diversification strategy. The sub-segment has been impacted by the Covid-19 pandemic and is expected to turn around as the industry recovers with the reopening of international borders.

Overall prospect
UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “Despite the challenges confronting the Group in 2021, from the semiconductor chips shortage to disruptions caused by the Covid-19 pandemic and massive flood affecting its operations, the Group remained resilient and delivered improved results compared with 2020. The Group expects business operations both domestically and regionally to gradually recover from 2022 onwards and will continuously assess its strategies as well as initiatives to improve its cost management and operational efficiency to enhance its resilience and to continue to deliver value to its shareholders.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN SELEPAS CUKAI BAGI UMW HOLDINGS’ PADA 4Q 2021 MENINGKAT SEBANYAK 80.6% KEPADA RM380.3 JUTA; ISYTIHAR DIVIDEN 5.8 SEN

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat sebanyak 12.4%.

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2022 – Keuntungan selepas cukai dan zakat (“PATZ”) bagi UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) meningkat sebanyak 80.6% kepada RM380.3 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (“4Q 2021”), berbanding RM210.6 juta yang dicatatkan pada suku yang sama berakhir 31 Disember 2020 (“suku yang sepadan”). Ini disokong oleh hasil sumbangan yang kukuh daripada segmen Automotif dan Jentera yang disebabkan oleh permintaan yang bertambah baik selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”). Hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 12.4% kepada RM3,645.1 juta berbanding suku yang sepadan terutamanya didorong oleh jumlah jualan kenderaan dan jentera yang lebih tinggi.

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021, hasil perniagaan Kumpulan meningkat sebanyak 15.8% kepada RM11,060.8 juta berbanding pada tahun 2020. PATZ turut meningkat sebanyak 59.7% kepada RM515.6 juta pada tahun 2021 berbanding RM322.9 juta pada tahun 2020 selaras dengan peningkatan hasil perniagaan serta pengiktirafan aset cukai tertunda hasil daripada kelulusan insentif yang diluluskan pada 4Q 2021.

Memandangkan prestasi yang menggalakkan, UMW telah mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi sebanyak 5.8 sen sesaham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 berbanding 4.0 sen pada tahun 2020.

Segmen Automotif
Didorong oleh jumlah jualan kenderaan yang lebih tinggi yang disokong oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu, hasil perniagaan bagi segmen Automotif untuk 4Q 2021 meningkat sebanyak 14.7% kepada RM3,061.6 juta berbanding suku yang sepadan. Selaras dengan hasil perniagaan yang lebih tinggi dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu, keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi segmen tersebut ("PBTZ") melonjak sebanyak 40.9% kepada RM269.2 juta. Selaras dengan jangkaan pemulihan yang kukuh terhadap ekonomi bagi tahun 2022 dengan unjuran KDNK antara 5.5% dan 6.5%, Persatuan Automotif Malaysia mensasarkan jumlah keseluruhan industri (“TIV”) meningkat sebanyak 18% kepada 600,000 unit yang didorong oleh perlanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022, peningkatan keyakinan pengguna serta persekitaran kadar faedah yang lebih rendah. Pengenalan model baharu dan kemaskini dijangka akan memacu penjualan dan menyumbang secara positif terhadap Kumpulan untuk tahun 2022.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 14.8% kepada RM365.1 juta pada 4Q 2021 disebabkan oleh permintaan terhadap produk dan perkhidmatan segmen itu di pasaran tempatan dan luar negara terus bertambah baik berikutan pemulihan terhadap perniagaan kesan daripada pandemik Covid-19. Seterusnya, PBTZ bagi segmen meningkat sebanyak 56.4% kepada RM28.9 juta untuk suku tersebut. Dengan itu juga, subsegmen bagi Jentera Berat boleh mendapat manfaat daripada jangkaan peningkatan dalam aktiviti pembinaan berikutan pembukaan semula ekonomi, manakala prestasi subsegmen bagi Jentera Perindustrian dijangka akan bertambah baik dengan terus memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan
Hasil perniagaan bagi segmen Pembuatan & Kejuruteraan menurun sebanyak 7.5% pada 4Q 2021 akibat jualan lebih rendah bagi subsegmen Pelincir dan Aeroangkasa. Ini menyebabkan segmen itu mencatatkan PBTZ yang lebih rendah sebanyak RM11.7 juta bagi suku tersebut. Peningkatan terhadap jumlah sasaran TIV untuk tahun 2022 adalah positif untuk bagi subsegmen Komponen Auto, manakala subsegmen Pelincir akan terus mengembangkan perniagaannya dalam segmen perindustrian. Subsegmen Aeroangkasa akan terus meneroka peluang lain untuk meningkatkan penggunaan kilang pemasangannya selaras dengan strategi kepelbagaian produk dan pelanggannya. Subsegmen itu telah terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan dijangka akan kembali pulih dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Pencapaian keseluruhan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Walaupun Kumpulan menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2021, daripada kekurangan cip semikonduktor kepada gangguan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 serta bencana banjir yang menjejaskan sebahagian operasinya, Kumpulan kekal berdaya tahan dan memberikan hasil yang lebih baik berbanding tahun 2020. Kumpulan menjangkakan operasi bagi perniagaan di dalam dan di peringkat serantau akan pulih secara beransur-ansur mulai 2022 dan seterusnya akan menilai strategi serta inisiatifnya untuk terus menambah baik terhadap pengurusan kos dan kecekapan operasinya dalam mengukuhkan daya tahannya dan untuk terus memberikan nilai kepada para pemegang sahamnya.”

 

 

Click to show English Version