UMW COLLABORATES WITH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG TO SPEARHEAD MANGROVE TREES PLANTING IN CHERATING

CHERATING, PAHANG, 13 May 2023 – With the target to plant 300,000 mangrove trees by 2023 under the UMW Green Shoots (“UGS”) Initiative, the UMW Group continued with its tree planting activities in Cherating, Kuantan. In collaboration with UMW Toyota Motor and UMW’s associate company, Perodua, the UGS Initiative is one of the Group’s efforts to offset its greenhouse gas (“GHG”) emissions. The initiative also reinforces the Group’s commitment towards addressing environmental sustainability and supports the Malaysian government's mission to achieve 100% carbon neutrality by 2050 under the 12th Malaysia Plan – which is also the UMW Group's pledge under its Sustainability Roadmap.

The mangrove trees planting event in Cherating today involved close to 200 participants from Universiti Malaysia Pahang (“UMP”), which includes the management personnel, the UMP Foundation Board of Trustees, staff and student volunteers as well as 30 UMW personnel based in Kuantan. They were led by Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Chairman of the UMP Board as well as the Board of Trustees, Dato’ Abdul Rashid Musa, Chief Mobility & Innovation Officer / President, Aerospace Division, UMW Holdings Berhad as well as Prof. Dato’ Ts. Dr Yuserrie Zainuddin, Vice Chancellor of UMP.

According to Dato’ Abdul Rashid Musa, 2,000 mangrove trees were successfully planted in Pusat Kelip-Kelip Cherating today, adding to the 2,600 mangrove trees previously planted in Cherating under the UGS Initiative in 2022. He added, “We are pleased to have UMP to join us today, to further add to the country’s green cover. While the UMW Group has been organising tree planting activities over the years, we are scaling up our efforts through the UGS Initiative, focusing on mangrove trees. As at end March 2023, we have successfully planted 195,200 mangrove trees throughout Malaysia. Based on that, we are on track to plant 300,000 mangrove trees by the end of 2023. We have chosen to drive this initiative through UGS as mangrove forests are known for their high carbon-sequestration efficiency and are critical to the country’s ecosystem. This initiative is also in line with the Malaysian Government’s National 100 million Tree-Planting Campaign 2021 – 2025.”

He further added, “Mangrove trees are critical to our ecosystem because they also protect the coast from erosion, storms, threats of climate change and help the reproduction of marine life. Mangrove trees are also capable of absorbing atmospheric carbon more than five times per hectare compared with tropical forests.”

Meanwhile, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz remarked, “The UGS Initiative in Cherating today demonstrates the commitment of UMW and UMP towards sustainable development and protection of the environment.” He hoped that this initiative will inspire individuals to protect and preserve the environment by implementing various projects including tree planting, green conservation, recycling and environmental education. He added that UMP is actively implementing programs focusing on the 17 goals outlined in the Sustainable Development Goals (“SDG”) by the United Nations.

“The UGS Initiative is consistent with UMP’s desire to not only include the university students but also the local community to jointly implement various sustainability initiatives as well as creating awareness on the importance of preserving the environment to overcome climate change issues,” added Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz.

Click to show Malay Version

 

 

UMW BEKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UNTUK MENERAJUI PENANAMAN POKOK BAKAU DI CHERATING

CHERATING, PAHANG, 13 Mei 2023 –Dengan sasaran untuk menanam sebanyak 300,000 pokok bakau menjelang 2023, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pucuk Hijau (“UGS”) UMW, Kumpulan UMW meneruskan aktiviti penanamannya di Cherating, Kuantan. Dengan kerjasama UMW Toyota Motor dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, Inisiatif Pucuk Hijau UMW merupakan satu usaha di bawah Kumpulan untuk menangani isu pelepasan gas rumah hijau (“GHG”). Inisiatif ini juga mengukuhkan komitmen Kumpulan ke arah melestarikan alam sekitar dan menyokong misi kerajaan Malaysia untuk mencapai 100% neutral karbon menjelang 2050 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 – yang juga merupakan ikrar Kumpulan UMW di bawah Pelan Hala Tuju Kelestarian UMW.

Lebih 200 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (“UMP”) Kilau yang terdiri daripada pelajar menyertai program penanaman bakau di Cherating ini. Program turut melibatkan pengurusan UMW, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP serta 30 kakitangan UMW dari Kuantan.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMP,Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP dan Dato' Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Mobiliti & Inovasi / Presiden Aeroangkasa, UMW Holdings Berhad,. Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Ts. Dr Yuserrie Zainuddin.

Menurut Dato’ Abdul Rashid Musa, sebanyak 2,000 pokok bakau telah berjaya ditanam di Pusat Kelip-Kelip Cherating hari ini merupakan tambahan kepada 2,600 pokok bakau yang telah ditanam melalui Inisiatif Pucuk Hijau UMW pada tahun lepas.

“Kami berbesar hati kerana UMP turut serta dalam program hari ini untuk bersama memelihara kehijauan negara. Walaupun Kumpulan UMW telah terlibat dalam penanaman pokok sebelum ini, kami mempertingkatkan lagi usaha ni dengan lebih intensif melalui Inisiatif Pucuk Hijau UMW ini, dengan fokus kepada penanaman pokok bakau,” katanya.

Ujarnya, sehingga akhir bulan Mac 2023, Kumpulan UMW telah berjaya menanam sebanyak 195,200 pokok bakau di seluruh negara. Pihaknya berada di landasan yang baik untuk mencapai sasaran 300,000 pokok bakau menjelang 2023.

“Kami memilih untuk melabur dalam inisiatif ini kerana hutan bakau terkenal dengan kecekapan penyerapan karbon yang tinggi dan sangat penting kepada ekosistem negara. Inisiatif ini juga selaras dengan Kempen 100 juta Penanaman Pokok Kebangsaan Kerajaan Malaysia 2021 – 2025, yang dilancarkan pada Januari 2021,” ujar beliau.

Beliau menambah, “Pokok bakau sangat penting untuk ekosistem kita kerana ia dapat melindungi pantai daripada hakisan, ribut, ancaman perubahan iklim dan membantu pembiakan hidupan marin. Pokok bakau juga mampu menyerap karbon atmosfera lebih daripada lima kali ganda sehektar berbanding hutan tropika.”

Sementara itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz berkata, Program Inisiatif Pucuk Hijau ini merupakan perpaduan antara UMP dan UMW, iaitu dua entiti yang berkomitmen untuk menyumbang kepada pembangunan mampan dan melindungi keindahan alam sekitar.

Beliau mengharapkan inisiatif ini akan mencetus semangat dan inspirasi dalam diri setiap individu untuk menjaga dan melindungi alam sekitar. Malahan melaksanakan pelbagai projek termasuk penanaman pokok, pemuliharaan kawasan hijau, program kitar semula dan inisiatif pendidikan alam sekitar.

UMP giat menjalankan program bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang menjadi agenda global seiring dengan 17 matlamat yang perlu dicapai seperti yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk semua negara menjelang 2030.

Usaha ini seiring dengan hasrat UMP untuk turut membabitkan bukan sahaja warga kampus malahan komuniti setempat untuk sama-sama mencapai SDG dengan mengadakan pelbagai program lestari serta menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan hutan dalam usaha menangani isu perubahan iklim

 

 

Click to show English Version