UMW HOLDINGS BERHAD’S THIRD QUARTER RESULTS AFFECTED BY THE SLOWDOWN IN THE OIL & GAS INDUSTRY

SHAH ALAM, 29 November 2016– UMW Holdings Berhad recorded a revenue of RM2,856.8 million for the third quarter ended 30 September 2016, representing RM676.4 million or 19.1% lower than the RM3,533.2 million recorded in the same period of 2015. The challenging economic environment in the Oil & Gas industry coupled with the weakening ringgit had impacted the Group’s results. Consequently, the Group reported a loss before taxation of RM121.6 million against a profit of RM72.2 million in the previous year’s corresponding quarter.

The Automotive segment recorded a lower revenue of RM2,263.4 million for the third quarter of 2016 compared to RM2,596.1 million registered in the previous year’s corresponding quarter as a result of soft market sentiments and intense competition from other automotive manufacturers. The total industry volume (TIV) for the third quarter of 2016 was 142,974 units, a drop of 12% compared to 163,235 units in the same quarter of 2015.

Nevertheless, profit before taxation improved from RM113.4 million in the third quarter of 2015 to RM133.5 million in the current quarter. The record sale of the new model, Perodua Bezza that was launched in July 2016 contributed to the better profit performance. Equipment segment’s revenue of RM342.8 million for the third quarter of 2016 was a decrease of 27.8% or RM132.0 million against RM474.8 million recorded in the same period of 2015. This was mainly attributable to the decline in equipment sales resulting from the slowdown in the mining sector and stiff competition in the construction sector.

Sales performance in Myanmar was weighed down by the continued restriction imposed on the importation of heavy equipment into the country by the government of Myanmar. In tandem with the lower revenue, profit before taxation decreased from RM64.4 million recorded in the third quarter of 2015 to RM33.6 million in the current quarter.

The Manufacturing & Engineering segment recorded a revenue of RM144.6 million in the current quarter, RM39.2 million or 21.3% lower than the RM183.8 million reported in the previous year’s corresponding quarter. Nevertheless, profit before taxation improved from RM0.8 million to RM2.5 million in the current quarter, mainly attributable to the better performance of shock absorber business. The Oil & Gas (Listed) segment registered a revenue of RM49.7 million, a reduction of RM163.0 million from the same quarter of 2015 of RM212.7 million. Fewer income-generating assets coupled with the continued pressure on charter rates significantly impacted the revenue of the segment.

On the back of the lower revenue, the segment reported a loss before taxation of RM133.0 as opposed to a profit before taxation of RM11.5 million in the same quarter of 2015. The Oil & Gas (Unlisted) segment registered a lower revenue of RM58.4 million in the current quarter, a drop of RM11.6 million compared to the RM70.0 million in the same quarter of 2015. The adverse performance of the segment was mainly due to the impact of continued low oil prices. Nevertheless, lower loss of RM36.1 million was reported compared to the loss of RM65.1 million reported in the same quarter of 2015, mainly attributable to lower operating costs from the onshore drilling operations in Oman.

“The performance of the Group is affected by the present downturn in the oil and gas industry, softer local demand for motor vehicles and weakening ringgit. The challenges and uncertainties in the current business environment may add pressure for asset impairment in the last quarter of the year, hence, may adversely impact the Group’s results. Nevertheless, management will take appropriate measures to contain cost, increase operational efficiency and continue to improve business potentials,” says Badrul Feisal bin Abdul Rahim, its President & Group CEO.

