UMW GROUP MAINTAINS ITS AUTOMOTIVE SALES MOMENTUM WITH DELIVERY OF 32,600 VEHICLES IN APRIL 2022

- UMW Toyota Motor registered sales of 6,946 units in April 2022

- Perodua registered sales of 25,654 units in April 2022

KUALA LUMPUR, 18 May 2022 – The UMW Group maintained its automotive sales momentum in April 2022 as both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, registered healthy sales. The Group delivered 32,600 units in April 2022, lower than the 35,246 units sold in March 2022, mainly due to the disruption in production caused by supply chain issues that are affecting the automotive industry.

UMWT registered sales of 6,946 units in April 2022. Year-to-date April 2022, UMWT sold 29,393 units, 11.2% higher than the 26,431 units sold in the corresponding period of 2021. Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross and Hilux were among its best selling models in the month of April. The ongoing sales campaigns for Hari Raya such as “Bersama Lebih Bermakna” are expected to drive sales. In addition, UMWT will be celebrating Hari Raya with its “Toyota Raya Open House Weekender” on 21 and 22 May 2022 at all its showrooms, nationwide.

Meanwhile, Perodua registered sales of 25,654 units in April 2022, 4.1% lower than the 26,759 units registered in the previous month. For the first four months of 2022, Perodua sold 87,278 units, 11.5% higher than the 78,308 units registered in the same period of 2021. Perodua’s sales is continued to be driven by its top-selling models, namely, the Myvi, Axia and Bezza. With the improving demand and positive outlook for the automotive industry in Malaysia, Perodua has set a higher sales target of 247,800 units for 2022. The higher sales will be driven by the sales tax exemption as well as introduction of new and facelifted models.

UMW Holdings Berhad President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali said, “Despite the many headwinds facing the automotive industry, we are pleased with the sales registered by both UMWT and Perodua in April 2022. The persistent supply chain issues have disrupted production in April. Both companies are working closely with their suppliers to minimise the impact to their production schedule and expedite the delivery of vehicles to our customers. We wish to thank our customers for their unwavering support of our products and services.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW KEKALKAN MOMENTUM JUALAN AUTOMOTIF DENGAN PENDAFTARAN JUALAN SEBANYAK 32,600 KENDERAAN PADA APRIL 2022

- UMW Toyota Motor mencatatkan jualan sebanyak 6,946 unit pada bulan April 2022

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 25,654 unit pada bulan April 2022

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2022 – Kumpulan UMW mengekalkan momentum penjualan automotifnya pada bulan April 2022 dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik. Kumpulan mendaftarkan jualan kenderaan sebanyak 32,600 unit pada bulan April 2022, lebih rendah daripada 35,246 unit yang didaftarkan pada bulan Mac 2022, disebabkan oleh gangguan terhadap pengeluaran kenderaan akibat daripada isu rantaian bekalan yang telah menjejaskan industri automotif.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6,946 unit pada bulan April 2022. Sehingga April 2022, UMWT mendaftarkan jualan sebanyak 29,393 unit, 11.2% lebih tinggi daripada 26,431 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2021. Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlaris bagi bulan April. Kempen jualan yang sedang dijalankan sepanjang Hari Raya seperti “Bersama Lebih Bermakna” dijangka akan memacu jualan kenderaan kumpulan. Di samping itu, UMWT akan meraikan sambutan Hari Raya dengan menganjurkan “Toyota Raya Open House Weekender” pada 21 dan 22 Mei 2022 di semua bilik pamerannya, di seluruh negara.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 25,654 unit pada bulan April 2022, 4.1% lebih rendah daripada 26,759 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Bagi empat bulan pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 87,278 unit, 11.5% lebih tinggi daripada 78,308 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Jualan Perodua terus dipacu oleh model terlarisnya, iaitu Myvi, Axia dan Bezza. Dengan permintaan yang bertambah baik dan prospek yang positif bagi industri automotif di Malaysia, Perodua telah menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 247,800 unit untuk tahun 2022. Jualan yang lebih tinggi akan didorong oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu dan dikemaskini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato' Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jualan kenderaan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan April 2022 walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industry automotif. Isu rantaian bekalan yang berterusan telah mengganggu pengeluaran kenderaan bagi bulan April. Kedua-dua syarikat bekerjasama rapat dengan pembekal mereka untuk meminimumkan kesan terhadap pengeluaran kenderaan dan mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada pelanggan kami. Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

 

 

Click to show English Version