KEMBARA RAMADHAN UMW 2016

SHAH ALAM, 17 June 2016 –UMW Community Champions, the staff volunteers of UMW Corporation Sdn Bhd (UMW), had made the 450-kilometre journey to Laloh, Kelantan to distribute ‘Ramadhan Packs’ and household items last weekend. Laloh is a small town in Kuala Krai severely affected by the catastrophic flood that ravaged the east coast in 2014 with Kelantan being the worst-hit state. Many of the villagers in Laloh are still struggling to make ends meet since their homes were damaged and washed away by the worst flood in history.

20 UMW Community Champions riding in ten Four Wheelers For Charity (4W4C)’s vehicles were flagged off by Azmin Che Yusoff, Group Chief Operating Officer at UMW’s head office in Shah Alam. The volunteers set up a base at Masjid Mukim Karangan Daerah Olak Jeram the next day where they prepared the ‘Ramadhan Packs’ for distribution to 116 underprivileged families from Kampung Karangan Meranti, Kampung Karangan Baru, Kampung Karangan Lama and Kampung Sungai Benir. The team then went off to distribute the ‘Ramadhan Packs’ to houses of villagers who could not make it to the mosque. Muzafar Munzir, Head of UMW Group Management Services said, “This Kembara Ramadhan gave the opportunity for our Community Champions to revisit the communities in flood-hit Kuala Krai, where UMW had participated in the post-flood humanitarian mission early last year”.

A buka puasa event was also organised for the villagers at the local mosque and the Community Champions together with Kampung Karangan committee members prepared delicious Kelantanese feast for buka puasa. It is the company’s hope that the “Ramadhan Packs” provided will help ease some of the burden of the villagers for this this coming Hari Raya celebration and brought joy to them.

Click to show Malay Version

 

 

KEMBARA RAMADHAN UMW 2016

SHAH ALAM, 17 Jun 2016 –UMW Community Champions, sukarelawan yang terdiri dari kakitangan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) baru-baru ini telah mengembara sejauh 450 ke Laloh, Kelantan untuk membahagikan Pek Ramadhan dan barang keperluan. Laloh ialah sebuah kawasan di Kuala Krai yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda Kelantan dan negeri-negeri di pantai timur pada tahun 2014. Ramai penduduk Laloh masih bergelut untuk menyara hidup semenjak kediaman mereka musnah atau dihanyutkan air.

Seramai 20 orang sukarelawan UMW (UMW Community Champions) menaiki 10 buah kenderaan pacuan empat roda bersama pasukan Four Wheelers For Charity (4W4C) telah dilepaskan oleh Ketua Pengarah Operasi Kumpulan di ibu pejabat UMW di Shah Alam. UMW Community Champions menggunakan Masjid Mukim Karangan Daerah Olak Jeram pada keesokan hari di mana mereka menyediakan Pek Ramadhan untuk dibahagikan kepada 116 keluarga miskin dan kurang berkemampuan dari Kampung Karangan Meranti, Kampung Karangan Baru, Kampung Karangan Lama and Kampung Sungai Benir. Sukarelawan UMW turut pergi ke rumah penduduk-penduduk yang keuzuran dan tidak dapat menghadirkan diri ke masjid.

Muzafar Munzir, Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kumpulan UMW berkata, “Kembara Ramadhan ini memberikan peluang untuk Community Champions UMW untuk melawat semula komuniti-komuniti di kawasan yang dilanda banjir di mana UMW turut terlibat dalam misi kemanusiaan pasca banjir pada awal tahun lepas”. Majlis berbuka puasa turut dijalankan bersama dengan penduduk kampung di masjid tersebut dan sukarelawan UMW bergotong-royong bersama ahli jawatankuasa Kampung Karangan dalam menyediakan pelbagai masakan Kelantan sebagai juadah berbuka. Adalah menjadi harapan UMW supaya Pek Ramadhan yang disumbangkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban penduduk kampung dan membawa sedikit keriangan menjelang Aidilfitri.

 

 

Click to show English Version