Click to show Malay Version

 

 

KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KETIGA UMW TERJEJAS OLEH KELEMBAPAN DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS

SHAH ALAM, 29 November 2016–UMW Holdings Berhad merekodkan hasil sebanyak RM2,856.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016, menunjukkan hasil RM676.4 juta atau 19.1% lebih rendah berbanding hasil sebanyak RM3,533.2 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015. Keadaan ekonomi industri minyak dan gas yang mencabar ditambah dengan penyusutan mata wang ringgit yang berterusan telah menjejaskan keputusan kewangan Kumpulan UMW. Kumpulan UMW melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM121.6 juta berbanding keuntungan sebanyak RM72.2 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Segmen automotif mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM2,263.4 juta pada suku ini, berbanding RM2,596.1 juta yang diperolehi pada suku yang sama tahun lepas disebabkan oleh sentimen pasaran yang lemah dan persaingan yang sengit di antara penggiat industri yang lain. Jumlah keseluruhan industri bagi suku ketiga tahun ini adalah 142,974 unit, penurunan sebanyak 12% berbanding 163,235 unit pada suku yang sama tahun 2015.

Walau bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai meningkat dari RM113.4 juta pada suku ketiga tahun 2015 kepada RM133.5 juta pada suku ini. Permintaan tinggi untuk model kenderaan baru, Perodua Bezza yang dilancarkan pada Julai 2016 telah menyumbang kepada keuntungan yang lebih baik.

Hasil segmen jentera sebanyak RM342.8 juta bagi suku ketiga tahun 2016 menurun sebanyak 27.8% atau RM132.0 juta berbanding hasil sebanyak RM474.8 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun 2015. Ini adalah disebabkan oleh penurunan jualan jentera ekoran dari kelembapan sektor perlombongan dan persaingan hebat dalam sektor pembinaan. Prestasi jualan di Myanmar telah dijejaskan oleh penerusan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan baru Myanmar ke atas pengimportan jentera berat yang di bawa masuk ke negara itu. Sejajar dengan hasil yang lebih rendah, keuntungan sebelum cukai menurun dari RM64.4 juta pada suku ketiga 2015 kepada RM33.6 juta pada suku ini.

Segmen pembuatan dan kejuruteraan mencatat hasil sebanyak RM144.6 juta pada suku ini, RM39.2 juta atau 21.3% lebih rendah dari hasil sebanyak RM183.8 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas. Walaupun hasil berkurangan, keuntungan sebelum cukai telah meningkat dari RM0.8 juta kepada RM2.5 juta pada suku ini disebabkan prestasi meningkat dalam perniagaan penyerap kejutan kenderaan. Segmen minyak dan gas (tersenarai di Bursa) merekodkan hasil sebanyak RM49.7 juta, penurunan sebanyak RM163.0 juta dari hasil sebanyak RM212.7 juta pada suku yang sama tahun 2015. Penggunaan asset penjana pendapatan yang rendah dan penekanan terhadap kadar carter yang berterusan telah nyata sekali menjejaskan hasil untuk segmen ini.

Berikutan penurunan hasil ini, segmen minyak dan gas merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM133.0 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM11.5 juta bagi suku yang sama tahun 2015.

Segmen minyak dan gas (tidak tersenarai di Bursa) mencatat hasil lebih rendah iaitu sebanyak RM58.4 juta pada suku ini, penurunan sebanyak RM11.6 juta berbanding RM70 juta pada suku yang sama tahun 2015. Kemerosotan prestasi bagi segmen ini adalah disebabkan oleh harga pasaran minyak yang rendah. Walau bagaimanapun pengurangan kerugian sebanyak RM36.1 juta dilaporkan berbanding kerugian sebanyak RM65.1 juta pada suku yang sama tahun 2015 disebabkan oleh kos operasi lebih rendah di Oman.

“Prestasi Kumpulan ini telah dijejaskan oleh kelembapan industri minyak dan gas, penurunan permintaan pasaran tempatan terhadap kenderaan dan kemerosotan mata wang ringgit. Cabaran dan ketidaktentuan pasaran mungkin menambah tekanan untuk kejejasan aset pada suku terakhir tahun ini dan akan memberi impak negatif kepada keputusan kewangan Kumpulan. Pihak pengurusan akan terus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan operasi dan terus menambah baik potensi perniagaan,” kata Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan UMW, Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim.

 

 

Click to show English Version