MAJLIS EKSPRESI ALAM DAN SENI ANJURAN KUMPULAN UMW MEMFOKUSKAN PEMBANGUNAN LESTARI DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR MELALUI PUISI DAN KARYA KREATIF

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2021 – Kumpulan UMW menganjurkan Majlis Ekspresi Alam dan Seni, yang merupakan salah satu program pengisian seni sastera bertujuan bagi menyemai kesedaran dan kecintaan terhadap kelestarian serta pemeliharaan alam sekitar oleh warga UMW dan pelajar-pelajar sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Program ini merupakan salah satu inisiatif sosial korporat yang merangkumi beberapa kerangka kelestarian Kumpulan UMW yang mementingkan pemerkasaan komuniti dan kesedaran mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Pada masa yang sama, Kumpulan UMW juga percaya bahawa seni dan budaya mempunyai peranan yang besar untuk membentuk sikap masyarakat untuk menjadi lebih prihatin terhadap alam sekitar dan untuk terus berdaya maju terutamanya golongan muda.

Program ini turut merupakan salah satu medium komunikasi untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan semua peringkat masyarakat. Sayembara Penulisan Kreatif & Deklamasi Puisi yang bertemakan alam adalah salah satu komponen dalam menjayakan program ini yang bertujuan untuk mencungkil bakat, bukan sahaja di kalangan kakitangan UMW, malah di kalangan pelajar sekolah di seluruh Malaysia, dalam bidang penulisan dan deklamator. Juara Sayembara Deklamasi Puisi Alam UMW, bagi semua peringkat, turut dijemput untuk menzahirkan penghayatan mereka terhadap kelestarian alam sekitar melalui pendeklamasian puisi.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menyambut baik usaha Kumpulan UMW sebagai sebuah syarikat korporat dalam menganjurkan majlis seumpama ini bagi melestarikan seni puisi sebagai khazanah seni yang perlu dipelihara dan diangkat nilainya agar ia terus kekal relevan. Demi memartabatkan kedudukan seni puisi ini, peranan dan usaha di kalangan masyarakat perlu digalas secara kolektif. Tambah beliau, tema majlis yang berunsurkan alam sekitar ini amat bertepatan dengan misi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (“MOTAC”) sebagai sebuah kementerian yang memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan.

Di antara dif-dif kehormat yang turut hadir untuk menyerikan majlis adalah Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Kumpulan UMW merangkap Penaung Kelab Kreatif UMW, Dato’ Seri Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan UMW, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, barisan Sasterawan Negara, Pegawai Kanan MOTAC dan pemimpin persatuan dan penggiat seni sastera dan puisi tanah air.

Selain dimeriahkan dengan persembahan muzik tradisional serta tarian alam oleh Kumpulan Warisan Budaya, majlis ini turut diserikan dengan pendeklamasian puisi yang bertemakan alam oleh Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Dato’ Seri Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan teromba oleh Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup.

Sempena majlis tersebut, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah melancarkan dua buah buku, iaitu Buku Kumpulan Puisi Terpendam Makna, hasil karya Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Buku Kumpulan Puisi Denai: Tersangkar Menuju Sungai hasil nukilan Dato' Seri Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, puisi merupakan satu cabang kesenian yang dapat mengasah ketajaman pemikiran dan ianya perlu diberi kedudukan yang sewajarnya agar lebih dikenali dan diminati oleh generasi baru.

Tambahnya lagi, “Dalam dinamika persekitaran yang pelbagai bentuk dan cukup disruptif, pengamatan dan penghayatan seni puisi dapat menemukan pelbagai penyelesaian bernas kepada masalah yang dihadapi oleh para pemimpin termasuklah dari dunia korporat”.

Click to show Malay Version

Click to show English Version