UMW GROUP REGISTERED HEALTHY AUTOMOTIVE SALES, DELIVERED 24,983 UNITS IN JULY 2022

- UMW Toyota Motor registered 6,637 units in July 2022

- Perodua registered 18,346 units in July 2022

KUALA LUMPUR, 15 August 2022 – The UMW Group’s automotive sales momentum continued in July 2022 as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered healthy sales. The Group delivered 24,983 units in July 2022 compared with 2,105 units registered in July 2021. Sales in July 2021 was affected by the implementation of the Full Movement Control Order (“FMCO”) from 1 June to 15 August 2021. For the first seven months of 2022, the UMW Group delivered a total of 198,237 units, 48% higher than the 133,506 units registered in the corresponding period of 2021.

UMWT registered sales of 6,637 units in July 2022 compared with 1,450 units a year ago. The FMCO affected sales in July 2021. Year-to-date July 2022, UMWT registered 52,548 units, 48% higher than the 35,561 units registered in the corresponding period of 2021. To refresh its model line-up, on 24 June 2022, UMWT has started order taking for the all-new Toyota Veloz, which will be launched soon. To further strengthen its order book, UMWT is offering special promotions for the purchase of the Vios and Yaris as part of its August sales campaign.

Meanwhile, Perodua registered sales of 18,346 units in July 2022, significantly higher than the 655 units registered in July 2021. The lower sales in July 2021 was due to the FMCO. For the first seven months of 2022, Perodua registered 145,689 units, 49% higher than the 97,945 units registered in the corresponding period of 2021. To further strengthen its market leadership position, Perodua launched the all-new Perodua Alza on 20 July 2022. Perodua will also be introducing the Ativa Hybrid to the Malaysian market soon, albeit through the subscription scheme only.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the healthy sales registered by both UMWT and Perodua in July 2022. Both UMWT and Perodua have huge outstanding orders and will continue to ramp-up production to deliver our cars to the customers. With the easing of the semiconductor chips shortage and improving supply chain, we are confident of achieving our sales targets for the year. We would like to thank our customers for their unwavering support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN JUALAN AUTOMOTIF YANG BAIK, CATAT JUALAN SEBANYAK 24,983 UNIT PADA JULAI 2022

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,637 unit pada bulan Julai 2022

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 18,346 unit pada bulan Julai 2022

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2022 – Kumpulan UMW terus mengekalkan momentum jualan automotifnya pada bulan Julai 2022 apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang baik. Kumpulan telah mendaftarkan jualan sebanyak 24,983 unit pada bulan Julai 2022 berbanding dengan 2,105 unit yang didaftarkan pada bulan Julai tahun 2021. Jualan pada bulan Julai 2021 terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) dari 1 Jun hingga 15 Ogos 2021. Bagi tujuh bulan pertama tahun 2022, Kumpulan UMW telah merekodkan jualan sebanyak 198,237 unit, 48% lebih tinggi daripada 133,506 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

UMWT telah mencatatkan jualan sebanyak 6,637 unit pada bulan Julai 2022 berbanding 1,450 unit setahun yang lalu. Pelaksanaan PKPP telah menjejaskan catatan jualan pada bulan Julai 2021. Bagi tujuh bulan pertama tahun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 52,548 unit, 48% lebih tinggi daripada 35,561 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021. Untuk memperbaharui barisan modelnya, pada 24 Jun 2022, UMWT telah membuka tempahan untuk Toyota Veloz serba baharu, yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagi mengukuhkan lagi buku pesanannya, UMWT menawarkan promosi istimewa dengan pembelian Vios dan Yaris, sebagai sebahagian daripada kempen jualan di bulan Ogos.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 18,346 unit pada bulan Julai 2022, jauh lebih tinggi daripada 655 unit yang didaftarkan pada bulan Julai tahun 2021. Penurunan jualan pada bulan Julai tahun 2021 adalah disebabkan oleh PKPP. Untuk tujuh bulan pertama 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 145,689 unit, 49% lebih tinggi daripada 97,945 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam pasaran, Perodua melancarkan Perodua Alza serba baharu pada 20 Julai 2022. Perodua juga akan memperkenalkan Ativa Hybrid ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, walaupun hanya melalui skim langganan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berpuas hati dengan catatan jualan yang baik yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Julai 2022. Kedua-dua UMWT dan Perodua itu mempunyai jumlah pesanan tertunggak yang tinggi dan akan terus meningkatkan pengeluaran bagi memastikan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan kami. Dengan peningkatan terhadap rantaian bekalan dan cip semikonduktor, kami yakin dalam mencapai sasaran jualan tahun ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version