UMW GROUP RECORDED AUTOMOTIVE SALES OF 9,512 UNITS IN AUGUST 2021 FOLLOWING RESUMPTION OF OPERATIONS

- UMW Toyota Motor delivered of 2,524 units in August 2021
- Perodua registered sales of 6,988 units in August 2021

 

KUALA LUMPUR, 13 September 2021 – The UMW Group recorded automotive sales of 9,512 units in August 2021, significantly higher than the 2,105 units registered in July 2021, as showrooms and automotive assembly plants resumed operations from 16 August 2021 following easing of the Full Movement Control Order (“FMCO”) restrictions.  Both, UMW Toyota Motor (“UMWT”) and its associate company Perodua, registered improved sales in August despite operating for less than half the month.

 

UMWT delivered 2,524 units in August 2021, 74% higher than the 1,450 units registered in July 2021.  Toyota Vios, Yaris and Hilux continue to be UMWT’s best-selling models, cumulatively contributing 69% of total sales for the month of August 2021.  Year-to-date August 2021, UMWT sold a total of 38,085 vehicles, 20% higher than the 31,734 units registered in the corresponding period of 2020. 

 

Perodua registered sales of 6,988 units in August 2021, significantly higher than the 655 units recorded in July 2021.  The demand remains strong for all Perodua models, as evident from the strong bookings received during the FMCO.  For the first eight months of the year, Perodua delivered a total of 104,933 units, 12.5% lower than the 119,977 units registered in the corresponding period of 2020, mainly due to the prolonged FMCO in 2021.  Consequently, Perodua has revised downwards its target for 2021 to 214,000 units from 240,000 units announced earlier this year.  The revised target has also taken into account the global semiconductor chip shortage, which Perodua has managed to secure to ensure uninterrupted production for the remainder of the year.

 

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are grateful to the government for the easing of FMCO restrictions and allowing the automotive sector to resume operations.  Currently, both marques have a healthy level of outstanding bookings, and will be focusing on ramping up production to ensure timely delivery to our customers whilst ensuring full compliance with the Standard Operating Procedures (“SOPs”).  Our domestic parts and components suppliers have also resumed operations as well as having secured our planned Completely Knocked Down (“CKD”) parts to meet our customers’ demand.”

 

Dato’ Fuaad further added, “UMW expects the automotive sales momentum to continue for the remainder of the year especially with the extension of the sales tax exemption to 31 December 2021.  We are appreciative of the Government’s continuous support of the automotive sector to hasten its recovery.  We wish to also express our appreciation and thank you to our customers for their continuing support of our products and services despite the challenges.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN JUALAN KENDERAAN SEBANYAK 9,512 UNIT PADA BULAN OGOS 2021 BERIKUTAN PEMBUKAAN SEMULA OPERASI

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 2,524 unit pada bulan Ogos 2021
- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 6,988 unit pada bulan Ogos 2021

 

KUALA LUMPUR, 13 September 2021 - Kumpulan UMW mencatatkan jualan automotif sebanyak 9,512 unit pada bulan Ogos 2021, jauh lebih tinggi daripada 2,105 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2021, dengan pembukaan semula operasi bilik pameran dan kilang pemasangan automotif bermula dari 16 Ogos 2021 berikutan pelonggaran terhadap sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”).  UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu Perodua, mencatatkan jualan yang baik pada bulan Ogos walaupun hanya beroperasi selama setengah bulan.

 

UMWT mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 2,524 unit pada bulan Ogos 2021, 74% lebih tinggi berbanding 1,450 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2021.  Toyota Vios, Yaris dan Hilux terus menjadi model terlaris UMWT, secara kumulatifnya menyumbang kepada 69% daripada jumlah jualan bagi bulan Ogos 2021.  Sehingga bulan Ogos 2021, UMWT mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 38,085 unit, 20% lebih tinggi berbanding 31,734 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2020.

 

Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 6,988 unit pada bulan Ogos 2021, jauh lebih tinggi berbanding 655 unit yang dicatatkan pada bulan Julai 2021.  Permintaan bagi semua model Perodua terus menggalakkan, dengan jumlah tempahan “online” yang memberangsangkan semasa tempoh PKPP.  Bagi lapan bulan pertama untuk tahun ini, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 104,933 unit, 12.5% ​​lebih rendah berbanding 119,977 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2020, kerana terkesan dengan PKPP yang berpanjangan pada tahun 2021.  Oleh yang demikian, Perodua telah menyemak semula sasaran jualan untuk 2021 kepada 214,000 unit dari 240,000 unit yang diumumkan awal tahun ini.  Sasaran jualan yang disemak semula ini turut mengambil kira isu kekurangan cip semikonduktor global, dimana Perodua telah berjaya menangani isu ini bagi memastikan tiada gangguan sepanjang proses pengeluaran kenderaan untuk tahun ini.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami amat menghargai usaha kerajaan dalam memberikan kelonggaran terhadap sekatan pergerakan PKPP dan membenarkan sektor automotif beroperasi semula.  Pada masa ini, kedua-dua Toyota dan Perodua mempunyai tahap pesanan yang sihat, dan akan terus memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran untuk memastikan penghantaran kepada pelanggan dapat dipercepatkan, disamping mematuhi SOP yang ketat.  Pembekal bagi alat ganti dan komponen domestik juga telah beroperasi semula dan pengeluaran kami disokong oleh bekalan CKD yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan kami."

 

Tambah Dato' Fuaad, "UMW menjangkakan momentum bagi penjualan automotif akan berterusan sehingga hujung tahun, terutamanya dengan pelanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2021.  Kami menghargai pelbagai langkah Kerajaan dalam usaha menyokong sektor automotif yang dapat mempercepat kadar pemulihan.  Kami juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan kami kerana terus menyokong produk dan perkhidmatan kami walaupun menghadapi pelbagai cabaran."

 

 

Click to show English Version