UMW HOLDINGS’ AUTOMOTIVE AND MANUFACTURING & ENGINEERING SEGMENTS ACHIEVE HIGHER SALES AND SATISFACTORY PERFORMANCE IN 2Q19

 Automotive segment’s profit before taxation (PBT) grew 6.1%
 Manufacturing & Engineering (M&E) segment’s PBT rose more than 100%

KUALA LUMPUR, 27 August 2019 – The Automotive and Manufacturing & Engineering (M&E) segments of UMW Holdings Berhad recorded satisfactory performance in the second quarter ended 30 June 2019; with higher sales of vehicles and auto components, as well as higher number of fan cases delivered. UMW Holdings Berhad’s revenue from Continuing Operations increased by 1.6% year-on-year to RM2,966.0 million. Excluding the corresponding quarter’s reversal of provisions, this quarter’s PBT of RM179.1m was higher than the PBT of RM110.7 million in the corresponding quarter. The Group registered consolidated net profit of RM84.2 million for the second quarter of 2019.

UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim said, “Our second quarter operational results have been encouraging and we are confident that the Group will continue to deliver value to our shareholders with the strategic initiatives we have in place. Furthermore, we are actively enhancing our operational efficiencies through cost optimisation initiatives and better business synergies. Our highly-efficient and productive new Bukit Raja automotive assembly plant, coupled with higher local content in the Toyota Vios and Yaris models produced, have improved our margins in the competitive automotive segment. We are aggressively expanding our rental business in the Industrial Equipment segment where we currently manage a fleet of more than 9,000 units in the region. Meanwhile, the outlook for the M&E segment remains healthy as we continue to ramp-up production of fan cases for Rolls-Royce, whilst the demand for automotive components and lubricants continue to be on the rise with higher sales of new vehicles.”

The Automotive segment’s PBT increased by 6.1% to RM151.1 million, driven by higher sales and higher share of profit from an associated company. The segment’s revenue of RM2,386.4 million was higher than corresponding quarter’s revenue of RM2,383.7 million. The segment’s sales outlook is projected to be stable with a line-up of competitively-priced new models and the recent reduction in banks’ base lending rates.

The M&E segment’s revenue of RM244.5 million was 37.1% higher than the RM178.3 million reported in the corresponding quarter, driven by higher number of fan cases delivered by the Aerospace business and higher sales of other major products in the current quarter. Following the increase in revenue, the segment recorded a PBT of RM13.2 million as opposed to a loss before tax of RM0.5 million in the corresponding quarter. Strong demand for auto components and lubricants is expected to contribute positively to the segment whilst production and delivery of fan cases are also expected to increase in 2019.

In the second quarter of 2019, the Equipment segment’s revenue declined by 6.1% to RM343.6 million, primarily due to lower revenue from the Heavy Equipment business. Subsequently, PBT narrowed by 6.2% to RM35.5 million. However, revival of major infrastructure projects by the Malaysian Government is anticipated to boost demand for heavy machineries while the Industrial Equipment business is projected to continue performing well, especially in the rental market. Moreover, expansion in high-growth overseas market as well as better operational efficiency measures should cushion the impact of rising competition.

UMW Holdings Berhad’s Discontinued Operations recorded significantly lower loss before taxation of RM1.8 million compared to loss before taxation of RM138.5 million in the second quarter of 2018, following divestments made over the last 12 months.

Click to show Malay Version

 

 

SEGMEN AUTOMOTIF DAN PEMBUATAN & KEJURUTERAAN (M&E) UMW HOLDINGS MENCATAT JUALAN LEBIH TINGGI DAN PRESTASI MEMUASKAN BAGI 2Q19

 Keuntungan sebelum cukai (PBT) daripada segmen Automotif bertambah sebanyak 6.1%
 Keuntungan sebelum cukai (PBT) daripada segmen Pembuatan & Kejuruteraan melonjak lebih dari 100%

