UMW HOLDINGS’ PATAMI SURGES BY 27% TO RM101 MILLION IN THE FIRST QUARTER OF 2022

- Group revenue increased by 24%.

KUALA LUMPUR, 24 May 2022 – UMW Holdings Berhad’s (“Group”) profit after taxation and minority interests (“PATAMI”) surged by 26.8% to RM101.2 million for the first quarter ended 31 March 2022 (“Q1 2022”), compared with the RM79.8 million registered in the corresponding quarter ended 31 March 2021 (“corresponding quarter”), mainly attributed to the increase in revenue of 23.6% to RM3,650.8 million. The improved performance is attributed to the strong contribution from its Automotive and Equipment segments as demand improved following the economic recovery under the National Recovery Plan (“NRP”).

Automotive segment
The Automotive segment’s revenue for Q1 2022 grew by 28.1% to RM3,070.2 million compared with the corresponding quarter, supported by the higher number of vehicles sold which was driven by the sales tax exemption as well as the introduction of new models. In line with the higher revenue and higher share of profit from an associated company, the segment’s profit before taxation and zakat (“PBTZ”) soared by 41.4% to RM205.8 million. As Malaysia transitions to the endemic phase of Covid-19, demand for vehicles is expected to improve progressively. The Malaysian Automotive Association (“MAA”) projected the total industry volume (“TIV”) to increase by 18% to 600,000 units in 2022 mainly driven by the extension of sales tax exemption until 30 June 2022 and the improving consumer confidence. The introduction of all-new and facelift models, coupled with sales promotion campaigns, are expected to drive sales and contribute positively to the Group in 2022.

Equipment segment
The Equipment segment’s revenue increased by 11.8% to RM371.8 million in Q1 2022 mainly due to the higher demand for the segment’s products and services in the local and overseas markets as businesses are gaining momentum due to the expected transition to the endemic phase. The higher revenue, coupled with cost optimisation initiatives, resulted in the segment’s PBTZ to surge by 44.8% to RM31.8 million for Q1 2022. Business activities are expected to gradually recover in line with the projected economic growth in 2022. The Heavy Equipment sub-segment stands to benefit from the increase in construction activities, as infrastructure spending picks up. The high commodity prices could also potentially increase the demand for heavy equipment. Meanwhile, the Industrial Equipment sub-segment will continue to focus on growth sectors, while it continues to expand its forklift refurbishment business.

Manufacturing & Engineering (“M&E”) and Aerospace segments
While revenue declined marginally to RM227.1 million in Q1 2022 for the M&E segment, PBTZ improved by 26.9% to RM10.6 million, mainly due to lower operating costs. Going forward, the projected strong growth in TIV and a higher global demand for vehicles augur well for the segment.
The Auto Components sub-segment is expected to benefit from the rebound of the original equipment (“OE”) and replacement equipment (“RE”) markets to pre-Covid-19 levels. The Lubricants sub-segment will be increasing its production capacity to expand its footprint in the industrial lubricant sector both locally and regionally.
The Aerospace sub-segment expects demand for fan cases to improve with the resumption of international air travel. It is also continuously exploring opportunities to improve its plant utilisation and diversify its manufacturing capabilities in line with its products and customer diversification strategy.

Overall prospect
UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are encouraged by the Group’s results in the first quarter of 2022 despite the challenging business environment. The transition to the endemic phase of Covid-19 is expected to intensify economic activities locally and globally, as restrictions are further eased, and international borders reopen. Consistent with Bank Negara Malaysia’s higher GDP forecast of between 5.3% and 6.3% for Malaysia in 2022, the Group anticipates its performance for 2022 to be satisfactory. Nevertheless, the Group remains cautious of the various external headwinds, including the lingering threat of Covid-19, the persistent and prolonged supply chain disruptions, as well as the impact of further escalation of geopolitical conflicts. In view of the headwinds, the Group will continue to execute its strategic initiatives focusing on driving operational efficiencies and undertaking cost optimisation activities to improve its resilience.”

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMEGANG SAHAM (“PATAMI”) BAGI UMW HOLDINGS MENINGKAT SEBANYAK 27% KEPADA RM101 JUTA PADA SUKU PERTAMA TAHUN 2022

- Hasil perniagaan kumpulan meningkat sebanyak 24%

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2022 – Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (“PATAMI”) UMW Holdings Berhad (“Kumpulan”) meningkat sebanyak 26.8% kepada RM101.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 (“S1 2022”), berbanding RM79.8 juta yang dicatatkan pada suku yang sama berakhir 31 Mac 2021 (“suku yang sepadan”), didorong oleh peningkatan hasil perniagaan sebanyak 23.6% kepada RM3,650.8 juta. Prestasi yang menggalakkan itu disokong oleh sumbangan yang baik daripada segmen Automotif dan Jentera dengan permintaan bertambah baik berikutan pemulihan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Nasional (“NRP”).

