TM ONE AND UMW SIGN MEMORANDUM OF INTENT TO EMBARK ON CO-DEVELOPMENT OF DIGITAL SOLUTIONS FOR INDUSTRIES IN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 14 October 2019 – TM ONE, the business solutions arm of Telekom Malaysia Berhad (TM) and UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMW) today signed a Memorandum of Intent (MoI) on a strategic partnership to develop digital solutions aimed at enhancing and empowering Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) requirements for industries in Malaysia, making it more productive, agile and future-ready.

The MoI was signed by Badrul Feisal bin Abdul Rahim, President & Group Chief Executive Officer, UMW Holdings Berhad on behalf of UMW Corporation Sdn. Bhd. and Dato’ Noor Kamarul Anuar bin Nuruddin, Group Chief Executive Officer, TM representing TM ONE. Also present to witness the ceremony was Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, Group Chairman, UMW Holdings Berhad and Rosli bin Man, Chairman, TM.

Through this partnership, TM ONE and UMW will embark on joint research activities to enable the development of a home-grown Industrial IoT (Internet of Things) platform through the integration of UMW’s IoT solution on industrial machines with TM ONE’s IoT Software Platform.

“This strategic partnership allows both organisations to further accelerate the implementation of IR4.0. We are now in the era where complementing technological capabilities can help propel businesses to greater heights. UMW is steadfast in its goals to embark on the development of next generation IR4.0 with IoT-enabled industrial solutions. By leveraging on each other’s expertise in IoT, we are able to provide innovative products and services to our customers”, said Badrul Feisal on the partnership.

Meanwhile, Dato’ Noor Kamarul said: “With our solid network infrastructure and digital solutions, TM is ready to assist companies like UMW into Industrial Revolution 4.0 (IR4.0). We are proud to be a strategic partner in establishing innovative, smart and end-to-end digital solutions via TM ONE IoT Software Platform together with UMW for the industry. We believe this partnership will help address the pain points and empower the industry players to optimise their efficiency. As the country’s key enabler for communications and digital infrastructure, we are committed to deliver integrated business solutions that will fulfil the customers’ needs towards empowering Digital Malaysia.”

UMW and TM ONE will co-develop an IoT-based digital solutions using respective expertise of the partners; UMW in mechanical machines, IoT sensors and control systems and TM ONE with its IoT software and analytics. These solutions will be made accessible via the platform’s dashboard for UMW’s IoT-enabled equipment and machineries such as generators, compressors, pumps, turbines and others which will benefit multiple industries such as Energy and Utilities, Transportation, Real Estate, Commercial and Public Sectors amongst others.

The eventual combined UMW-TM IoT solution will provide remote access to machines through real-time monitoring and management system as well as optimise asset management including fleet management, energy management, utilisation and disaster management.

Through this collaboration, both parties will leverage on each other’s strengths to create greater value and support the growth of Malaysia’s technological capabilities.

Click to show Malay Version

 

 

TM ONE DAN UMW MEMETERAI MEMORANDUM HASRAT UNTUK MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN PENYELESAIAN DIGITAL SECARA BERSAMA UNTUK INDUSTRI DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2019 – TM ONE, unit rumusan perniagaan perusahaan dan sektor awam bagi Telekom Malaysia Berhad (TM) dan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) hari ini memeterai Memorandum Hasrat (Memorandum of Intent – MoI) untuk kerjasama strategik bagi membangunkan penyelesaian digital yang disasarkan ke arah mempertingkatkan dan memperkasakan keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) untuk industri-industri di Malaysia, menjadikannya lebih produktif, cekap dan bersedia untuk masa depan.

MoI tersebut telah ditandatangani oleh Badrul Feisal bin Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad bagi pihak UMW Corporation Sdn. Bhd dan Dato’ Noor Kamarul Anuar bin Nuruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM mewakili TM ONE. Turut hadir bagi menyaksikan majlis berkenaan adalah Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, Pengerusi Kumpulan, UMW Holdings Berhad dan Rosli bin Man, Pengerusi, TM.

Menerusi kerjasama ini, TM ONE dan UMW akan melaksanakan aktiviti kajian secara bersama untuk membolehkan pembangunan platform IoT (Segalanya Internet) Perindustrian menerusi integrasi penyelesaian IoT UMW untuk mesin-mesin perindustrian dengan platform perisian IoT TM ONE.

“Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua organisasi terus memacu pelaksanaan IR4.0. Kita kini di era di mana keupayaan teknologi yang melengkapi membantu mendorong perniagaan ke peringkat lebih tinggi. UMW komited terhadap matlamat kami untuk melaksanakan pembangunan generasi baharu IR4.0 dengan penyelesaian perindustrian yang dipacu IoT. Dengan memanfaatkan kepakaran IoT kedua-dua pihak, kami berupaya menawarkan produk dan perkhidmatan berinovasi kepada para pelanggan kami,” ulas Badrul Feisal berkenaan kerjasama itu.

Sementara itu, Dato’ Noor Kamarul berkata: “Dengan infrastruktur rangkaian dan penyelesaian digital kami yang mantap, TM bersedia untuk membantu syarikat-syarikat seperti UMW ke arah Revolusi Perindustrian (IR4.0). Kami berbangga menjadi rakan strategik dalam mewujudkan penyelesaian-penyelesaian digital yang inovatif, pintar dan menyeluruh menerusi Platform Perisian IoT TM ONE bersama-sama UMW untuk industri ini. Kami percaya kerjasama ini akan membantu menangani cabaran dan memperkasakan pemain-pemain industri untuk mengoptimumkan kecekapan mereka. Sebagai pemacu infrastruktur komunikasi dan digital utama negara, kami komited untuk membawakan penyelesaian perniagaan bersepadu yang akan memenuhi permintaan pelanggan ke arah memperkasakan Digital Malaysia.”

UMW dan TM ONE akan bersama-sama membangunkan penyelesaian digital berasaskan IoT menggunakan kepakaran masing-masing; UMW dalam mesin mekanikal, sensor IoT dan sistem kawalan sementara TM ONE dengan perisian dan analitik IoT. Penyelesaian ini bakal boleh diperolehi menerusi paparan platform untuk peralatan dan perkakasan UMW dipacu IoT antaranya penjana, pemampat, pam, turbin dan banyak lagi yang akan memberi manfaat kepada pelbagai industri seperti Tenaga dan Utiliti, Pengangkutan, Hartanah, Komersil dan Sektor Awam.

Gabungan penyelesaian IoT UMW-TM bakal menyediakan akses kawalan jauh kepada mesin menerusi system pemantauan dan pengurusan masa nyata serta mengoptimum pengurusan aset termasuklah pengurusan fleet, pengurusan tenaga, kepenggunaan dan pengurusan bencana.

Menerusi kerjasama ini, kedua-dua pihak akan memanfaatan kelebihan masing-masing untuk menjana nilai yang lebih hebat dan menyokong pertumbuhan keupayaan teknologi Malaysia.

 

 

Click to show English Version