UMW GROUP’S AUTOMOTIVE SALES SURGES BY 48% IN MARCH 2022 WITH DELIVERY OF 35,246 VEHICLES

- UMW Toyota Motor registered higher sales of 8,487 units in March 2022

- Perodua’s sales increased to 26,759 units in March 2022

KUALA LUMPUR, 13 April 2022 – The UMW Group’s automotive sales continued to improve in March 2022 as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered higher automotive sales compared with the previous month. The Group delivered 35,246 units in March 2022, 48% higher than the 23,853 units sold in February 2022, as it continued to ramp-up production to fulfil its encouraging outstanding order book.

UMWT’s sales surged by 32% to 8,487 units in March 2022 compared with the 6,432 units registered in the preceding month. In the first quarter of 2022, UMWT sold 22,447 units, 31% higher than the 17,151 units sold in the corresponding period of 2021. The top-selling models in the first quarter of this year were the Hilux, Vios, Corolla Cross and Yaris. In its efforts to further strengthen the Toyota brand in Malaysia, UMWT had recently launched Season 5 of the Toyota GAZOO Racing Festival in March 2022.

Meanwhile, Perodua’s sales increased to 26,759 units in March 2022, 54% higher than the 17,421 units registered in the previous month. In the first quarter of 2022, Perodua sold 61,624 units, 6% higher than the 57,909 units registered in the same period of 2021. As a result, Perodua has achieved 25% of its sales target for the year of 247,800 units. Its top-selling models for the first quarter of the year were the recently facelifted Myvi, followed by the Axia and Bezza. While the Covid-19 pandemic and component supply issues continue to linger, Perodua is working closely with its suppliers and dealers to minimise the impact to its customers.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the improved sales registered by both UMWT and Perodua in March 2022, supported by the strong order book. Both companies are on track to achieve their sales target for the year, and are ramping-up production based on the available capacity to expedite the delivery of vehicles to our customers. Furthermore, both companies plan to introduce several all-new and facelift models this year to drive sales and achieve their targets. We wish to express our appreciation to our customers for their strong support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

JUALAN AUTOMOTIF KUMPULAN UMW MENINGKAT SEBANYAK 48% PADA BULAN MAC 2022 DENGAN PENDAFTARAN JUALAN SEBANYAK 35,246 UNIT

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan lebih tinggi sebanyak 8,487 unit pada bulan Mac 2022

- Jualan kenderaan oleh Perodua meningkat kepada 26,759 unit pada bulan Mac 2022

KUALA LUMPUR, 13 April 2022 – Jualan automotif Kumpulan UMW terus menunjukan peningkatan pada bulan Mac 2022 apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan automotif yang lebih baik berbanding dengan bulan sebelumnya. Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 35,246 unit pada bulan Mac 2022, 48% lebih tinggi daripada 23,853 unit yang didaftarkan pada bulan Februari 2022, dimana kadar pengeluaran terus dipertingkatkan bagi memenuhi buku pesanan tertunggak yang menggalakkan.

Jualan UMWT melonjak kepada 32% kepada 8,487 unit pada Mac 2022 berbanding 6,432 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Bagi suku pertama 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 22,447 unit, 31% lebih tinggi daripada 17,151 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021. Model paling laris pada suku pertama tahun ini ialah Hilux, Vios, Corolla Cross dan Yaris. Dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi jenama Toyota di Malaysia, baru-baru ini UMWT telah melancarkan Festival Toyota GAZOO Racing Musim ke-5 pada bulan Mac 2022.

Sementara itu, jualan Perodua meningkat kepada 26,759 unit pada Mac 2022, 54% lebih tinggi daripada 17,421 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Pada suku pertama 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 61,624 unit, 6% lebih tinggi daripada 57,909 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama 2021. Hasilnya, Perodua telah mencapai 25% daripada sasaran jualan tahunannya iaitu 247,800 unit bagi tahun ini. Model terlaris bagi suku pertama adalah Myvi yang telah diubahsuai baru-baru ini, diikuti oleh Axia dan Bezza. Oleh kerana pandemik Covid-19 dan isu bekalan komponen masih berlarutan, Perodua gigih bekerjasama dengan pembekal dan pengedarnya untuk meminimumkan kesan yang dialami oleh pelanggannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan peningkatan terhadap jualan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada Mac 2022, disokong oleh buku pesanan yang kukuh. Kedua-dua syarikat berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran jualan mereka untuk tahun ini, dan meningkatkan tahap pengeluaran berdasarkan kepada kapasiti yang sedia ada bagi mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada pelanggan kami. Tambahan pula, kedua-dua syarikat ini merancang untuk memperkenalkan beberapa model serba baharu dan kemaskini pada tahun ini untuk memacu jualan dan mencapai sasaran jualan mereka. Kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kami kepada pelanggan di atas sokongan padu mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version