Segmen automotif
Hasil perniagaan bagi suku pertama (S1 2022) segmen Automotif meningkat sebanyak 28.1% kepada RM3,070.2 juta berbanding suku yang sama, disokong oleh bilangan jualan kenderaan yang lebih tinggi yang dipacu oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu. Selaras dengan hasil perniagaan dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat berkaitan, keuntungan sebelum cukai dan zakat (“PBTZ”) bagi segmen tersebut melonjak sebanyak 41.4% kepada RM205.8 juta. Ketika Malaysia beralih ke fasa endemik Covid-19, permintaan terhadap kenderaan dijangka akan meningkat secara progresif. Persatuan Automotif Malaysia (“MAA”) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (“TIV”) meningkat sebanyak 18% kepada 600,000 unit pada 2022 dan didorong oleh perlanjutan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022 dan keyakinan pengguna yang semakin baik. Pengenalan model baharu dan kemaskini, diikuti dengan kempen mempromosi jualan, dijangka akan memacu jualan dan menyumbang secara positif kepada Kumpulan pada 2022.

Segmen Jentera
Hasil perniagaan bagi segmen Jentera meningkat sebanyak 11.8% kepada RM371.8 juta pada S1 2022, didorong oleh permintaan yang lebih tinggi terhadap produk dan perkhidmatan segmen itu di pasaran tempatan dan luar negara memandangkan momentum perniagaan meningkat berikutan jangkaan peralihan ke fasa endemik. PBTZ segmen itu melonjak sebanyak 44.8% kepada RM31.8 juta bagi S1 2022 disebabkan oleh hasil perniagaan yang lebih tinggi, diikuti dengan inisiatif pengoptimuman kos. Aktiviti perniagaan dijangka pulih secara beransur-ansur sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2022. Sub-segmen Jentera Berat mendapat manfaat daripada peningkatan dalam aktiviti pembinaan oleh kerana perbelanjaan infrastruktur turut meningkat. Harga komoditi yang tinggi juga berpotensi meningkatkan permintaan terhadap jentera berat. Sementara itu, subsegmen Jentera Perindustrian akan terus memberikan tumpuan kepada sektor pertumbuhan, disamping meningkatkan perniagaan baik pulih forkliftnya.

Pembuatan & Kejuruteraan (“M&E”) dan segmen Aeroangkasa
M&E, PBTZ meningkat sebanyak 26.9% kepada RM10.6 juta, yang disebabkan oleh kos operasi yang lebih rendah. Pengunjuran kukuh dalam TIV dan permintaan global yang lebih tinggi terhadap kenderaan memberikan petanda baik bagi segmen itu.
Subsegmen Komponen Auto dijangka mendapat manfaat daripada pasaran peralatan asal (“OE”) dan peralatan gantian (“RE”) yang kembali pulih seperti sebelum dilanda Covid-19. Subsegmen Minyak Pelincir akan meningkatkan kapasiti pengeluarannya untuk mengembangkan perniagaannya dalam sektor pelincir perindustrian di peringkat tempatan dan antarbangsa.
Subsegmen Aeroangkasa menjangkakan permintaan yang baik bagi selongsong kipas dengan pembukaan semula perjalanan udara antarabangsa. Ia juga akan terus meneroka peluang untuk meningkatkan penggunaan kilangnya dan mempelbagaikan keupayaan pembuatannya sejajar dengan kepelbagaian produk dan strategi pelanggannya.

Prospek keseluruhan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berasa yakin dengan keputusan bagi suku pertama 2022 Kumpulan walaupun dalam persekitaran perniagaan yang mencabar. Peralihan kepada fasa endemik Covid-19 dijangka akan mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan global, dengan sekatan yang semakin dilonggarkan, serta pembukaan semula sempadan antarabangsa. Selaras dengan unjuran KDNK Bank Negara Malaysia yang lebih tinggi antara 5.3% dan 6.3% untuk Malaysia pada 2022, Kumpulan menjangkakan prestasinya untuk 2022 akan lebih memuaskan. Namun begitu, Kumpulan tetap akan bersiap sedia dengan pelbagai halangan luaran, termasuk ancaman Covid-19 yang berlarutan, gangguan rantaian bekalan yang berterusan dan berpanjangan, serta kesan dan akibat terhadap peningkatan konflik geopolitik. Kumpulan akan terus melaksanakan inisiatif strategiknya untuk memberikan tumpuan dalam memacu kecekapan operasi dan menjalankan aktiviti pengoptimuman kos untuk meningkatkan daya tahannya."

 

 

Click to show English Version