UMW GROUP DELIVERED 262,685 VEHICLES IN 2021; INTRODUCTION OF NEW MODELS AND EXTENSION OF THE SALES TAX EXEMPTION TO CONTINUE TO DRIVE SALES IN 2022

- - UMW Toyota Motor registered 9,289 units in December 2021

- - Perodua registered 22,940 units in December 2021

KUALA LUMPUR, 14 January 2022 – The UMW Group concluded 2021 on a strong footing with automotive sales of 32,229 units in December 2021. Both UMW Toyota Motor (“UMWT”) and UMW’s associate company, Perodua, continue to register higher sales despite the challenges brought about by the flooding in December 2021.

UMWT registered sales of 9,289 units in December 2021, 9.4% higher compared with the 8,487 units sold in November 2021. For the full-year, UMWT surpassed its 2021 sales target of 62,000 units with a total delivery of 72,394 units, 22.0% more than the 59,320 units registered in 2020. As a result, UMWT had successfully regained the leadership of the non-National segment in the domestic automotive market. The solid performance was mainly contributed by the introduction of new models as well as the sales tax exemption. Toyota Vios continues to be the best-selling model with 31% of its total sales, followed by the Hilux and Yaris. Expanding its product offering into the electrified vehicle space, UMWT’s first locally assembled Toyota model with Hybrid Electric Technology, Toyota Corolla Cross Hybrid will be launched today.

Perodua closed 2021 with sales of 22,940 units in December, 13.0% higher than the 20,299 units sold in November 2021, mainly due to the recovery in the supply chain. Perodua registered a total sales of 190,291 units in 2021, 13.6% lower than the 220,154 units sold in 2020. Sales was affected by the Full Movement Control Order (“FMCO”), the semiconductor chips shortage and the flooding in December, which disrupted the operations of a few of its vendors in the Klang Valley. Perodua’s best-selling models for the year were the Myvi, followed by the Axia and Bezza. Moving forward, the newly launched facelift version of the highly-popular Myvi is expected to contribute positively in 2022.

UMW Holdings Berhad’s President and Group CEO, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali expressed, “Both UMWT and Perodua have shown resilience and performed well for the year considering the headwinds and challenges including the semiconductor chips shortage and disruptions caused by the Covid-19 pandemic and flooding. Going forward, the encouraging outstanding order book, introduction of new models as well as the extension of the sales tax exemption until 30 June 2022, are expected to sustain the automotive sales recovery in 2022. We wish to express our appreciation and thank you to our customers for their continuous support and we look forward to serving them better in 2022.”

Click to show Malay Version

 

 

KUMPULAN UMW MENDAFTARKAN 262,685 UNIT JUALAN KENDERAAN PADA TAHUN 2021; PENGENALAN MODEL BAHARU DAN PELANJUTAN PENGECUALIAN CUKAI JUALAN AKAN MEMACU JUALAN KENDERAAN PADA TAHUN 2022

- Jualan kenderaan UMW Toyota Motor meningkat pada Disember 2021 dengan 9,289 unit

- Perodua mencatatkan jualan sebanyak 22,940 unit pada Disember 2021

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2022 – Kumpulan UMW mengakhiri tahun 2021 dengan cemerlang dengan jualan automotif sebanyak 32,229 pada Disember 2021. Kedua-dua UMW Toyota Motor ("UMWT") dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, terus mencatatkan jualan yang lebih tinggi walaupun menghadapi cabaran akibat banjir pada Disember 2021.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 9,289 unit pada Disember 2021, 9.4% lebih tinggi berbanding dengan 8,487 unit yang didaftarkan pada November 2021. Bagi keseluruhan tahun 2021, UMWT melepasi sasaran jualan tahunan, iaitu 62,000 unit, dengan jualan kenderaan sebanyak 72,394 unit, 22.0% lebih daripada 59,320 unit yang didaftarkan pada 2020. Berikutan itu, UMWT berjaya merangkul semula posisi sebagai peneraju segmen bukan Nasional dalam industri automotif domestik. Prestasi yang memberangsangkan ini dipacu oleh pengenalan model baharu serta pengecualian cukai jualan. Toyota Vios kekal menjadi model terlaris dengan merekodkan sebanyak 31% daripada jumlah jualannya, diikuti oleh Hilux dan Yaris. Memperluaskan penawaran produknya ke arah kenderaan elektrik, model Toyota dengan pemasangan tempatan secara Teknologi Elektrik Hibrid yang pertama, Toyota Corolla Cross Hybrid yang akan dilancarkan pada hari ini.

Perodua menutup tirai 2021 dengan jualan kenderaan sebanyak 22,940 unit pada Disember, 13.0% lebih tinggi daripada 20,299 unit yang dijual pada November 2021, berikutan pemulihan dalam rantaian bekalan. Perodua mencatatkan jumlah jualan sebanyak 190,291 unit pada tahun 2021, 13.6% lebih rendah berbanding 220,154 unit yang dijual pada 2020. Penjualan kenderaan terjejas disebabkan oleh PKPP, gangguan bekalan cip semikonduktor dan bencana banjir pada Disember, yang menyebabkan gangguan terhadap operasi beberapa pembekalnya di Lembah Klang. Jualan kenderaan Perodua pada tahun 2021 dipacu oleh model Myvi, diikuti oleh Axia dan Bezza. Versi kemaskini atau facelift bagi model Myvi yang sangat popular yang baru dilancarkan dijangka akan menyumbang secara positif terhadap penjualannya pada 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali menyatakan, “Kedua-dua UMWT dan Perodua terus menunjukkan daya tahan dan prestasi yang baik untuk tahun ini memandangkan terdapat pelbagai cabaran termasuk kekurangan cip semikonduktor dan gangguan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 serta bencana banjir. Jumlah jualan kenderaan pada tahun 2022 dijangka akan dipacu oleh jumlah pesanan kenderaan tertunggak yang menggalakkan, pengenalan model baharu serta pelanjutan terhadap pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami dan akan berusaha memberikan yang lebih baik pada masa akan datang.”

 

 

Click to show English Version