UMW HOLDINGS CONTRIBUTES RM1.3 MILLION TO FIGHT COVID-19 INCLUDING INTERNALLY PRODUCED PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) FOR HEALTHCARE FRONTLINERS

  UMW Holdings to contribute 3,000 boot covers, 15,000 disposable headscarves, 10,000 gowns and 10,000 face shields
  All PPEs are produced internally by the Group
  Total contribution of RM1.3 million in aid to combat the effects of COVID-19 on Malaysians

KUALA LUMPUR, 24 April 2020 – UMW Holdings Berhad has contributed essential Personal Protective Equipment (PPE) to be distributed to several Malaysian hospitals tasked with the screening and treatment of COVID-19 patients.

A total of 15,000 disposable headscarves, 10,000 gowns and 3,000 boot covers, all of which were produced internally at the Toyota Boshoku UMW manufacturing plant in Bukit Raja, Klang, will be distributed to hospitals, where PPE are essential in keeping healthcare workers safe. In order to distribute the PPE effectively, 7,000 disposable headscarves, 7,000 gowns and all boot covers will be delivered directly to the Ministry of Health, while the remaining 8,000 disposable headscarves and 3,000 gowns will be disbursed via NGOs such as the St John Ambulance of Malaysia.

Previously, on 15 April 2020, UMW Holdings had distributed 3,000 face shields to the Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM and Jabatan Kesihatan Kuantan, Pahang. The Group’s staff continues to produce the face shields internally in Shah Alam, targeting a total of 10,000 pieces.

UMW Holdings have also contributed blood pressure monitors, oximeters and stethoscopes to Hospital Sungai Buloh, besides previously collaborating with various reputable NGOs, such as MERCY Malaysia and Yayasan Food Bank Malaysia, to provide financial and livelihood support to various communities directly affected by the pandemic. Furthermore, UMW Holdings is part of the GLC Disaster Response Network, contributing ventilators and other vital medical equipment. In total, UMW Holdings Berhad has contributed RM1.3 million in aid to help fight the effects of COVID-19 on Malaysians.

UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim said, “The Group would like to reiterate our heartfelt gratitude to the Ministry of Health and all healthcare workers for the relentless fight against the COVID-19 pandemic. We understood that until the end of the pandemic battle, PPEs will be a constant necessity and had taken it upon us to internally produce the most needed items. As a responsible corporate citizen, we must and will do all we can to protect our nation’s heroes over the course of our fight against the deadly virus. Furthermore, as compassionate Malaysians, UMW is also extending assistance to at-risk communities such as the homeless, the differently-abled, stranded IPT students, welfare homes and families directly affected by the pandemic during these challenging times.”

Click to show Malay Version

 

 

UMW HOLDINGS MENYUMBANGKAN RM1.3 JUTA UNTUK MENGHADAPI COVID-19 TERMASUK PERALATAN PERLINDUNGAN PERIBADI (PPE) YANG DIHASILKAN SENDIRI OLEH KAKITANGAN UNTUK KEGUNAAN PETUGAS BARISAN HADAPAN

  UMW Holdings menyumbang 3,000 pelindung but, 15,000 tudung pakai buang, 10,000 gaun dan 10,000 pelindung muka
  Kesemua Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dihasilkan sendiri oleh kakitangan UMW Holdings Berhad
  Keseluruhan jumlah sumbangan bernilai RM1.3 juta diberikan untuk memerangi kesan COVID-19 terhadap rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 April 2020 – UMW Holdings Berhad telah menyumbang Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk diedarkan ke beberapa hospital di Malaysia yang ditugaskan untuk saringan dan rawatan pesakit COVID-19.

Sebanyak 15,000 tudung pakai buang, 10,000 gaun dan 3,000 pelindung kasut, semuanya dihasilkan sendiri oleh syarikat di kilang pembuatan Toyota Boshoku UMW di Bukit Raja, Klang, akan diedarkan ke hospital. PPE ini sangat penting untuk memastikan keselamatan pekerja kesihatan. Bagi memastikan pemberian PPE ini berkesan, 7,000 tudung pakai buang, 7,000 gaun dan semua penutup but akan dihantar terus ke Kementerian Kesihatan, sementara selebihnya 8,000 tudung pakai buang dan 3,000 gaun akan disalurkan melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti St John Ambulance Malaysia .

Sebelum itu, pada 15 April 2020, UMW Holdings telah mengedarkan 3,000 pelindung muka kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Jabatan Kesihatan Kuantan, Pahang. Kakitangan UMW Holdings sendiri yang menghasilkan pelindung muka di Shah Alam, dengan menyasarkan jumlah sebanyak 10,000 keping.

UMW Holdings juga telah menyumbang monitor tekanan darah, oksimeter dan stetoskop kepada Hospital Sungai Buloh, dan telah bekerjasama dengan pelbagai NGO ternama seperti MERCY Malaysia dan Yayasan Food Bank Malaysia untuk memberi sumbangan kewangan untuk kelangsungan hidup komuniti yang terkena wabak tersebut. Tambahan pula, UMW Holdings adalah sebahagian daripada Jaringan Bantuan Bencana GLC (GDRN), yang menyumbang ventilator dan peralatan perubatan penting yang lain. Secara keseluruhan, UMW Holdings Berhad telah menyumbang sebanyak RM1.3 juta untuk membantu memerangi kesan COVID-19 terhadap rakyat Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, "Kumpulan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan semua kakitangan kesihatan atas perjuangan berterusan melawan wabak COVID-19. Kami memahami bahawa sehingga perang melawan pandemik ini berakhir, Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) ialah sebuah keperluan dan kami akan tetap meneruskan penghasilan peralatan yang penting ini. Sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab, kita akan melakukan semua yang terdaya untuk melindungi barisan hadapan negara kita sepanjang perjuangan melawan virus yang membunuh ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, UMW juga menghulurkan bantuan kepada komuniti yang berisiko seperti gelandangan, pelajar IPT yang terperangkap di kampus, rumah kebajikan dan keluarga yang terjejas secara langsung oleh wabak dalam keadaan yang mencabar ini. "

 

 

Click to show English Version