UMW HOLDINGS RECORDED A TURNAROUND WITH A PRE-TAX PROFIT OF RM253 MILLION FROM CONTINUING OPERATIONS IN 2017; HOWEVER, OVERALL RESULTS WERE IMPACTED BY THE MARKED DOWN TO FAIR VALUE ON THE REMAINING OIL & GAS ASSETS.

 Group revenue from Continuing Operations increased by 6% in 2017, as all three core business segments registered higher revenue.

 Automotive and Equipment segments continued to be profitable; Manufacturing & Engineering segment’s profitability was affected by pre-operating expenses incurred by the aerospace business.

 Financial Year 2017 results

 

Core Business Segment
Automotive
Equipment
M & E
Total
PBT (RM’mil)
433.7
140.6
(16.2)
558.1

 

SHAH ALAM, 27 February 2018 – UMW Holdings Berhad’s Automotive and Equipment segments remained profitable in the fourth quarter of 2017 despite challenging operating conditions due to intense competition and weaker demand. Furthermore, both the Equipment and Manufacturing & Engineering (M&E) segments achieved higher revenue compared with the same quarter of 2016. However, M&E segment registered losses due to start-up operating expenses incurred by the aerospace business. Meanwhile, the reclassification of the remaining Oil & Gas companies into Assets Held for Sale resulted in a write down to the fair value of the Group’s remaining Unlisted Oil & Gas assets.

For the fourth quarter of 2017, the Group registered a profit before taxation (PBT) of RM17.6 million from Continuing Operations as compared to a loss before taxation of RM542.8 million in the same quarter last year. The lower PBT, however, was mainly due to a provision for the anticipated early settlement of a guaranteed loan of RM254.0 million as compared to a charge on re-measurement of the financial guarantee contract of RM705.0 million in 2016. Excluding the provision, the Group would have reported a profit before taxation of RM271.6 million. For the financial year 2017, the Group registered PBT of RM252.9 million from Continuing Operations, a robust turnaround compared to the pre-tax loss of RM242.5 million in 2016.

The write-down of assets to fair value and the write-down on inventory contributed to the consolidated pre-tax loss of RM394.8 million in the fourth quarter of 2017, significantly lower than the pre-tax loss of RM2,074.5 million in the corresponding quarter of 2016. Subsequently, the Group registered a consolidated pre-tax loss of RM549.9 million for financial year 2017 compared to the pre-tax loss of RM2,130.2 million in 2016.

The Group’s core businesses – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering – posted a combined PBT of RM168.2 million in the fourth quarter of 2017 as compared to RM182.0 million in the corresponding quarter of 2016. For full-year 2017, these segments registered aggregate PBT of RM558.1 million as compared to RM667.2 million in 2016.

President and Group Chief Executive Officer of UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, said: “We are encouraged by the performance of our core business segments in sustaining profitability despite the challenging operating conditions. Our overall results, as expected, were affected by the Unlisted Oil & Gas segment which has now been reclassified into assets held for sale. We have divested a few companies in 2017 and target to complete the divestment of the remaining companies in 2018. Consequently, we do not expect any adverse material impact to this segment moving forward, hence we expect for the Group to return to profitability in 2018.”

Overall, the Group registered revenue of RM2,954.7 million from Continuing Operations for the fourth quarter ended 31 December 2017, marginally higher than the RM2,937.9 million recorded in the same quarter of 2016. The increase in revenue was contributed by the Equipment and M&E segments. For the full-year, the Group recorded revenue from Continuing Operations of RM11,046.5 million, an increase of 5.8% or RM609.7 million over the previous year. All three core business segments recorded higher revenues for the year.

The Automotive segment recorded PBT of RM141.6 million for the fourth quarter of 2017, a decrease of RM5.8 million or 3.9% compared to the corresponding quarter in 2016, mainly due to lower contribution from the Perodua Group. The segment registered full-year PBT of RM433.7 million, lower by 12.7% or RM63.2 million compared with RM496.9 million reported in 2016. The moderate decrease in profitability was due to compressed margins as the US Dollar remained relatively strong against ringgit. In addition, the contribution from the Perodua Group was lower in 2017, in line with the mild drop in vehicle sales.

