UMW GROUP REGISTERED 25,641 UNITS IN APRIL 2023

- UMW Toyota Motor registered 6,767 units in April 2023.

- Perodua registered 18,874 units in April 2023.

KUALA LUMPUR, 24 May 2023 –The UMW Group registered 25,641 units in April 2023, bringing the total sales for the first four months of the year to 129,424 units. Both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua recorded healthy sales in April despite a shorter working month due to the Hari Raya holidays.

UMWT registered 6,767 units in April 2023, marginally lower than the 6,946 units delivered in April 2022. For the first four months of 2023, UMWT registered 31,986 units, representing a 9% growth compared with the 29,393 units registered in the corresponding period of 2022. As of April 2023, UMWT’s market share stood at 13.4%. Year-to-date, the top selling models were the Toyota Vios, Hilux and Corolla Cross. UMWT expects the demand and sales to be sustained throughout the year, supported by the introduction of new and facelift models. To refresh its model line-up, UMWT has started order taking for the all-new Lexus RX 350 last week.

Perodua registered 18,874 units in April 2023 compared with 25,654 units delivered in April 2022. Year-to-date April 2023, Perodua registered 97,438 units, 12% higher than the 87,278 units delivered in the same period of 2022. Accordingly, Perodua has achieved 31% of its sales target for 2023 of 314,000 units. For the first four months of 2023, Perodua’s market share has increased to 40.7% from the 39.1% recorded for the full-year 2022. Moving forward, Perodua is expected to continue to fulfil its encouraging outstanding bookings which continues to remain healthy.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the healthy sales registered by both UMWT and Perodua in April 2023. Year-to-date, both companies have also registered higher sales compared with the same period of 2022, with an improved combined market share of 54.1%. The total industry volume (“TIV”) has also increased by 10% for the first four months of 2023. Outstanding orders for both UMWT and Perodua continue to remain strong. Based on the foregoing, we are cautiously optimistic that the automotive industry will continue to perform well in 2023. We would like to thank our customers for their continuous support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN JUALAN SEBANYAK 25,641 UNIT PADA BULAN APRIL 2023

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,767 unit pada bulan April 2023.

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 18,874 unit pada April 2023

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2023 –Kumpulan UMW mencatatkan jualan sebanyak 25,641 unit pada bulan April 2023, menjadikan jumlah jualan bagi empat bulan pertama tahun ini kepada 129,424 unit. Kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua merekodkan jualan yang baik pada bulan April walaupun bulan bekerja lebih singkat disebabkan cuti Hari Raya.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6,767 unit pada bulan April 2023, sedikit rendah berbanding jualan sebanyak 6,946 unit yang didaftarkan pada bulan April 2022. Bagi empat bulan pertama 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 31,986 unit, pertumbuhan sebanyak 9% berbanding 29,393 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2022. Sehingga April 2023, bahagian pasaran UMWT ialah 13.4%. Setakat ini, model terlaris ialah Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross. UMWT menjangkakan permintaan dan jualan dapat dikekalkan sepanjang tahun, disokong oleh pengenalan model baharu dan kemaskini. Untuk mengukuhkan lagi barisan modelnya, UMWT telah memulakan pengambilan tempahan untuk Lexus RX 350 serba baharu minggu lepas.

Perodua mencatatkan jualan sebanyak 18,874 unit pada bulan April 2023 berbanding 25,654 unit yang didaftarkan pada bulan April 2022. Bagi empat bulan yang pertama tahun 2023, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 97,438 unit, 12% lebih tinggi berbanding 87,278 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2022. Sehubungan itu, Perodua telah mencapai 31% daripada sasaran jualannya untuk tahun 2023 iaitu sebanyak 314,000 unit. Untuk empat bulan pertama tahun 2023, Perodua telah meningkatkan bahagian pasaran ke 40.7% daripada 39.1% yang direkodkan pada tahun 2022. Perodua dijangka akan terus memenuhi tempahan tertunggak yang menggalakkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada April 2023. Setakat ini, kedua-dua syarikat juga telah mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022, dengan gabungan bahagian pasaran yang bertambah baik sebanyak 54.1%. Jumlah volum industri (“TIV”) juga telah meningkat sebanyak 10% bagi empat bulan pertama tahun 2023. Tempahan tertunggak untuk UMWT dan Perodua kekal menggalakkan. Kami optimis bahawa industri automotif akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada 2023. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version