UMW WELCOMES LONGI TO UMW HIGH VALUE MANUFACTURING PARK; SIGNED SPA FOR SALE OF 140 ACRES OF INDUSTRIAL LAND FOR RM305 MILLION

KUALA LUMPUR, 31 August 2022 – UMW Development Sdn. Bhd, a wholly owned subsidiary of the UMW Group, yesterday signed a Sale and Purchase Agreement (“SPA”) for the sale of 140 acres of land at the UMW High Value Manufacturing Park (“UMW HVM Park”) in Serendah to LONGI (Kuching) Sdn. Bhd. for RM304.92 million.

The strategically located and green-rated UMW HVM Park is both a managed and gated & guarded high value manufacturing park equipped with infrastructure and services for manufacturing excellence. The 861-acre site offers a secured and integrated Industry 4.0 infrastructure and technologies. The park also integrates sustainability into its design, embedding environment-friendly and energy-efficient technologies and solutions.

LONGI is the world’s largest manufacturer of monocrystalline silicon wafers and is listed on the Shanghai Stock Exchange. LONGI (Kuching) commenced operations in 2016 and is involved in the manufacture and sale of solar ingots, solar wafers, solar cells and solar modules. It is the largest producer of solar cells in Malaysia. The purchase of land at UMW HVM Park is part of its plan to expand its operations and increase the production volume to cater to its growing demand.

The SPA was signed by Eric Chew Kar Kean, Group Director, UMW Development Sdn. Bhd. and Ngieng Sii Jing, Chief Executive Officer, LONGI (Kuching) Sdn. Bhd., and was witnessed by Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President & Group Chief Executive Officer, UMW Holdings Berhad and Ng Yong Khoi, Planning & Operation Director, LONGI. Also present at the signing ceremony were Sikh Shamsul Ibrahim, Executive Director, Investment Promotion, Malaysian Investment Development Authority (“MIDA”), Dato’ Hasan Azhari Idris, Chief Executive Officer, Invest Selangor and Mohd Hasry Nor Mohd, President, Hulu Selangor Municipal Council.

Eric Chew, Group Director, UMW Development Sdn. Bhd. remarked, “We are pleased to welcome LONGI to UMW HVM Park, a managed and green-rated high value manufacturing park. At present, about 84% of the Southern Zone has been taken up, with 40 companies committed to set up their manufacturing operations at the park. We are also ready to support their automation requirements by working closely with the UMW Group to provide the required products, services and solutions.”

Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President & Group Chief Executive Officer, UMW Holdings Berhad stated, “The addition of LONGI exemplifies the growing number of advanced manufacturing companies interested in setting up operations at UMW HVM Park which is also home to our UMW Aerospace – Malaysia’s first Tier 1 fan case supplier to Rolls-Royce. We would like to thank LONGI for selecting UMW HVM Park as the preferred site for their business expansion, perhaps due to its strategic location and available facilities. We would also like to put on record our sincere appreciation to MIDA, Invest Selangor and the Hulu Selangor Municipal Council for their continuous support of UMW HVM Park.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW MENYAMBUT BAIK KEDATANGAN LONGI KE UMW HIGH VALUE MANUFACTURING PARK; MENANDATANGANI SPA UNTUK PENJUALAN TANAH PERINDUSTRIAN SELUAS 140 EKAR DENGAN HARGA RM305 JUTA

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – UMW Development Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, telah menandatangani Perjanjian Jual Beli (“SPA”) semalam untuk menjual tanah seluas 140 ekar di UMW High Value Manufacturing Park di Serendah kepada LONGI (Kuching) Sdn. Bhd. dengan harga RM304.92 juta.

UMW HVM Park sebuah taman pembuatan berkedudukan strategik yang bernilai tinggi yang terurus dan berpagar serta dikawal, yang direka bagi kemajuan pembuatan. Tapak seluas 861 ekar itu menyediakan infrastruktur dan teknologi Industri 4.0 yang selamat dan bersepadu. Taman ini juga menggabungkan nilai kemampanan di dalam reka bentuknya, bersifat mesra alam dan menggunakan kemahiran dan teknologi cekap tenaga.

LONGI merupakan pengeluar wafer silikon monohablur terbesar di dunia dan disenaraikan di dalam Bursa Saham Shanghai. LONGI (Kuching) mula beroperasi pada tahun 2016 dan terlibat dalam pembuatan dan penjualan jongkong solar, wafer solar, sel solar dan modul solar. Ia merupakan pengeluar sel solar terbesar di Malaysia. Pembelian tanah di UMW HVM Park adalah sebahagian daripada rancangan syarikat tersebut untuk mengembangkan operasinya dan meningkatkan jumlah pengeluaran bagi menampung permintaannya yang semakin meningkat.

SPA itu ditandatangani oleh Eric Chew Kar Kean, Pengarah Kumpulan, UMW Development Sdn. Bhd. dan Ngieng Sii Jing, Ketua Pegawai Eksekutif, LONGI (Kuching) Sdn. Bhd., dan disaksikan oleh Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad dan Ng Yong Khoi, Pengarah Perancangan & Operasi, LONGI. Turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian itu ialah Sikh Shamsul Ibrahim, Pengarah Eksekutif, Bahagian Promosi Pelaburan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (“MIDA”), Dato’ Hasan Azhari Idris, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor dan Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Eric Chew, Pengarah Kumpulan, UMW Development Sdn. Bhd. berkata, “Kami berbesar hati mengalu-alukan LONGI ke UMW HVM Park, sebuah taman perindustrian utama yang diurus rapi dan bertaraf hijau. Pada masa ini, lebih kurang 84% daripada Zon Selatan telah diambil alih, dengan 40 buah syarikat yang komited untuk menyediakan operasi pembuatan mereka di taman itu. Kami juga bersedia untuk menyokong dari segi keperluan automasi mereka dengan bekerjasama rapat dengan syarikat dalam Kumpulan UMW untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang diperlukan.”

Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad menyatakan, “Kedatangan LONGI menyerlahkan lagi peningkatan terhadap bilangan syarikat pembuatan yang maju yang menubuhkan operasi di UMW HVM Park yang juga menempatkan UMW Aerospace – pembekal selongsong kipas Tier 1 kepada Rolls-Royce yang pertama di Malaysia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LONGI kerana memilih UMW HVM Park sebagai tapak pilihan untuk pengembangan perniagaan mereka, mungkin kerana lokasinya yang strategik dan kemudahan yang tersedia. Kami juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada MIDA, Invest Selangor dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor atas sokongan berterusan mereka terhadap UMW HVM Park.”

 

 

Click to show English Version