UMW GROUP’S VEHICLE SALES GREW 4% YEAR-ON-YEAR IN MAY 2022 WITH 26,480 UNITS REGISTERED

- UMW Toyota Motor registered 7,579 units in May 2022

- Perodua registered 18,901 units in May 2022

KUALA LUMPUR, 20 June 2022 – The UMW Group’s automotive sales improved in May 2022 as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered healthy sales. The Group delivered 26,480 units in May 2022 compared with 25,568 units sold in May 2021 despite the shorter working month due to the Hari Raya holidays as it continues to fulfil its encouraging outstanding order book. The Group delivered 143,151 units for the first five months of 2022, a 10% increase compared with the same period last year.

UMWT registered sales of 7,579 units in May 2022, consistent with the 7,595 units it sold in May 2021. Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross and Hilux were among its best selling models in the month of May 2022. Year-to-date May 2022, UMWT sold 36,972 units, 9% higher than the 34,026 units sold in the corresponding period of 2021. UMWT aims to sell 73,000 units in 2022 and as at May, has achieved 51% of its sales target for the year. To further strengthen its order book, UMWT is offering special promotions for the purchase of the Vios and Yaris as part of its mid-year sales campaign.

Meanwhile, Perodua registered sales of 18,901 units in May 2022, 5% higher than the 17,973 units registered in May 2021. For the first five months of 2022, Perodua sold 106,179 units, 10% higher than the 96,281 units sold in the corresponding period of 2021. To date, Perodua has achieved 43% of its target of 247,800 units for 2022.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “We are pleased with the healthy sales registered by both UMWT and Perodua in May 2022. Both companies will continue to ramp-up production to deliver our cars to the customers. Furthermore, the introduction of all-new and facelift models are expected to drive sales in the second half of the year. We strive to offer exciting and great value models as well as offer superior after-sales services to meet our customers’ requirements and expectations. We would like to thank our customers for their continued support of our products and services. We are also hopeful that the government will further extend the sales tax exemption in view of the high outstanding orders which could not be delivered by June 2022 due to the disruptions caused by Covid-19 as well as shortage of semiconductor chips.”

Click to show Malay Version

 

 

JUALAN KENDERAAN KUMPULAN UMW MENINGKAT 4% PADA BULAN MEI 2022 BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA, DENGAN PENDAFTARAN JUALAN SEBANYAK 26,480 UNIT

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 7,579 unit pada bulan Mei 2022

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 18,901 unit pada bulan Mei 2022

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2022 – Jualan automotif Kumpulan UMW meningkat pada bulan Mei 2022 berikutan catatan jualan yang baik daripada kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua. Kumpulan telah mendaftarkan jualan sebanyak 26,480 unit pada bulan Mei tahun 2022 berbanding 25,568 unit yang didaftarkan pada bulan Mei tahun 2021 walaupun tempoh hari bekerja lebih singkat oleh kerana cuti Hari Raya, namun ia tetap terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang menggalakkan. Kumpulan mencatatkan jualan sebanyak 143,151 unit bagi lima bulan pertama tahun 2022, peningkatan sebanyak 10% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 7,579 unit pada bulan Mei tahun 2022, konsisten dengan jualan yang didaftarkan sebanyak 7,595 unit yang pada bulan Mei tahun 2021. Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlarisnya pada bulan Mei tahun 2022. Bagi lima bulan pertama tahun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 36,972 unit, 9% lebih tinggi berbanding 34,026 unit yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. UMWT mensasarkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 73,000 unit pada tahun 2022 dan bagi lima bulan yang pertama, telah mencapai 51% daripada sasaran jualannya bagi tahun itu. Bagi mengukuhkan lagi buku pesanannya, UMWT menawarkan promosi istimewa bagi pembelian Vios dan Yaris sebagai sebahagian daripada kempen jualan pertengahan tahun.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 18,901 unit pada bulan Mei tahun 2022, 5% lebih tinggi daripada 17,973 unit yang didaftarkan pada bulan Mei tahun 2021. Bagi lima bulan pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 106,179 unit, 10% lebih tinggi daripada 96,281 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2021. Terkini, Perodua telah mencapai 43% daripada sasaran jualannya sebanyak 247,800 unit pada tahun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan yang menggalakkan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Mei tahun 2022. Kedua-dua syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran kenderaan demi pelanggan kami. Tambahan pula, pengenalan model serba baharu dan kemaskini dijangka dapat memacu kadar jualan kenderaan pada tempoh separuh kedua tahun ini. Kami akan berusaha untuk menawarkan model yang menarik dan hebat serta perkhidmatan selepas jualan yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami. Kami juga berharap pengecualian cukai jualan dilanjutkan oleh kerajaan memandangkan pesanan tertunggak yang tidak dapat dihantar menjelang Jun 2022 agak tinggi disebabkan oleh gangguan daripada wabak Covid-19 serta kekurangan cip semikonduktor.”

 

 

Click to show English Version