UMW GROUP’S AUTOMOTIVE SALES SURGED BY 41% IN AUGUST 2022 WITH THE DELIVERY OF 35,130 UNITS

- UMW Toyota Motor registered 9,091 units in August 2022, the highest for the year

- Perodua registered 26,039 units in August 2022

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 – The UMW Group’s automotive sales surged by 41% month-on-month in August 2022 as for both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua registered improved sales. The Group delivered 35,130 units in August 2022 compared with 24,983 units registered in July 2022 as it continues to fulfil its encouraging outstanding order book. Consequently, for the first eight months of 2022, the UMW Group delivered a total of 233,367 units, 63% higher than the 143,018 units registered in the corresponding period of 2021 which was affected by the implementation of the Full Movement Control Order (“FMCO”) from 1 June to 15 August 2021.

UMWT achieved its highest sales for 2022 with the delivery of 9,091 units in August 2022, a 37% increase compared with 6,637 units registered in July 2022. UMWT continues to give exciting offers for the purchase of selected Toyota Vios and Yaris variants until the end of September as part of its Merdeka and Malaysia day campaigns. Year-to-date August 2022, UMWT registered 61,639 units, 62% higher than the 38,085 units registered in the corresponding period of 2021. Since the commencement of order-taking for the all-new Toyota Veloz on 24 June 2022, UMWT has received encouraging response with approximately 5,200 bookings for the model which will be launched soon.

Perodua’s sales grew by 42% to 26,039 units in August 2022 compared with 18,346 units registered in July 2022 due to the improvement in the supply chain. Perodua Bezza, Myvi and Axia were the best-selling models, contributing 69% to the total sales. For the first eight months of 2022, Perodua registered 171,728 units, a strong 64% growth compared with the 104,933 units registered in the corresponding period of 2021. As of 2 September, the recently launched all-new Perodua Alza had garnered over 51,000 bookings, with 7,682 units delivered up to August 2022.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the strong sales registered by both UMWT and Perodua in August 2022 as production volume improved. With the encouraging number of bookings due to the improving demand, both UMWT and Perodua will continue to ramp-up production to deliver the cars. We are confident of achieving our sales targets for the year based on the encouraging bookings as well as the easing of the semiconductor chips shortage and improving supply chain. We would like to express our appreciation and thank you to our customers for their support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

JUALAN AUTOMOTIF KUMPULAN UMW MENINGKAT 41% PADA BULAN OGOS 2022 DENGAN CATATAN JUALAN SEBANYAK 35,130 UNIT

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 9,091 unit pada bulan Ogos 2022, bilangan tertinggi bagi tahun ini

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 26,039 unit pada Ogos 2022

KUALA LUMPUR, 14 September 2022 – Jualan automotif bagi Kumpulan UMW melonjak sebanyak 41% pada bulan pada Ogos 2022 berbanding bulan sebelumnya dimana kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua mencatatkan jualan yang baik. Kumpulan telah mencatatkan jualan sebanyak 35,130 unit pada bulan Ogos 2022 berbanding 24,983 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2022, di mana ia terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang memberangsangkan. Dengan itu, bagi lapan bulan pertama tahun 2022, Kumpulan UMW telah mencatatkan jualan sebanyak 233,367 unit, 63% lebih tinggi daripada 143,018 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021 yang terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) yang bermula pada 1 Jun hingga 15 Ogos 2021.

UMWT mencapai jualan tertinggi bagi tahun 2022 dengan pencatatan jualan sebanyak 9,091 unit pada bulan Ogos 2022, peningkatan sebanyak 37% berbanding 6,637 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2022. UMWT terus mempromosikan tawaran yang menarik untuk setiap pembelian varian Toyota Vios dan Yaris terpilih sehingga akhir bulan September sebagai sebahagian daripada kempen Merdeka dan hari Malaysia. Bagi lapan bulan pertama tahun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 61,639 unit, 62% lebih tinggi daripada 38,085 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Sejak pengambilan pesanan untuk Toyota Veloz serba baharu bermula pada 24 Jun 2022, UMWT telah mendapat sambutan yang menggalakkan, dan telah mencapai tempahan sebanyak 5,200 unit untuk model yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini.

Jualan Perodua meningkat sebanyak 42% kepada 26,039 unit pada bulan Ogos 2022 berbanding 18,346 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2022 berikutan peningkatan dalam rantaian bekalan. Perodua Bezza, Myvi dan Axia adalah antara model terlaris yang menyumbang hampir 69% daripada jumlah jualannya. Bagi lapan bulan pertama 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 171,728 unit, peningkatan kukuh sebanyak 64% berbanding 104,933 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Sehingga 2 September, Perodua Alza serba baharu yang dilancarkan baru-baru ini telah memperoleh lebih 51,000 tempahan, dengan catatan jualan sebanyak 7,682 unit sehingga bulan Ogos 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan yang mengggalakkan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada Ogos 2022 dengan peningkatan dalam jumlah pengeluaran. Dengan jumlah pesanan yang menggalakkan disebabkan permintaan yang tinggi, kedua-dua UMWT dan Perodua akan terus meningkatkan tahap pengeluaran kenderaan. Kami yakin dapat mencapai sasaran jualan untuk tahun ini berikutan jumlah pesanan yang memberangsangkan, ditambah pula dengan peningkatan yang baik terhadap rantaian bekalan dan cip semikonduktor. Kami sangat menghargai dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version