The Equipment segment registered PBT of RM29.6 million for the last quarter of 2017, marginally lower than the RM29.9 million recorded in the corresponding quarter in 2016. Nonetheless, revenue contribution for full-year 2017 improved by 5.3% driven by the strong demand for product support sales in the heavy equipment operations. Full-year PBT for the segment moderated slightly from RM145.6 million in 2016 to RM140.6 million in 2017 due to the provision for slow moving inventory in the heavy equipment operations.

The Manufacturing & Engineering segment registered a loss before taxation of RM3.0 million in the last quarter, compared to a PBT of RM4.7 million in the same quarter of 2016. This was mainly due to start-up operating expenses incurred by the aerospace business. For the full-year, revenue contribution rose by 7.3% or RM44.1 million to RM645.6 million mainly contributed by the auto components business. However, the segment posted an expected loss before taxation of RM16.3 million as opposed to a PBT of RM24.6 million in 2016 due to the start-up losses in the aerospace business.

Click to show Malay Version

 

 

UMW HOLDINGS MENCATAT KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI SEBANYAK RM253 JUTA DARIPADA OPERASI BERTERUSAN PADA 2017; BAGAIMANAPUN, KEPUTUSAN KESELURUHAN TERJEJAS AKIBAT PENURUNAN NILAI TERHADAP ASET MINYAK & GAS.

 Pendapatan kumpulan dari Operasi Berterusan meningkat sebanyak 6% pada tahun 2017, dimana ketiga-tiga segmen perniagaan teras mencatatkan hasil yang lebih tinggi.

 Segmen Automotif dan Jentera terus mencatatkan keuntungan; Keuntungan segmen Pembuatan & Kejuruteraan dipengaruhi oleh perbelanjaan pra-operasi oleh perniagaan aeroangkasa.

 Keputusan bagi Tahun Kewangan 2017

 

Segmen Teras
Automotif
Jentera
Pembuatan & Kerujuteraan
Jumlah
PBT (RM’mil)
433.7
140.6
(16.2)
558.1

 

Segmen Automotif dan Jentera UMW Holdings Berhad kekal menguntungkan pada suku keempat tahun 2017 walaupun keadaan operasi yang mencabar disebabkan oleh persaingan sengit dan permintaan yang lemah. Tambahan pula, kedua-dua segmen Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan (M & E) mencapai hasil yang lebih tinggi berbanding dengan suku yang sama tahun 2016. Bagaimanapun, segmen M & E mencatatkan kerugian akibat perbelanjaan operasi permulaan yang ditanggung oleh perniagaan aeroangkasa. Sementara itu, pengelasan semula baki syarikat Minyak & Gas ke dalam Aset Dipegang untuk Jualan mengakibatkan Kumpulan menurunkan nilai aset-aset Minyak & Gas Tidak Tersenarai Kumpulan.

Bagi suku keempat 2017, Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM17.6 juta daripada Operasi Berterusan berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM542.8 juta pada suku yang sama tahun lepas. Bagaimanapun, PBT yang lebih rendah adalah terutamanya disebabkan oleh peruntukan untuk penyelesaian awal pinjaman yang dijangka berjumlah RM254.0 juta berbanding dengan caj untuk mengukur semula kontrak jaminan kewangan sebanyak RM705.0 juta pada tahun 2016. Sekiranya tidak termasuk peruntukan ini, Kumpulan akan melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM271.6 juta. Bagi tahun kewangan 2017, Kumpulan mencatatkan PBT sebanyak RM252.9 juta daripada Operasi Berterusan, pemulihan yang teguh berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM242.5 juta pada tahun 2016.

Penurunan nilai aset dan penurunan nilai inventori menyumbang kepada kerugian sebelum cukai yang disatukan sebanyak RM394.8 juta pada suku keempat tahun 2017, jauh lebih rendah daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM2,074.5 juta dalam suku yang sama tahun 2016. Kemudiannya, Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai yang disatukan sebanyak RM549.9 juta bagi tahun kewangan 2017 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM2,130.2 juta pada tahun 2016.

