UMW GROUP’S VEHICLE SALES GREW 14% IN JUNE 2022 COMPARED WITH MAY 2022; 32% GROWTH IN THE FIRST HALF OF 2022

- UMW Toyota Motor registered 8,939 units in June 2022, the highest for the year

- Perodua registered 21,164 units in June 2022

KUALA LUMPUR, 13 July 2022 – The UMW Group’s automotive sales surged by 14% in June 2022 as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered improved sales. The Group delivered 30,103 units in June 2022 compared with 26,480 units registered in May 2022 as it continues to fulfil its encouraging outstanding order book. For the first half of the year, the UMW Group delivered a total of 173,254 units, 32% higher than the 131,401 units registered in the corresponding period of 2021. Sales in June 2021 was affected by the implementation of the Full Movement Control Order (“FMCO”) from 1 June to 15 August 2021.

UMWT registered its highest monthly sales for the year in June 2022 with 8,939 units, 18% higher compared with the 7,579 units sold in May 2022. Year-to-date June 2022, UMWT sold 45,911 units, 35% higher than the 34,111 units sold in the corresponding period of 2021. To refresh its model line-up, on 24 June 2022, UMWT has started order taking for the all-new Toyota Veloz. The locally assembled (CKD) all-new Toyota Veloz will replace the Toyota Avanza in the Malaysian B-segment MPV market.

Meanwhile, Perodua registered sales of 21,164 units in June 2022, 12% higher than the 18,901 units registered in May 2022. For the first half of 2022, Perodua sold 127,343 units, 31% higher than the 97,290 units sold in the corresponding period of 2021. Perodua’s top-selling models for the first half of 2022 were the Myvi, Axia and Bezza. To further strengthen its market leadership position, Perodua has started order taking for the all-new Perodua Alza on 23 June 2022.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the improved sales registered by both UMWT and Perodua in June 2022. While the sales tax exemption was not extended beyond June 2022, we are grateful to the government for extending the sales tax exemption for outstanding bookings made by 30 June 2022 to be registered by 31 March 2023. This announcement also saw a massive rise in the bookings for new vehicles for both UMWT and Perodua in the last week of June 2022. Both companies will continue to ramp-up production to deliver our cars to the customers. We would like to thank our customers for their continued support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

JUALAN KENDERAAN KUMPULAN UMW MENINGKAT 14% PADA JUN 2022 BERBANDING MEI 2022; PENINGKATAN SEBANYAK 32% PADA SETENGAH TAHUN PERTAMA 2022

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 8,939 unit pada bulan Jun 2022, yang tertinggi untuk tahun ini

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 21,164 unit pada bulan Jun 2022

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2022 – Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak sebanyak 14% pada bulan Jun 2022, berikutan peningkatan jualan daripada kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua. Kumpulan telah mencatatkan jualan sebanyak 30,103 unit pada bulan Jun 2022 berbanding 26,480 unit yang didaftarkan pada bulan Mei 2022, di mana ia tetap terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang menggalakkan. Bagi separuh tahun pertama, Kumpulan UMW merekodkan jualan sebanyak 173,254 unit, 32% lebih tinggi daripada 131,401 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021. Jualan pada Jun 2021 telah terjejas disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) dari 1 Jun sehingga 15 Ogos 2021.

UMWT mencatatkan jualan bulanan tertinggi bagi tahun ini iaitu pada bulan Jun 2022 dengan jualan sebanyak 8,939 unit, 18% lebih tinggi berbanding 7,579 unit yang dicatatkan pada bulan Mei 2022. Setakat Jun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 45,911 unit, 35% lebih tinggi daripada 34,111 unit dalam tempoh yang sama bagi tahun 2021. Untuk memperbaharui barisan modelnya, pada 24 Jun 2022, UMWT telah memulakan pengambilan tempahan untuk Toyota Veloz serba baharu. Toyota Veloz baharu dengan pemasangan tempatan (CKD) akan menggantikan Toyota Avanza dalam pasaran MPV segmen B di Malaysia.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 21,164 unit pada bulan Jun 2022, 12% lebih tinggi daripada 18,901 unit yang didaftarkan pada bulan Mei 2022. Bagi separuh pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 127,343 unit, 31% lebih tinggi daripada 97,290 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2022. Model terlaris Perodua bagi separuh tahun pertama 2022 ialah Myvi, Axia dan Bezza. Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam pasaran, Perodua telah memulakan pengambilan pesanan bagi Perodua Alza serba baharu pada 23 Jun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan peningkatan jualan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada Jun 2022. Walaupun pengecualian cukai jualan tidak dilanjutkan selepas Jun 2022, kami berterima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan pengecualian cukai jualan bagi tempahan tertunggak yang dibuat sebelum 30 Jun 2022 untuk didaftarkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023. Pengumuman ini juga membawa kepada peningkatan yang besar terhadap tempahan kenderaan baharu untuk UMWT dan Perodua pada minggu terakhir bulan Jun 2022. Kedua-duanya syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran bagi memastikan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version