UMW HOLDINGS’ NET PROFIT FROM CONTINUING OPERATIONS ROSE TO RM490.6 MILLION IN 2018 AS ALL THREE CORE BUSINESS SEGMENTS REGISTERED HIGHER PROFITS; PAYS A FINAL SINGLE-TIER DIVIDEND OF 2.5 SEN

  Group profit before taxation from Continuing Operations surged almost three-fold to RM786.2 million while revenue increased by 2.2% compared with 2017
  Automotive segment’s profit before taxation increased by 22.2%
  Equipment segment’s profit before taxation grew by 6.5%
  Manufacturing & Engineering segment turned profitable, mainly contributed by higher revenue and better profit margin earned from cost optimisation.

KUALA LUMPUR, 27 February 2019 – UMW Holdings Berhad’s Group profit before taxation (PBT) from Continuing Operations surged almost three-fold to RM786.2 million, powered by better performance from all three core business segments and the reversal of provisions, while revenue increased by 2.2% to RM11,306.3 million for financial year 2018. The Automotive segment’s PBT was strengthened by the improved performance of an associate company coupled with improved profit margin from cost optimisation activities, while the performance of the Equipment segment was boosted by higher sales in the mining and logging industries. The aerospace business continued to deliver fan cases as per its contractual agreement with Rolls-Royce, thus generating higher revenue for the Manufacturing & Engineering (M&E) segment. Consequently, net profit from Continuing Operations rose to RM490.6 million in 2018 compared to RM35.3 million in 2017. Overall, the Group’s consolidated net profit soared to RM341.7 million compared to a loss of RM640.6 million a year ago.

UMW Holdings Berhad President & Group CEO, Badrul Feisal bin Abdul Rahim said, “For the financial year 2018, the Group has achieved a robust recovery and registered a healthy profit. The commendable results of our three core businesses coupled with strategic initiatives to boost growth put the Group in a firm position to achieve greater heights and emerge as a leading industrial conglomerate in the region. We have also embarked on a vigorous Group-wide transformation programme to drive long-term growth through expansion of products and services and nurturing innovation across the organisation in order to remain relevant in the ever-changing business environment.”

For the fourth quarter of 2018, the Group registered a consolidated PBT of RM106.2 million compared to a loss before taxation of RM381.7 million registered in the corresponding quarter of the previous year. The M&E segment returned to profitability with positive contribution driven by higher revenue, while Automotive and Equipment segments registered lower PBT in the final quarter of 2018.

Discontinued Operations posted a PBT of RM2.3 million in the fourth quarter of 2018. For the full-year, Discontinued Operations registered a loss before taxation of RM161.1 million, significantly lower than the RM803.4 million recorded in 2017. The losses were due to operating expenses incurred while the winding down of operations are being undertaken in stages, in line with the Group’s exit strategy from the Unlisted Oil & Gas segment.

The Automotive segment’s full-year revenue decreased marginally to RM8,949.2 million due to lower number of vehicles sold. However, PBT improved by 22.2% to RM545.1 million mainly contributed by better performance from an associate company and improved profit margin due to cost optimisation activities.

For financial year 2018, the Equipment segment’s revenue increased by 6.9% to RM1,540.2 million while PBT improved by 6.5% to RM152.3 million. The enhanced performance of the segment was boosted by higher sales in the mining and logging industries.

M&E segment’s full-year revenue contribution surged by 30.7% to RM842.8 million while PBT rose to RM21.6 million. The improved performance was underpinned by higher revenue from the Aerospace business as well as better profit margin generated from cost optimisation initiatives.

The company has declared a final single-tier dividend of 2.5 sen per share for the financial year ended 31 December 2018. The payment date and entitlement date for the final single-tier dividend will be determined and announced at a later date. This brings the total dividend pay-out for financial year 2018 to 7.5 sen per share.

Moving forward, while the business environment remains challenging, the Group will endeavour to continue delivering good results. The introduction of fresh and exciting models from its new automotive assembly plant is expected to boost the sales of Toyota vehicles in 2019. Sustained demand in the mining and logging industries is expected to have a positive impact on the Heavy Equipment business in the coming year. The Industrial Equipment business is projected to continue performing well in the rental sector. In the M&E segment, efforts are ongoing to enhance and strengthen market penetration into other ASEAN countries and intensifying efforts to improve profitability through cost optimisation activities whilst the Aerospace business is steadily ramping up production to meet orders.

