UMW M&E EXPANDS ITS DISTRIBUTORSHIP NETWORK THROUGH BURAQOIL’S INDEPENDENT DEALERS

KUALA LUMPUR, 13 September 2019– UMW M&E Sdn. Bhd. (UMW M&E), a wholly-owned subsidiary in the UMW Group, has inked a distributorship collaboration agreement with Buraqoil Corporation Sdn. Bhd. (Buraqoil). Buraqoil is wholly owned by IPTB Sdn. Bhd..

This collaboration will see UMW M&E tapping into a niche market through Buraqoil’s network of more than 150 independently-owned petrol stations across nine states, including Sabah and Sarawak. The Bumiputera-owned petrol station chain is the market leader in mini petrol station segments, with about 60% market share.

With its extensive network, Buraqoil’s independent dealers will facilitate the distribution of UMW M&E’s reputable product offerings encompassing its renowned lubricants brands (Grantt, Pennzoil and Repsol) as well as its auto components products (GEP) at their outlets.

Aside from paving the way for future collaboration of joining any large tenders, the partnership will serve as the platform for both parties to further leverage on each other’s strengths through joint or customised marketing and product training programmes.

The collaboration provides a platform for UMW to contribute towards the government’s agenda to enhance economic development and also empowering Bumiputera entrepreneurs while encouraging them to expand their businesses via mutually beneficial partnerships. Through these partnerships, the dealers are provided with an additional income stream via a wider range of offering in their outlets which would now include UMW M&E’s products.

Click to show Malay Version

 

 

UMW M&E MENGEMBANGKAN RANGKAIAN PENGEDARAN MELALUI PENGEDAR BEBAS BURAQOIL

KUALA LUMPUR, 13 September 2019– - UMW M&E Sdn. Bhd. (UMW M&E), sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, telah menandatangani kerjasama pengedaran dengan Buraqoil Corporation Sdn. Bhd. (Buraqoil). Buraqoil dimiliki sepenuhnya oleh IPTB Sdn. Bhd..

Kerjasama ini bakal membuka ruang kepada UMW untuk menembusi pasaran baru menerusi rangkaian Buraqoil yang memiliki lebih daripada 150 stesen minyak di sembilan negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Rangkaian stesen minyak milik Bumiputera ini merupakan peneraju pasaran dalam segmen stesen minyak mini, dengan penguasaan pasaran melebihi 60%.

Melalui rangkaian yang luas, pengedar bebas Buraqoil akan membantu kerja pengedaran produk ternama keluaran UMW M&E yang merangkumi jenama pelincir terkenal (Grantt, Pennzoil dan Repsol) serta produk komponen auto (GEP) di stesen minyak mereka.

Di samping menjadi titik tolak kepada lebih banyak penyertaan bersama dalam tender yang lebih besar pada masa akan datang, kerjasama ini turut merintis laluan bagi kedua-dua pihak untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing dengan merangka program pemasaran dan program latihan produk tersendiri.

Kerjasama ini turut menyediakan platform kepada UMW untuk menyumbang ke arah merealisasikan agenda kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi dan memperkasakan usahawan Bumiputera, kerjasama seumpama ini berperanan menggalakkan para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui aktiviti perkongsian. Melalui kerjasama ini, para pengedar bakal berpeluang menjana aliran pendapatan tambahan menerusi penawaran produk keluaran UMW di stesen minyak mereka.

 

 

Click to show English Version