UMW Latih 20 Orang Perintis Sistem Latihan Dual Nasional

SHAH ALAM, 4 Disember 2014 – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ybhg Dato’Sri Haji Ismail Bin Haji Abd Muttalib menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 kepada seramai 20 perintis yang terpilih untuk menyertai program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Auditorium UMW Corporation Sdn Bhd di sini hari ini.

Program SLDN ialah satu tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasama di antara UMW Corporation Sdn Bhd dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Objektif utama program ini adalah untuk memberikan latihan vokasional kepada belia-belia yang keciciran di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini bermula pada 1 April 2014 hingga 30 September 2014 dalam bidang Jentera Tolak Tanah. Belia yang terpilih dilatih di UMW Technical Akademy (UTAc) yang ditubuhkan pada tahun 2013 untuk menjalankan program SLDN ini.

UMW menyokong penuh usaha Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan “Upward Mobility Scheme” (UMS) kerana ia menekankan kepada pembinaan keupayaan melalui pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti tinggi.

 

 

 

 

Click to show English Version