UMW EQUIPMENT’S NEW CUSTOMER CENTRE IN KOTA KEMUNING OFFERS INTEGRATED SERVICES TO BETTER SERVE ITS CUSTOMERS

KUALA LUMPUR, 3 November 2022 – With the aim of serving its customers better, the UMW Group’s Equipment Division had officially opened its new integrated customer centre in Kota Kemuning, Shah Alam. The Equipment Division Customer Centre (“EDCC”) houses the service centres for its heavy equipment, industrial equipment as well as industrial power businesses with a total of 150 employees. It sits on 1.2 acres of land, with 25,000 square feet of shopfloor and another 10,000 square feet of office space

The UMW Equipment Division distributes leading equipment products from renowned brands which include among others Komatsu, Bomag, Rosenbauer, Tennant as well as Toyota material handling equipment such as forklifts, reach trucks and others. It also distributes related industrial equipment tyres and batteries. The Division is intensifying its effort to add value to the logistics and warehouse business through process automation with the support of Toyota Material Handling International. In addition, its Industrial Power unit provides solutions for the industrial and customised power & marine equipment.

The strategically located EDCC is a one-stop centre for customers to explore and appreciate its products, automation solutions and services. It is also a parts warehouse and equipment service and repair centre as well as related activities such as the call centre, material handling training circuit and a circuit for forklift operator training.

Megat Shahrul Azmir, President, UMW Equipment Division, said, “Since UMW first ventured into the equipment business in the 1960s, excellent service and customer satisfaction have been our key advantage and will continue to be at the centre of our strategic and operational decisions. In line with the Group’s CREST@2021 aspirations, our growth strategy is focused on exploring ways to help our customers address emerging economic and sustainability concerns, as well as to adopt and adapt the latest technological advancements to be more competitive. We continue to work closely with our principals and partners to deliver innovative products and solutions to our customers including more automated and environment-friendly options. The opening of EDCC marks an important milestone for us as we strive to deliver our unwavering commitment to our customers.”

Click to show Malay Version

 

 

PUSAT PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG BARU OLEH UMW EQUIPMENT DI KOTA KEMUNING MENAWARKAN PERKHIDMATAN BERSEPADU BERTUJUAN MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN

KUALA LUMPUR, 3 November 2022 –Bahagian Jentera Kumpulan UMW telah membuka sebuah pusat perkhidmatan pelanggan bersepadu yang baru secara rasmi di Kota Kemuning, Shah Alam yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya Pusat Pelanggan Bahagian Peralatan (“EDCC”) menempatkan pusat perkhidmatan untuk jentera berat, jentera industri dan perniagaan industri kuasa dengan jumlah pekerja seramai 150 orang. Pusat perkhidmatan tersebut terletak di kawasan seluas 1.2 ekar, dengan barisan kedai seluas 25,000 kaki persegi serta ruang pejabat seluas 10,000 kaki persegi.

Bahagian Jentera UMW mengedarkan produk jentera yang terkemuka dari jenama yang terkenal seperti Komatsu, Bomag, Rosenbauer, Tennant dan jentera pengendalian Toyota seperti jentera angkut, trak capai dan lain-lain . Ia juga mengedarkan tayar dan bateri untuk jentera industri. Bahagian ini mempergiatkan usahanya untuk menambah nilai kepada perniagaan logistik dan gudang melalui proses automasi dengan sokongan daripada Toyota Material Handling International. Selain itu, unit Perindustrian Kuasanya menyediakan penyelesaian untuk jentera perindustrian tenaga & marin.

EDCC yang terletak di lokasi strategik ini merupakan sebuah pusat perkhidmatan untuk pelanggan meneroka dan menghargai produk, penyelesaian automasi dan perkhidmatannya. Ia juga merupakan gudang alat ganti, pusat perkhidmatan dan pembaikan serta aktiviti berkaitan seperti pusat panggilan, litar latihan pengendalian bahan dan litar untuk latihan operator jentera angkut.

Megat Shahrul Azmir, Presiden, Bahagian Jentera UMW, berkata, “Sejak UMW mula menceburi perniagaan Jentera pada tahun 1960-an, perkhidmatan yang cemerlang dan kepuasan pelanggan telah menjadi kunci dan akan terus menjadi teras utama kepada keputusan strategik dan operasi kami. Selaras dengan aspirasi CREST@2021 Kumpulan, strategi pertumbuhan kami tertumpu kepada mencari penyelesaian untuk membantu dan memenuhi keperluan pelanggan kami dalam menangani kebimbangan ekonomi dan kemampanan, serta mengguna pakai dan menyesuaikan operasi seiring kemajuan teknologi terkini untuk lebih berdaya saing. Untuk mencapai matlamat ini, kami terus bekerjasama rapat dengan prinsipal dan rakan kongsi kami untuk mengeluarkan produk dan penyelesaian yang inovatif terhadap pelanggan kami dengan menawarkan lebih banyak pilihan penyelesaian automasi dan mesra alam. Pembukaan EDCC ini menandakan peristiwa penting bagi kami di mana kami kekal berusaha untuk memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan kami.”

 

 

Click to show English Version