UMW HOLDINGS’ NET PROFIT ROSE BY 32% TO RM454.4 MILLION FOR FINANCIAL YEAR 2019

 Group consolidated revenue increased by 3.4% to RM11.8 billion
  Group consolidated profit before taxation surged by 18.6% to RM741.2 million
  Manufacturing & Engineering segment’s revenue increased by 26% while profit before taxation more than doubled to RM60.9 million as Aerospace business turned profitable

KUALA LUMPUR, 27 February 2020 – UMW Holdings Berhad today reported an increase in its consolidated revenue and profit for financial year 2019; as the Aerospace business turned profitable during the year. Performance was further boosted by higher sales in the Automotive, Auto-Components and Lubricants businesses; as well as strategic cost optimisation initiatives.

UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim said, “UMW understands that we have a responsibility to our stakeholders to optimize returns from the prevailing economic cycle. Amidst a challenging business environment in 2019, the Group took decisive actions to improve the competitiveness of our businesses.”

In the Automotive segment, efforts to improve the competitiveness of UMW Toyota Motor include expansion of model line-up, which resulted in an increased market share of 11.6% in 2019. The higher number of vehicles sold led to a revenue growth of 3.9% to RM9,295.9 million. PBT however, declined by 3.6% to RM530.3 million, mainly due to higher depreciation expenses from its Bukit Raja Plant, which commenced operations in late 2018. For 2020, UMW plans to further expand its model line-up, with higher localisation.

The Aerospace business, which is a key part of UMW’s broader strategic shift into High Value Manufacturing turned profitable in 2019, after commencing commercial production in late 2017. Furthermore, higher sales of auto-components and lubricants also contributed to the 26% increase in M&E segment’s revenue to RM1,062.5 million in 2019. PBT more than doubled to RM60.9 million, supported by improved margins from cost optimisation efforts. Moving forward, the segment will continue to build in-house capabilities and enhance its position in the High Value Manufacturing sector.

The Equipment segment’s revenue declined by 8.5% to RM1,408.2 million, while PBT narrowed to RM135.7 million due to sluggish demand in both the Heavy and Industrial sub-segments. However, UMW is confident that the expansion of its leasing business model, will contribute to improved performance in the long run.

The year 2019 also saw UMW successfully monetise its assets and generate higher returns for shareholders via the sale of its industrial land bank in Shah Alam. The monetisation will further enable the Group to deleverage its balance sheet and fund capital expenditure for the Equipment and M&E businesses in 2020.

UMW has declared a final dividend of 2.0 sen per share amounting to RM23.4 million in respect of the financial year ended 31 December 2019.

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN BERSIH UMW HOLDINGS MENINGKAT 32% KEPADA RM454.4 JUTA BAGI TAHUN KEWANGAN 2019

  Pendapatan keseluruhan Kumpulan meningkat sebanyak 3.4% kepada RM11.8 bilion
  Keuntungan sebelum cukai keseluruhan Kumpulan meningkat sebanyak 18.6% kepada RM741.2 juta
  Pendapatan segmen Pembuatan & Kejuruteraan meningkat sebanyak 26% manakala keuntungan sebelum cukai lebih daripada dua kali ganda kepada RM60.9 juta di mana perniagaan Aeroangkasa mendapat keuntungan.

KUALA LUMPUR, 27 Februar1 2020 – UMW Holdings Berhad hari ini melaporkan peningkatan perolehan dan keuntungan keseluruhan bagi tahun kewangan 2019; dimana perniagaan Aeroangkasa mula mencatakan keuntungan pada tahun 2019. Jualan yang lebih tinggi dalam segmen Automotif, Komponen Auto dan perniagaan Pelincir; serta inisiatif strategik pengoptimuman kos menyumbang kepada peningkatan prestasi.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, "UMW menyedari bahawa Kumpulan mempunyai tanggungjawab kepada pemegang saham untuk mengoptimumkan pulangan daripada keadaan ekonomi semasa. Di kala persekitaran perniagaan yang mencabar pada 2019, Kumpulan mengambil langkah untuk meningkatkan daya saing perniagaannya."

Dalam segmen Automotif, usaha untuk meningkatkan daya saing UMW Toyota Motor termasuk pengembangan barisan model, yang membawa kepada peningkatan dalam bahagian pasaran sebanyak 11.6% pada tahun 2019. Jumlah jualan kenderaan yang lebih tinggi membawa kepada peningkatan perolehan sebanyak 3.9% kepada RM9,295.9 juta. Bagaimanapun, PBT merosot sebanyak 3.6% kepada RM530.3 juta, disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan susut nilai daripada kilang Bukit Raja yang mula beroperasi pada lewat 2018. Bagi tahun 2020, UMW merancang untuk mengembangkan lagi model-model baru, dengan kandungan tempatan yang lebih tinggi.

Perniagaan Aeroangkasa, yang merupakan kunci utama peralihan strategik UMW ke Pembuatan Nilai Tinggi, telah mula mencatakan keuntungan pada 2019, setelah memulakan pengeluaran komersial pada akhir 2017. Selain itu, peningkatan jualan komponen auto dan minyak pelincir turut menyumbang kepada kenaikan 26% dalam perolehan segmen M&E kepada RM1,062.5 juta pada 2019. PBT melebihi dua kali ganda kepada RM60.9 juta, disokong oleh margin yang lebih baik hasil daripada usaha pengoptimuman kos. Segmen ini akan terus membangun dan meningkatkan kedudukannya dalam sektor Pembuatan Nilai Tinggi.

Perolehan bagi segmen Jentera merosot sebanyak 8.5% kepada RM1,408.2 juta, sementara PBT menurun kepada RM135.7 juta disebabkan oleh permintaan yang rendah dalam sub-segmen Jentera Berat dan Jentera Perindustrian. Walau bagaimanapun, UMW yakin bahawa prestasi segmen akan dipertingkatkan dengan mengembangkan perniagaan sewaan jentera.

Pada tahun 2019 juga, UMW berjaya menggunakan asetnya untuk menjana pulangan yang lebih tinggi buat pemegang saham menerusi penjualan tanah perindustriannya di Shah Alam. Dengan ini, ia akan membolehkan Kumpulan untuk menurunkan jumlah pinjaman serta bagi dana perbelanjaan modal untuk mengembangkan perniagaan Peralatan dan M&E pada tahun 2020.

UMW telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 2.0 sen sesaham berjumlah RM23.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

 

 

Click to show English Version