UMW GROUP DELIVERED 39,034 VEHICLES IN NOVEMBER 2022 AS BOTH UMW TOYOTA MOTOR AND PERODUA REGISTERED RECORD SALES

- UMW Toyota Motor registered 10,442 units in November 2022, the highest for the year.

- Perodua registered 28,592 units in November 2022, its highest ever monthly sales.

KUALA LUMPUR, 12 December 2022 – The UMW Group’s automotive sales surged to a new high in November 2022 as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered record sales. The Group delivered 39,034 units in November 2022, 11% higher than the 35,130 units registered in October 2022 as both companies continued to fulfil their encouraging outstanding bookings. Consequently, year-to-date November 2022, the UMW Group delivered a total of 341,390 units, 48% higher than the 230,355 units registered in the corresponding period of 2021 which was affected by the implementation of the Full Movement Control Order (“FMCO”) from 1 June to 15 August 2021.

UMWT registered its highest sales for 2022 with the delivery of 10,442 units in November 2022, 13% higher than the 9,281 units registered in October 2022. Year-to-date November 2022, UMWT registered 90,595 units, a 44% growth compared with the 63,105 units registered in the corresponding period of 2021. The Toyota Vios, Hilux and Corolla Cross were its best-selling models for the year. To further strengthen its order book, UMWT is offering special promotions for the purchase of selected variants of the Vios and Yaris as part of its year-end sales campaign.

Perodua achieved its highest ever monthly sales with the registration of 28,592 units in November 2022, 11% higher than the 25,849 units registered in October 2022. The top three Perodua models sold in November were the Bezza, followed by Myvi and Axia. Perodua also achieved its highest monthly production ever since inception with 29,149 units in November 2022. For the first eleven months of 2022, Perodua’s sales surged by 50% to 250,795 units, compared with the 167,250 units registered in the corresponding period of 2021, surpassing its 2022 sales target of 247,800 units.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are encouraged by the record sales registered by both UMWT and Perodua in November 2022. Both companies increased their production in November, supported by the improving supply chain and will continue to ramp-up production to hasten delivery of our cars to the customers. With the strong sales registered to-date, mainly due to the sales tax exemption as well as introduction of new models, we were able to achieve our sales targets for 2022 by November. We expect sales to remain strong in December based on the encouraging bookings. We would like to extend our appreciation to our customers for their continuous support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN JUALAN SEBANYAK 39,034 KENDERAAN PADA BULAN NOVEMBER 2022 DISEBABKAN OLEH REKOD JUALAN YANG DICATATKAN OLEH UMW TOYOTA MOTOR DAN PERODUA

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 10,442 unit pada bulan November 2022, tertinggi bagi tahun ini.

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 28,592 unit pada bulan November 2022, antara jualan bulanannya yang tertinggi.

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2022 – Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak ke paras yang tertinggi pada bulan November 2022 apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mendaftarkan rekod jualan. Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 39,034 unit pada bulan November 2022, 11% lebih tinggi daripada 35,130 unit yang didaftarkan pada bulan Oktober 2022 disebabkan oleh kedua-dua syarikat terus giat dalam memenuhi tempahan tertunggak yang menggalakkan. Dengan itu, bagi sebelah bulan yang pertama tahun ini, Kumpulan UMW telah merekodkan jualan sebanyak 341,390 unit, 48% lebih tinggi daripada 230,355 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021 yang terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) dari 1 Jun shingga 15 Ogos 2021.

UMWT merekodkan jualan tertinggi untuk tahun 2022 dengan catatan jualan sebanyak 10,442 unit pada bulan November 2022, 13% lebih tinggi daripada 9,281 unit yang didaftarkan pada bulan Oktober 2022. Bagi sebelas bulan yang petama tahun 2022, UMWT merekodkan jualan sebanyak 90,595 unit, 44% lebih tinggi berbanding 63,105 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross merupakan model terlarisnya untuk tahun ini. Bagi mengukuhkan lagi buku pesanannya, UMWT menawarkan promosi istimewa untuk setiap pembelian varian terpilih Vios dan Yaris yang merupakan antara sebahagian daripada kempen jualan akhir tahunnya.

Perodua merekodkan jualan bulanan yang tertinggi dengan catatan jualan sebanyak 28,592 unit pada bulan November 2022, 11% lebih tinggi daripada 25,849 unit yang didaftarkan pada bulan Oktober 2022. Tiga model Perodua terlaris pada bulan November ialah Bezza, diikuti Myvi dan Axia. Perodua juga merekodkan pengeluaran bulanannya yang tertinggi sejak ia ditubuhkan dengan catatan jualan sebanyak 29,149 unit pada bulan November 2022. Bagi sebelas bulan pertama tahun 2022, jualan Perodua melonjak 50% kepada 250,795 unit, berbanding 167,250 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021, melepasi sasaran jualan yang diunjurkan sebanyak 247,800 unit untuk tahun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami disokong oleh rekod jualan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan November 2022. Kedua-dua syarikat ini meningkatkan kadar pengeluaran kenderaan pada bulan November, disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada pelanggan. Dengan jualan kukuh yang dicatatkan setakat ini, terutamanya disebabkan oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu, kami dapat mencapai sasaran jualan kami untuk tahun 2022 setakat bulan November. Kami menjangkakan jualan akan kekal kukuh pada bulan Disember berdasarkan tempahan yang menggalakkan. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan kami di atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version