Perniagaan utama Kumpulan - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan - mencatatkan PBT gabungan sebanyak RM168.2 juta pada suku keempat tahun 2017 berbanding RM182.0 juta pada suku yang sama tahun 2016. Bagi tahun penuh 2017, segmen ini merekodkan PBT keseluruhan sebanyak RM558.1 juta berbanding RM667.2 juta pada tahun 2016.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim, berkata: "Kami yakin dengan prestasi segmen perniagaan teras kami dalam mengekalkan keuntungan walaupun menghadapi keadaan operasi yang mencabar. Keputusan keseluruhan kami, seperti yang dijangkakan, dipengaruhi oleh segmen Minyak & Gas Tidak Tersenarai yang kini telah diklasifikasi semula ke dalam aset yang dipegang untuk dijual. Kami telah menjual beberapa syarikat pada tahun 2017 dan menyasar untuk menyelesaikan penjualan syarikat-syarikat lain dalam segmen ini pada tahun 2018. Oleh itu, kami tidak menjangkakan sebarang kerugian dari segmen ini di masa hadapan, dan kami menjangkakan Kumpulan akan kembali ke tahap keuntungan pada 2018. "

Secara keseluruhannya, Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM2,954.7 juta dari Operasi Berterusan bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2017, yang lebih tinggi sedikit daripada RM2,937.9 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2016. Peningkatan hasil disumbangkan oleh segmen Jentera dan M & E. Bagi tahun 2017, Kumpulan mencatatkan hasil daripada Operasi Berterusan sebanyak RM11,046.5 juta, peningkatan sebanyak 5.8% atau RM609.7 juta berbanding tahun sebelumnya. Ketiga-tiga segmen perniagaan teras mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi untuk tahun ini.

Segmen Automotif mencatatkan PBT sebanyak RM141.6 juta untuk suku keempat 2017, penurunan sebanyak RM5.8 juta atau 3.9% berbanding suku yang sama pada 2016, terutamanya disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada Kumpulan Perodua. Segmen ini mencatatkan PBT tahun penuh sebanyak RM433.7 juta, lebih rendah sebanyak 12.7% atau RM63.2 juta berbanding dengan RM496.9 juta yang dilaporkan pada 2016. Pengurangan keuntungan sederhana disebabkan oleh kekangan margin kerana dolar AS kekal kukuh berbanding ringgit. Di samping itu, sumbangan daripada Kumpulan Perodua lebih rendah pada tahun 2017, sejajar dengan pengurjangan jualan kenderaan.

Segmen jentera mencatatkan PBT sebanyak RM29.6 juta bagi suku terakhir 2017, lebih rendah sedikit daripada RM29.9 juta yang direkodkan pada suku yang sama pada 2016. Walau bagaimanapun, sumbangan pendapatan untuk tahun 2017 meningkat sebanyak 5.3% didorong oleh permintaan yang tinggi untuk jualan sokongan produk dalam operasi jentera berat. PBT tahun penuh bagi segmen tersebut berkurang sedikit daripada RM145.6 juta pada 2016 kepada RM140.6 juta pada 2017 berikutan peruntukan bagi inventori kurang permintaan dalam operasi jentera berat.

Segmen Pembuatan & Kejuruteraan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3.0 juta pada suku lepas, berbanding dengan PBT sebanyak RM4.7 juta pada suku yang sama tahun 2016. Ini disebabkan oleh perbelanjaan operasi permulaan yang dilakukan oleh perniagaan aeroangkasa. Bagi tahun penuh, sumbangan pendapatan meningkat 7.3% atau RM44.1 juta kepada RM645.6 juta yang disumbangkan oleh perniagaan komponen auto. Walau bagaimanapun, segmen ini mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM16.3 juta berbanding PBT sebanyak RM24.6 juta pada 2016 oleh kerana kerugian permulaan dalam perniagaan aeroangkasa.

 

 

Click to show English Version