Click to show Malay Version

 

 

KEUNTUNGAN BERSIH UMW HOLDINGS DARI OPERASI BERTERUSAN MENINGKAT KEPADA RM490.6 JUTA DALAM TAHUN 2018 BERIKUTAN PENINGKATAN KEUNTUNGAN DALAM KETIGA-TIGA SEGMEN PERNIAGAAN TERAS; BAYAR DIVIDEN 2.5 SEN

  Keuntungan Kumpulan sebelum cukai dari Operasi Berterusan melonjak hampir tiga kali ganda kepada RM786.2 juta manakala pendapatan meningkat 2.2% berbanding 2017
  Keuntungan sebelum cukai bagi segmen automotif meningkat sebanyak 22.2%
  Keuntungan sebelum cukai segmen jentera meningkat sebanyak 6.5%
  Segmen Pembuatan & Kejuruteraan kembali menguntungkan disebabkan oleh pendapatan yang lebih tinggi dan margin keuntungan yang lebih baik hasil pengurusan kos yang efektif.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2019 – Keuntungan sebelum cukai Kumpulan UMW Holdings Berhad (PBT) dari Operasi Berterusan melonjak hampir tiga kali ganda kepada RM786.2 juta, didorong oleh prestasi memberangsangkan daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras dan pembalikan peruntukan, sementara pendapatan meningkat sebanyak 2.2% kepada RM11,306.3 juta bagi tahun kewangan 2018. PBT segmen Automotif telah diperkukuh oleh prestasi baik syarikat bersekutu serta margin keuntungan yang lebih baik daripada aktiviti pengoptimuman kos, sementara prestasi segmen Jentera telah meningkat, hasil daripada jualan yang lebih tinggi dalam industri perlombongan dan pembalakan. Perniagaan aeroangkasa konsisten dalam proses penghantaran selongsong kipas mengikut perjanjian kontrak dengan Rolls-Royce, sekali gus menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi segmen Pembuatan & Kejuruteraan (M & E). Secara keseluruhannya, keuntungan bersih Kumpulan meningkat kepada RM341.7 juta berbanding dengan kerugian sebanyak RM640.6 juta setahun lalu.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, "Bagi tahun kewangan 2018, Kumpulan telah mencapai pemulihan yang mantap dan mencatatkan keuntungan yang sihat. Pencapaian baik ketiga-tiga perniagaan teras dan inisiatif strategik untuk meningkatkan keuntungan menjadikan Kumpulan berada dalam kedudukan yang kukuh dalam mencapai tahap yang lebih tinggi untuk muncul sebagai konglomerat perindustrian utama di rantau ini. Kami juga telah memulakan program transformasi menyeluruh Kumpulan untuk mencapai pertumbuhan jangka masa panjang melalui pengembangan produk dan perkhidmatan serta memupuk inovasi di seluruh organisasi untuk kekal relevan dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah."

Bagi suku keempat 2018, Kumpulan mencatatkan PBT sebanyak RM106.2 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM381.7 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya. Segmen M&E kembali menguntungkan dengan sumbangan positif hasil daripada pendapatan yang lebih tinggi, manakala segmen Automotif dan Kelengkapan mencatat PBT yang lebih rendah pada suku akhir 2018.

Operasi Diberhentikan mencatatkan PBT sebanyak RM2.3 juta pada suku keempat 2018. Bagi tahun keseluruhan, Operasi Dihentikan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM161.1 juta, jauh lebih rendah daripada RM803.4 juta yang dicatatkan pada tahun 2017. Kerugian adalah disebabkan oleh perbelanjaan kendalian yang ditanggung semasa operasi penggulungan dijalankan secara berperingkat, sejajar dengan strategi keluar Kumpulan dari segmen Minyak & Gas Tidak Tersenarai.

Pendapatan tahun keseluruhan bagi segmen Automotif menurun sedikit kepada RM8,949.2 juta berikutan hasil jualan kenderaan yang rendah. Bagaimanapun, peningkatan PBT sebanyak 22.2% kepada RM545.1 juta adalah disebabkan oleh prestasi syarikat yang baik dan peningkatan margin.hasil daripada aktiviti pengoptimuman kos.

Bagi tahun kewangan 2018, pendapatan segmen Jentera meningkat sebanyak 6.9% menjadikannya RM1,540.2 juta manakala PBT meningkat sebanyak 6.5% menjadikannya RM152.3 juta. Peningkatan prestasi ini didorong oleh jualan yang lebih tinggi dalam industri perlombongan dan pembalakan.

Peningkatan pendapatan tahun keseluruhan bagi segmen M&E melonjak sebanyak 30.7% menjadikannya RM842.8 juta manakala PBT meningkat kepada RM21.6 juta. Peningkatan prestasi ini disokong oleh pendapatan yang lebih tinggi daripada perniagaan Aeroangkasa serta margin keuntungan yang lebih baik yang juga dihasilkan daripada inisiatif pengoptimuman kos.

Melangkah ke hadapan, walaupun persekitaran perniagaan masih mencabar, Kumpulan akan terus berusaha memberikan keputusan yang baik. Pelancaran model-model baru dan menarik dari kilang pemasangan automotif baru itu dijangka akan meningkatkan kadar penjualan kenderaan Toyota pada tahun 2019. Permintaan yang berterusan dalam industri perlombongan dan pembalakan dijangkakan memberi kesan positif terhadap perniagaan Jentera Berat pada tahun yang akan datang. Perniagaan Jentera Perindustrian dijangka akan terus berjalan dengan baik dalam sektor penyewaan. Bagi segmen M&E, usaha diteruskan untuk meningkatkan dan mengukuhkan penembusan pasaran ke negara-negara ASEAN dan berusaha untuk meningkatkan keuntungan melalui aktiviti pengoptimuman kos di samping perniagaan Aeroangkasa berterusan meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi pesanan.

 

 

Click to show English Version