UMW LAUNCHED HYBRID CLOUD SOLUTIONS IN COLLABORATION WITH TM ONE

KUALA LUMPUR, 20 February 2023 – UMW Group’s Hybrid Cloud Solutions, a collaboration with TM One was officially launched recently. Back in September 2022, UMW IT Services Sdn. Bhd, a wholly owned subsidiary of the UMW Group and TM One, the enterprise and public sector arm of Telekom Malaysia Berhad (“TM”) had formally signed an agreement to establish a collaboration on hybrid cloud solutions.

The launch of Hybrid Cloud marks a step forward in the UMW Group’s digital transformation, through consolidation and improvement of its current data centre architecture. Furthermore, it complements the modernisation process of the Group’s various applications and supports its efforts to improve operations across its Strategic Business Units.

The Go-live event were jointly launched by Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, President & Group Chief Executive Officer, UMW Holdings Berhad and Dato’ Imri Mokhtar, Group Chief Executive Officer, TM, alongside senior management from both organisations.

Dato’ Ahmad Fuaad Kenali remarked, “Digital transformation is critical for Malaysian businesses to maintain and sustain competitiveness, particularly those involved in manufacturing activities like UMW and is essential to the country’s growth. This Hybrid Cloud initiative is pivotal to the UMW Group’s digital transformation journey, as it provides a solid foundation for further advancement of UMW’s IT and digital capabilities and is in line with our CREST@2021 strategic framework aspirations.”

“Hybrid Cloud enables the UMW Group to tap onto TM One’s innovative solutions, to optimise efficiency in managing data - enhancing security, reliability, scalability as well as offer better cost management. In addition, hybrid cloud offers the UMW Group better flexibility, reliability, agility and improved data security to support the growth of our businesses,” he added.

Moving forward, the UMW Group will continue to leverage on TM One’s digital expertise on its ongoing IR 4.0 initiatives, including OEE Smart Manufacturing and Intra-Logistics Smart Inventory to improve operational efficiency, reduce cost and enhance worker safety. Furthermore, the UMW Group is also working with TM One on fiberisation and 5G network at the UMW High Value Manufacturing Park in Serendah, in line with the current and future business requirement for high-speed connectivity to accommodate automation and Big Data analytics in their operations.

Looking further ahead, UMW believes that there is great potential for technologies such as artificial intelligence, IoT and others to be developed and applied into new innovative and sustainable solutions in the mobility as well as the manufacturing domains. Hence, the UMW Group will continue to explore relevant opportunities that it can work together with TM One in this space.

Click to show Malay Version

 

 

UMW MELANCARKAN PERKHIDMATAN YANG BERASASKAN PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD) HIBRID DENGAN KERJASAMA TM ONE

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Pengkomputeran awan (cloud) hibrid Kumpulan UMW, dengan kerjasama TM One, telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini. Pada September 2022, UMW IT Services Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW dan TM One, cabang perusahaan dan sektor awam Telekom Malaysia Berhad (“TM”) secara rasmi menandatangani perjanjian untuk mewujudkan kerjasama dalam perkhidmatan berasaskan pengkomputeran awan (“cloud”) hibrid.

Pelancaran Cloud Hibrid membuktikan kemajuan dalam bidang transformasi digital Kumpulan UMW, melalui penggabungan dan penambahbaikan seni bina pusat data semasanya. Selain itu, ia juga melengkapkan proses pemodenan pelbagai aplikasi dan menyokong usaha Kumpulan untuk menambahbaik operasinya di seluruh Unit Perniagaan Strategiknya.

Majlis pelancaran secara langsung itu dirasmikan oleh Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad dan Dato’ Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, bersama pihak pengurusan kanan kedua-dua buah organisasi.

Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Transformasi digital adalah penting bagi perniagaan di Malaysia untuk kekal kukuh dan berdaya saing, terutamanya dalam bidang pembuatan seperti UMW dan ia juga penting untuk pertumbuhan negara. Inisiatif Cloud hibrid juga penting terhadap usaha transformasi digital Kumpulan UMW, kerana ia merupakan asas yang kukuh untuk memajukan keupayaan IT dan digital UMW dan ia selaras dengan aspirasi rangka kerja strategik CREST@2021 kami.”

“Cloud hibrid membolehkan Kumpulan UMW memanfaatkan perkhidmatan inovatif TM One, untuk mengoptimumkan kecekapan dalam pengurusan data - meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan, kebolehskalaan serta menawarkan pengurusan kos yang lebih baik. Selain itu, cloud hibrid menawarkan fleksibiliti, kebolehpercayaan, kepantasan dan keselamatan data yang lebih baik kepada Kumpulan UMW untuk menyokong pertumbuhan perniagaan kami,” tambahnya.

Kumpulan UMW akan terus memanfaatkan kepakaran digital TM One dalam inisiatif IR 4.0, termasuk OEE Smart Manufacturing and Intra-Logistics Smart Inventory, yang akan meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan meningkatkan keselamatan pekerja. Tambahan pula, Kumpulan UMW juga sedang bekerjasama dengan TM One dalam penyambungan gentian dan rangkaian 5G di UMW High Value Manufacturing Park di Serendah, selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan untuk penyambungan berkelajuan tinggi bagi menampung automasi dan analisis Big Data dalam operasi.

Dengan ini, UMW percaya bahawa terdapat potensi besar untuk teknologi seperti pembuatan pintar, perkara berkaitan internet dan lain-lain untuk dibangunkan dan digunakan ke dalam perkhidmatan inovatif baharu dan mampan dalam mobiliti serta pusat pembuatan. Oleh itu, Kumpulan UMW akan terus meneroka peluang yang relevan di mana ia boleh bekerjasama dengan TM One.

 

 

Click to show English Version