INAUGURAL KEMBARA MSAM-UMW SETS OFF TO VISIT VILLAGES AROUND TAPAH

TAPAH, 20 April 2016 –In conjunction with Malaysian Unit Trust Week (Minggu Saham Amanah Malaysia 2016), UMW Corporation Sdn Bhd has organised its inaugural Kembara MSAM-UMW 2016. The 10-vehicle convoy ferrying 30 UMW Community Champions (volunteers) will be travelling to four villages and one Maahad Tahfiz located approximately 20 kilometres from Tapah town.

The ten four-wheel-drive vehicles were flagged off by Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, President and Group Chief Executive of Permodalan Nasional Berhad and Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim, President and Group Chief Executive Officer of UMW Holdings Berhad. Kembara MSAM-UMW will be reaching out to Kampung Menderang, Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampung Kinjang, Kampung Orang Asli Rancangan Penempatan Semua Jernang and Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Iman, where about 540 families will benefit from the programme.

UMW Community Champions, which comprise SL1M trainees and UMW employees based in Shah Alam, will be distributing essential items like rice, cooking oil, flour and sugar to the villagers at their respective community centres. They will be going deep into the villages to personally deliver the items to those who are unable to be at the community centres due to illness or disability.

A gotong-royong will be held at Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Iman where the volunteers and students will together clean up the tahfiz school. This outreach programme is the seventh collaboration between UMW and Four Wheelers for Charity (4W4C) in an attempt to expand its community programmes.

Four Wheelers for Charity (4W4C) is a neutral and independent non-governmental organisation whose humanitarian missions exclusively use 4-wheel-drive vehicles to reach out to far-flung places to help the community. This programme is part of UMW’s continuous support towards the underprivileged communities in the country under its community development pillar where UMW continues to champion many worthy causes under its three pillars, the other two being education and environment.

Click to show Malay Version

 

 

KEMBARA MSAM-UMW YANG PERTAMA MELAWAT KAMPUNG DI SEKITAR TAPAH

TAPAH, 20 April 2016 –Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2016, UMW Corporation Sdn Bhd buat julung kalinya telah menganjurkan Kembara MSAM-UMW 2016. Sepuluh buah konvoi kenderaan pacuan empat roda yang membawa 30 orang sukarelawan UMW (UMW Community Champions) akan mengembara ke empat buah kampung dan sebuah Maahad Tahfiz yang berada dalam lingkungan 20 kilometer radius dari pekan Tapah.

Konvoi kenderaan pacuan empat roda ini telah dilepaskan oleh Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad dan Encik Badrul Feisal bin Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad. Kembara MSAM-UMW akan melawat Kampung Menderang, Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampung Kinjang, Kampung Orang Asli Rancangan Penempatan Semua Jernang dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Iman, di mana lebih kurang 540 keluarga akan mendapat manfaat dari program ini.

Sukarelawan UMW (UMW Community Champions) yang terdiri dari pelatih-pelatih SL1M dan pekerja-pekerja UMW dari Shah Alam akan mengagihkan barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, gandum dan gula ke pusat-pusat komuniti kampung-kampung tersebut. Mereka juga akan turut pergi ke pelusuk kampung dan menghantar barang keperluan kepada mereka yang tidak dapat hadir ke pusat komuniti disebabkan keuzuran atau kurang keupayaan.

Satu gotong-royong akan diadakan di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Iman di mana para sukarelawan dan pelajar maahad tersebut akan bersama-sama membersihkan persekitaran sekolah tahfiz itu. Kembara MSAM-UMW ini adalah kolaborasi ketujuh UMW dengan Four Wheelers for Charity (4W4C) dalam usaha untuk meluaskan program-program khidmat masyarakat seperti ini.

Four Wheelers for Charity (4W4C) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan misi-misi kemanusiaan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk pergi ke kawasan-kawasan pedalaman untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Program ini adalah sebahagian dari sokongan berterusan UMW terhadap komuniti yang kurang bernasib baik di negara ini di bawah tunggak pembangunan komuniti di mana UMW terus melaksanakan pelbagai usaha murni di bawah tiga tunggak, dua lagi adalah tunggak pendidikan dan tunggak alam sekitar.

 

 

Click to show English Version