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2019– Segmen Automotif dan Pembuatan & Kejuruteraan (M&E) UMW Holdings Berhad mencatatkan prestasi memuaskan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2019; dengan jualan kenderaan dan komponen auto serta penghantaran bilangan selongsong kipas yang lebih tinggi. Pendapatan UMW Holdings Berhad dari Operasi Berterusan meningkat sebanyak 1.6% tahun ke tahun kepada RM2,966.0 juta. Tanpa mengambil kira pembalikan peruntukan bagi suku yang sama tahun lalu, PBT suku tahun ini sebanyak RM179.1 juta adalah lebih tinggi berbanding PBT sebanyak RM110.7 juta pada suku yang sama pada tahun 2018. Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM84.2 juta bagi suku kedua 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, "Keputusan operasi bagi suku kedua adalah menggalakkan dan kami yakin Kumpulan akan terus memberikan nilai kepada pemegang saham melalui perlaksanaan inisiatif strategik yang sedia ada. Kami akan terus meningkatkan kecekapan operasi melalui inisiatif pengoptimuman kos dan sinergi perniagaan yang lebih baik. Kilang pemasangan automotif baru Bukit Raja yang sangat cekap dan produktif, ditambah dengan kandungan tempatan yang lebih tinggi dalam model Toyota Vios dan Yaris yang dihasilkan, telah meningkatkan margin dalam segmen Automotif yang kompetitif. Kami juga giat memperluas perniagaan sewa dalam segmen Jentera Industri di mana kami kini menguruskan perkhidmatan sewaan lebih daripada 9,000 unit jentera di rantau ini. Sementara itu, prospek segmen M&E dijangka terus kukuh memandangkan kami akan terus meningkatkan pengeluaran selongsong kipas untuk Rolls-Royce, sementara permintaan untuk komponen automotif dan pelincir dijangka terus meningkat berikutan jualan kenderaan baru yang lebih tinggi.”

PBT bagi segmen Automotif meningkat sebanyak 6.1% kepada RM151.1 juta, didorong oleh jualan yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu. Pendapatan bagi segmen sebanyak RM2,386.4 juta adalah lebih tinggi daripada pendapatan pada suku yang sama tahun lalu sebanyak RM2,383.7 juta. Prospek jualan segmen Automotif dijangka stabil dengan adanya model baru dengan harga kompetitif dan pengurangan kadar pinjaman asas bank yang dilaksanakan baru-baru ini.

Pendapatan segmen M&E sebanyak RM244.5 juta adalah 37.1% lebih tinggi daripada RM178.3 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun sebelumnya, disumbangkan oleh penghantaran selongsong kipas dalam jumlah yang lebih tinggi melalui perniagaan Aeroangkasa dan jualan produk utama lain yang lebih tinggi. Berikutan peningkatan dalam pendapatan, segmen ini mengembalikan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM13.2 juta pada suku ini berbanding kerugian RM0.5 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun lalu. Permintaan tinggi untuk komponen auto dan pelincir dijangka menyumbang secara positif kepada segmen ini, manakala pengeluaran dan penghantaran bilangan selongsong kipas juga dijangka meningkat pada 2019.

Pada suku kedua 2019, pendapatan segmen Jentera menurun sebanyak 6.1% kepada RM343.6 juta, terutamanya disebabkan pendapatan lebih rendah dalam perniagaan Jentera Berat. Seterusnya, PBT menurun sebanyak 6.2% kepada RM35.5 juta. Walau bagaimanapun, kebangkitan projek infrastruktur utama oleh Kerajaan Malaysia dijangka akan meningkatkan permintaan bagi mesin berat, sementara perniagaan Jentera Industri dijangka terus berkembang dengan baik, terutama dalam pasaran sewa. Tambahan pula, pasaran luar negara yang semakin berkembang serta kecekapan operasi yang lebih baik dijangka bakal mengurangkan kesan persaingan yang semakin meningkat.

Operasi yang Diberhentikan UMW Holdings Berhad mecatatkan kerugian sebelum cukai yang jauh lebih rendah sebanyak RM1.8 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM138.5 juta pada suku kedua 2018, berikutan pelupusan yang dibuat sejak 12 bulan lepas.

 

 

Click to show English Version